@azyyatiliah

Sarapan Pagi Di Genting Premium Outlet



"Tak perlu seseorang yang sempurna, cukup temukan orang yang selalu buatmu bahagia" - B. J. Habibie


Bangun tidur pagi Sabtu hubby ajak breakfast di GPO (Genting Premium Outlet). Motif dia nak makan & minum kopi sambil tengok view bukit hijau-hijau. Awwww jauhnyer nak pergi sarapan pagi. Walaupun jauh tetap on. Spontan dan romantik. Terima kasih hubby kerana sentiasa buat isterimu ini bahagia =) Apa aku merepek nih.


Dah siaaapppp. Jom kita gerak.



Abang, tolak gerai tu perlahan-lahan sikit macam mana perlahan-lahan abang masuk ke dalam hati saya 15 tahun dulu 🙈*pickup line fail*



Breakfast view di Dome ni sangat menarik


Orang lain pergi GPO sakan shopping. Kami pulak lepak sini dari awal pagi sampai menjengah tengahari. Mujurlah tak ramai orang dalam Dome. Jadi tidaklah rasa bersalah 👉👈


Sebenarnya bila duduk mengadap hubby macam ni barulah boleh bincang @ berkomunikasi tentang banyak perkara. Discuss dari hati ke hati. Telus. Perancangan tentang kewangan, persaraan, pekerjaan, travel dan banyak benda lagi. Sis bersyukur sebab hubby tak pernah ketepikan isterinya ini dalam apa jua perkara. Sis sentiasa diberi peluang untuk utarakan pendapat atau pandangan. Keputusan yang dibuat bukan kuasa veto semata tapi berlandaskan musyawarah bersama untuk mencapai muafakat. Itu adalah antara kunci kebahagian rumah tangga. InsyaAllah. Kita doa yang baik-baik =)


Hubby dapat tawaran kerja di Jeddah, Arab Saudi. Siapa tidak teruja. Dah terbayang-bayang hujung minggu boleh pergi umrah di Mekah. Habiskan masa dalam Masjid Nabawi di Madinah. Cuti 30 hari boleh tour Europe (sebab dah dekat kan). Pastu silap-silap musim haji boleh terus buat haji. Tapi lek lu..banyak pros dan cons yang  disenaraikan. Brain storming. Buat research.


 Sebelum datang offer ni, kami berdua dah discuss dan pada awalnya ready untuk berhijrah (fly high) jika hubby dapat tawaran kerja dari luar negara. Hijrah itu pengorbanan. Hijrah itu perjuangan. Tapi perancangan Allah lebih baik. Yakin dengan rezeki yang ditentukan. Hubby decide untuk tolak dulu tawaran kerja kali ini kerana pakej yang ditawarkan tidak cukup wow menarik. Orang kata hujan emas di negara orang, baik hujan batu di negara sendiri.


Ada tak di kalangan pembaca yang stay @ menetap @ bekerja di Arab Saudi? Care to share your experience?



1 comment:

  1. Azy... Tahniah. Azy kat denai je kan. Jom lah lepak breakfast. Saya kt kg subang aje ni

    ReplyDelete