@azyyatiliah

Hari Malaysia 2019 di Puncak Bukit Keluang



Hobi baru; hiking. Pasni nak start hiking dengan serius. Nak cari bukit rendah-rendah untuk didaki. Perasaan bila sampai di puncak tu priceless sangat. Lagi-lagi bila tengok pemandangan ciptaan Tuhan yang tiada tolok bandingan. Aggitewww.


Plan awal-awal dengan hubby balik kampung kali ni nak naik puncak Bukit Keluang kali ke-2. Kali pertama naik ad hoc sangat. Pastu weekend. Fuh dia punya ramai orang.. memang tak boleh bawak bincang. Kali ni kami pergi time orang kerja.


Ketinggian Bukit Keluang Kuala Besut, 346 meter dari aras laut. Ada dua pintu masuk tempat pendakian. Menaiki tangga berdekatan parkir atau berjalan 1.5km ke arah bahagian belakang bukit. Kami berdua lebih suka mula pendakian dengan berjalan dulu 1.5 km ke bahagian belakang bukit. Bolehlah warm-up panaskan badan. Kalau malas berjalan, boleh je parkir kereta kat tanah lapang depan billboard besar Bukit Keluang.


Sehingga berjumpa billboard besar Bukit Keluang...maka pendakian anda pun bermula. Orang yang tak biasa mendaki atau hiking boleh semput dan pancit. Tahap kesukaran lebih sukar dari Bukit Broga. Boleh tahan jugaklah tahap kecerunan bukit dan kesusah payahan nak hiking.


Sebakul peluh menitik untuk sampai ke puncak Bukit Keluang. Jom saya kongsi gambar di puncak Bukit Keluang, Kuala Besut Terengganu Darul Iman.


Lama juga kami stay atas ni. Melayan perasaan. Melayan pemandangan tepi laut yang tenang dan mengasyikkan. Di puncak bukit ni ada disediakan gazebo besar untuk pendaki berehat melepaskan lelah.


Bila hilang lelah, cahaya matahari mula terik, cuaca pula beransur panas bersedialah untuk turun. Fuh nak turun pun boleh tahan sukar jugak. Kecerunan tu agak merbahaya. Nak naik Bukit Keluang disarankan pakai proper attire termasuk kasut yang sesuai. Banyak batu-batu selain akar kayu yang berselirat. 


Bila sampai di bawah.. lek lu. Jangan gerak balik. Bukit Keluang ni sebelah sahaja dengan Pantai Bukit Keluang. Selain aktiviti mendaki anda juga boleh bersantai bersama keluarga berpiknik makan nasi lemak tepi pantai. Penjaja tepi jalan memeriahkan suasana dengan menjual goreng-gorengan, rojak buah, air dll. Petang-petang ada orang jual satay ikan atas motosikal =)


No comments:

Post a Comment