@azyyatiliah

Azif Azie Sanctuary



Alhamdulillah *flip tudung
Dah siap Azif Azie Sanctuary. Hampir setahun bersusah payah meeting dengan contractor, melalui proses renovasi dengan pelbagai cabaran dan masalah, mencari perabot yang sesuai dengan tema....akhirnya semua selesai dengan jayanya. S.Y.U.K.U.R

Transforming a house into #azifaziesanctuary
.
.
.
.
.
.
.
.



Hubby ada juga cadangkan ambil interior designer. Tapi takpelah. Nak cabar diri sendiri je jadi interior designer. Baru ada personal touch gitu. Lebih jimat. Tapi nak siapkan ni Ya Rabbiii...nak hadap muka contractor. Pastu kejap-kejap kena datang pagi, datang tengahari, datang petang untuk monitor. Memang hAZABbedah sangat. Ni baru projek kecil-kecilan. Kalu rumah ribu riban square feet pengsan mak. I surrender.

Bila buat sesuatu reno jangan serah bulat-bulat @ trust 100% kepada contractor. Sebab dia bukan boleh bayang pun apa yang kita imagine dalam kepala. Kalau boleh cari contractor yang profesional. Boleh suggest A, ada option B. Pastu bila tanya...boleh explain sebab musabab kenapa kena buat gitu dan begini. Kita sendiri pun boleh prep sedikit ilmu tentang reno. Tidaklah diperbodohkan begitu sahaja oleh contractor nanti 😅

Taknaklah dua tiga tahun duduk...sana retak, sana bocor...pastu bila panggil repair dah hilang entah ke mana...adeh pening kepala. Sebab tu kalau ada interior designer, diorang ni akan pastikan contractor bekerja dengan teratur, ikut spesifikasi dan ikut kehendak atau kualiti pelanggan.



Kali ni sis guna dua tone warna untuk kitchen kabinet. Atas putih bawah grey. Untuk meja kaunter quartz jadi pilihan sebab tahan lasak dan senang maintain untuk masa yang lama. Tips penting nak buat kitchen cabinet, anda kena tahu requirement dapur sendiri. 

Azif Azie Sanctuary kondo bersaiz comel sahaja. 
Oklah cukup 2 photo sahaja dulu =)


Sebelum reno



Entry lain berkaitan;



No comments:

Post a Comment