Hiking Ke Puncak Denai Tiga Puteri Kota Damansara - NKVE view




Alhamdulillah. I did it. I survived. Betul lah orang kata the best view comes after the hardest climb. Haaa gitu. Lama do'oh sis tunggu nak hiking ke puncak denai tiga puteri yang terletak di Taman Eko Rimba Kota Damansara. Bulan lepas ... sebulan trail atau trek hiking ditutup. Baru dibuka semula kepada umum 1 Feb 2020 baru ni. Soooo...2 Feb, hubby and i kita redah ajelah naik. Let's go! 

After Subuh, mandi, terus siap siaga nak ke Taman Eko Rimba atau Kota Damansara Community Forest Reserve. Lahhh, pastu sakit perut pulak. Sudahnya jam 7.30am baru gerak dari rumah. Turun dengan perut kosong. Tak breakfast. Ikut kita, turun bukit karanglah baru breakfast. No~ No~ NO~ Guess what? Hubby memang perihatin. Dia siap bancuh air teh tarik buh dalam tumbler, then singgah stesen minyak beli 2 pek sandwich telur. Kena paksa makan dan minum sebelum hiking. Barulah ada tenaga katanya.

Search Google map: Taman Eko Rimba Kota Damansara.

Setengah jam kemudian sampai destinasi. Lebih kurang jam 8am. Waaakkk luuuu. Ramai betul yang nak hiking pagi ni. Kereta punyalah bersusun elok tepi jalan. Kiri kanan jalan penuh dengan kereta. Sebab dah lewat dapat parking jauh. Jauh la sikit nak menapak. Sebelah kiri korang akan nampak SMK Seksyen 10 Kota Damansara. Sebelah kanan akan nampak view seperti di bawah.



Spectacular!
Taman Eko Rimba Kota Damansara
Kota Damansara Community Forest Reserve



Sometimes, this is all you need!




Ada tiga (3) pilihan laluan masuk ke Hutan Simpan Kota Damansara

i. Seksyen 10: Pondok Penerangan Perhutanan (Information Center) di hujung Jalan Merbah 10/1 (laluan masuk rasmi)
ii. Seksyen 10: Tepi tasik Taman Eco Rimba (ada monyet berlegar-legar area sini)
iii. Seksyen 9: Trek Denai Harmoni di Jalan Rimba Riang 9/1 berhadapan Taman Rimba Riang public park




Tujuan beratur ni untuk daftar = tulis nama dalam buku. Tiada bayaran dikenakan. Nanti time keluar update balik dalam buku yang ko dah keluar hutan. Benda ni orang nampak remeh/leceh tapi penting untuk keselamatan.




Respect alam semulajadi. Bila masuk hutan kita respect kepada tuan rumah iaitu alam semulajadi. Sama konsep macam pergi rumah orang kita beradab.

Sayangi hutan supaya dapat kekal hingga generasi akan datang. Mohon ikut arahan. Jangan dibuat aktiviti yang dilarang. Sis perhatikan taman eco rimba ni bersih sebersihnya. Bebas sampah. Daripada bawah sampailah peak bersih. Sama-samalah kita jaga kebersihan hutan :) 




Anda akan nampak signage ni di permulaan trek. Ada proper map berhadapan pondok penerangan. Buat yang pertama kali naik, ambil masa dan fahamkan sebentar trek taman eko rimba ni.




Denai Temuan, Denai Sahabat, Denai Unity. Kebanyakan hiker melalui Denai Temuan, Sahabat dan Unity untuk ke Puncak Denai Tiga Puteri. Apps kat phone lebih kurang 8.3km dua hala. Disebabkan laluannya pelbagai maka taman eko rimba or kota damansara community forest reserve ini sesuai pelbagai aktiviti seperti educational walk, jogging, cycling, running dan hiking. Depending on your level of fitness.




Bismillah. Perjalanan pun bermula. Awal-awal trek ni santai-santai sahaja. First timer agak blur-blur ayam. So i follow je lah brother and sister di hadapan. Ikut je laluan depa. Pace diorang laju. Kalau jauh laluan yang dia buat, maka jauhlah kaki melangkah. Kihkih.



Temuan Trail



Sahabat Trail



Jangan lupa bergambar dengan pokok besar!



Kayu balak melintang pulak


Unity Trail



Korang jangan risau, ada proper sign dalam hutan. Nak keluar nanti boleh alert dengan logo camni, atau tanda kuning yang diikat pada pokok. InsyaAllah tak sesat.



Tiberrrrrr...masuk kawasan had sempadan lebuhraya pulaaaakk. Plus berhad tidak bertanggungjawab untuk keselamatan korang. So berhati-hatilah ketika mendaki. Kalau dah jumpa signboard ni, dah nak sampai peak dah. Mujurlah dah breakfast tadi. Memang sangat membantu nak sampai puncak. Trek makin mencabar bila hampir ke puncak. Elok kalau pakai kasut hiking. Sis pakai kasut jogging. Beberapa kali juga slide sebab licin. Kasut tak cukup grip.




Puncak Denai Tiga Puteri
Viewnya very spectacular NKVE highway uols!



Denai Tiga Puteri Peak
Keeping this pic here as memory!💖

2 comments:

  1. Wow.. Tak pernah tahu pun pasal Taman Eko Rimba Damansara ini.. Cantik.. rajin sis hiking..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh bawa kid datang sini menikmati alam. Btw itulahhh angin apa tah yang merasuk. Hujung minggu je nak pergi hiking :)

      Delete