@azyyatiliah

Seafood Party Ombak Kitchen Bukit Jelutong



Halah, halah, halah setiap kali tiba bulan September sis buntu nak celebrate birthday hubby kat mana? *garu-garu kepala*

Saya pulak dengan blur-blur ayam tanya hubby nak celebrate kat mana birthday tahun ni? Boleh dia jawab KFC pun boleyyyyy... *terdiam & mati kutuuuuuu 😑* 

Saat-saat kecederaan tiba-tiba dapat idea nak ber 'shell out' lah. Bayangkan dah spoloh tahun kahwin tak pernah kite dua ni ber 'shell out' together. Oklah kita confess..sebenarnya tak pernah makan shell out pun. Huhu.

So...let's go to Ombak Kitchen, Bukit Jelutong. Sis belanja.



Untuk pengetahuan anda, Ombak Kitchen ada dua cawangan. Satu di Bukit Jelutong dan satu di Bangsar. Tag line kemain ''Pakai tangan je"

Ombak Kitchen ada 5 jenis sos istimewa iaitu Ombak Hot Cajun, Creamy Zesty Lemon, Creamy Tom Yam, Buttermilk dan Spicy Chocolate didatangkan dengan level kepedasan berbeza Pedas Biasa, Pedas Pedas atau Boom 💥Super Pedas

Kami order Ombak Hot Cajun sauce dengan level kepedasan Boom Super Pedas. Ambik kau pedas gilerrr terbakar anak tekak berpeluh-peluh basah ketiak. Ombak Hot Cajun sauce memang the boom terbaik sangat rasanya! Highly recommended.

Kualiti hidangan laut di sini memang premium dan terbaik. Rasa fresh. Portion pun agak banyak untuk 2 orang. Jadi harganya pun bertaraf premium. COMBO 1 (untuk 2 orang makan) harganya RM199

Disebabkan asal birthday je beli kek, asal kek je birthday...too mainstream...maka sis hadiahkan seekor Canadian Lobster untuk santapan suami tersayang. Heheh. Pilihan sos ialah Creamy Zesty Lemon dengan level kepedasan Boom Super Pedas! 


Hadiah besday yang ke-?
Sekor ni harga RM99.80. Tapi sebab dapat 50% discount jadilah RM49.90.

Camput SST dan Service Charge jumlahnya mencecah RM293.25. Tudiaaa. 
As expected.

Service? Ok je laju serve...kiteorang datang walk-in. Alhamdulillah ada seat. Masa sampai tu takde orang sebab datang sebelum Maghrib. Restoren kosong. Order sat je..kelip-kelip mata hidangan pun sampai. Cuma staff tak friendly. Yang ambik order orang Filipino i guess. Tanya bahasa Melayu jawab English. Tak best! Kite makan kat Malaysia je pun. Berlatih cakap BM plisshhh.

Ombak Kitchen
No.5.G.01 D'Vida Business Centre Jalan Bazar U8/101, Bukit Jelutong 40150 Shah Alam.
Shah Alam, Malaysia 40150

OPEN EVERYDAY
MONDAY TO FRIDAY ………5 pm – 11.30pm
SAT, SUN & PH………… 12pm – 12am


4 comments:

  1. tuu diaa Azy makan besaq tuu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali sekala kakak. Cuma badan tak besaq-besaq =)

      Delete
  2. Saya pn mati kutu gak haha. Birthday asben bulan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bawak je pi sini. Tapi kalau asben ada gout jangan cari pasal =)

      Delete