@azyyatiliah

Resepi Mudah Buat 'Salted Egg' Spaghetti



Salted Egg Pasta


Salam Jumaat! Lama tak berkongsi resepi. Balik kampung sempena cuti Malaysia hari tu mak mertua bekalkan telur masin banyak betul. Telur masin seperti mana namanya adalah telur yang diasinkan dan biasanya menggunakan telur itik. Boleh juga guna telur ayam. Tujuannya supaya tahan lama gitu. Negara China rupanya yang mempopularkan telur masin ni. Sebab tu kalau kita pergi makan chinese muslim restaurant memang banyak menu menggunakan salted egg dan ia sangat SEDAP!

Jadi nak share satu resepi menggunakan telur masin yang saya suka dan selalu buat bila takda mood atau selera nak makan nasi. Tajuknya... resepi mudah buat Salted Egg Spaghetti.





Baiklah tuan puan sekalian. Bahan-bahannya adalah;

Mesti ada pasta/spaghetti
Sebiji telur masin yang sudah direbus
Butter
Bawang besar sebiji
Bawang putih beberapa ulas
Nak pedas boleh letak cili padi
Daun kari
Udang
Sotong
Sayur pilihan saya yang kebetulan ada dalam fridge:
cendawan, cili benggala warna kuning, lobak merah & daun ketumbar
Kiub ayam ADABI
Serbuk lada putih
Serbuk lada hitam
Chilli flakes (recycle yang Dominos Pizza punya 😅)


Caranya mudah dan ringkas sahaja. Dah siap potong dan atur bahan semua seperti di atas, mohla kita mula memasak. Beraksi seperti chef professional walaupun.....(lambattttt lagi)

1. Rebus pasta jenis spaghetti sehingga al dente dan ketepikan
2. Guna sedikit butter & bawang putih masukkan udang terlebih dahulu sehingga separuh masak dan ketepikan
3. Masukkan sotong kejap dan ketepikan
4. Tambah olive oil. Tumis bawang putih, daun kari, cili api, chilli flakes, dried herbs sehingga naik bau (saya guna bawang putih yang saya dah siap blend sendiri)
5. Masukkan bawang besar (yang ni tak letak pun takpe. Hubby suka ada bawang besar didadukan)
6. Masukkan telur masin (saya guna putih + kuning sebab taknak membazir)
7. Pecahkan kiub ayam adabi
8. Masukkan cendawan & carrot
9. Masuk pasta & gaul rata
10. Masuk cili benggala, garam (optional), gula (optional)
11. Tabur black pepper
Akhir sekali masukkan udang dan sotong yang diketepikan tadi.
Gaul rata sampai naik wap dan boleh tutup api.
Tabur daun ketumbar (optional). Hubby memang suka daun ni. Katanya rasa dan bau corriander membangkitkan aroma. Jadi boleh kata daun ketumbar / corriander / chinese parsley ni memang wajib ada dalam fridge :)


Daaaaaahhhhh siaaappppp!
Resepi ni senang, mudah, simple, ringkas je kan.
Bon appetit. Selamat mencuba dan menjamu selera.


No comments:

Post a Comment