Hiking @ Bukit Batu Putih, Tanjung Tuan PD





Eh-eh-eh korang berdua ni memang tiap-tiap minggu pergi hiking ke camne? Hmm nampaknya begitulah. Selagi ada kudrat, kaki dan lutut kuat kita just go with the flow, gituh. Rasa kelakar pun ada. Dah makin berusia barulah nak buat aktiviti panjat-memanjat ni. Masa muda remaja gagah bertenaga dulu taknak pulak ngukah bukit. Dulu iols diva...panjat tangga escalator dalam mall sahaja. Sejuk. Takmolah panas-panas basah ketiak nih. Kihkih.

Don't let age change you. Change the way you age. Yassss! Itulah situasi ketika ini. Tiap-tiap minggu team building dengan suami. Lagi pun last check up dengan Dr, ada mention yang Azie sangat kekurangan Vitamin D. Dr siap bagi ubat titis bawah lidah dah harga ubat tersebut ialah ratusan ringgit! Boleh google apa akibatnya jika kekurangan Vitamin D. So bila pergi hiking ni secara tak langsung dapat sun bathing. Free-free je dapat Vitamin D. Tak perlu bayar!

Minggu ini hiking di Bukit Batu Putih Tanjung Tuan, Port Dickson. 

Google maps: Tanjung Tuan Recreational Forest
Waze: PNB Ilham Resort

Bukit Batu Putih terletak dalam Hutan Rekreasi Tanjung Tuan, Port Dickson. PNB Ilham Resort betul-betul bersebelahan dengan hutan simpan. Jadi kalau anda nak hiking di sini boleh letak kereta sekitar PNB Ilham Resort. Tempat letak kereta agak terhad. Datang awal lebih baik. Bayaran RM1 per person dikenakan untuk masuk ke hutan rekreasi ini. 


Hutan Rekreasi Tanjung Tuan, Port Dickson. Otw balik ada beberapa ekor kera melompat dan berlegar di area ini. Lepas tulis nama dan buat bayaran di pondok kuning ni, anda dah boleh start hiking. Ada dua trail utama untuk ke puncak Bukit Batu Putih, PD. Trail yang pertama lalu pantai dulu. Trail ni moderate dan agak mencabar lutut serta kaki korang. Trail yang kedua jalan berturap terus naik ke atas sehingga nampak Rumah Api Tanjung Tuan. Trail kedua ni sangat santai easy peasy. 


Kita pilih trail kedua yang easy peasy dahla. Majoriti pun ikut trail yang ni. Kena panjat tangga ni untuk masuk hutan ke puncak Bukit Batu Putih. 


was here...


Sebenarnya ni 2nd attempt hubby and i hiking @ Bukit Batu Putih PD. 1st attempt hari tu, tak dapat sampai puncak sebab Hutan Simpan Tanjung Tuan terbakar. Half way hiked, kiteorang bertembung dengan sekumpulan abang bomba. Kami dinasihatkan untuk turun semula kerana asap terlalu tebal. Puncak pun dah tak nampak. So, ini kesan hutan terbakarlah. Fefeeling autumn dah. 


1st pic belah kanan yang terbakar. 2nd pic belah kiri yang terbakar. Luas juga kawasan hutan yang terbakar. 


Jumpa batu putih ni, maknanya dah nak sampai puncak. Kena buat rock climbing sikit untuk tengok view laut. Nampak macam seram tapi sebenarnya okey je. Muatan berat pun boleh panjat batu ni dengan mudah jika ada keyakinan diri yang tinggi :) Lainlah kalau anda seorang yang gayat. Tapi jangan risau ada laluan lain. Boleh panjat ikut laluan belah kiri batu. 

Pemandangan di puncak Bukit Batu Putih, Tanjung Tuan Port Dickson

Yay! That feeling of satisfaction

Girl Power!


Sempat pulak photographer snap gambar :D Kebetulan minggu ni tak ramai pengunjung. Sis ada dengar-dengar yang lepas ni permit diperlukan. Jadi sentiasa check info sebelum datang hike di sini. 

Turun dari puncak batu putih, kami ikut trail pertama pulak untuk pergi ke pantai. Not bad trail ni. Kalau ikut trail ni naik ke puncak boleh penat nih.


Area sini ada yang camping, ada yang tengah buat team building, ada yang tengah buat zipline. Lepas chill tepi pantai kami teruskan pendakian keluar dari hutan simpan ni. Jumpa balik laluan masuk tadi. Kami berdua mendaki semula untuk tinjau kawasan rumah api. Yang lain, terus pi cari nasi lemak depan kubur. I mean 'Nasi Lemak Depan Kubur' nama gerainya. Ahahah. Sini nasi lemaknya sedap, sotonya not bad, lontong pun ada dan roti canai melayu style pun ada. Tempat breakfast sedap di Port Dickson.


Sis tengah khusyuk mencari air pusar yang dikatakan puaka dan misteri itu. Okeh sedikit sejarah Rumah Api Tanjung Tuan. FYI rumah api ini dahulu dikenali dengan nama The Cape Rachado Lighthouse. Uniknya rumah api ni terletak dalam daerah Alor Gajah, Melaka. So technically sis berada di Melaka sat. Ada yang kata sebenarnya rumah api ini dibina oleh Portugis pada tahun 1528 (492 tahun lalu). Wow! Kemudiannya barulah dibina semula oleh British. Banyak betul sejarah rumah api ni. Bukan itu sahaja, kisah turun temurun berkaitan kawasan sini pun ada. Rumah api Tanjung Tuan berada pada ketinggian kira-kira 118 meter dari paras laut dan ketinggian menara lampu pula 24 meter. Oklah that's all for now.

Till then wassalam...


No comments:

Post a Comment