@azyyatiliah

6 Tempat Menarik Bercuti Bersama Anak-Anak dan Keluarga Di Bangkok, Thailand



Hi everyone. Nampaknya ramai mencari tempat-tempat menarik di Thailand. Kali ini nak bagi 6 cadangan tempat menarik bercuti bersama anak-anak dan keluarga di Bangkok, Thailand.


Kidzania Bangkok

Rupanya bukan di Malaysia sahaja ada Kidzania. Di Bangkok juga ada. Kidzania Bangkok terletak di Siam Paragon. Bolehla anak-anak merasa pengalaman bekerja seperti orang dewasa. Mereka boleh jadi pakar bedah, ahli bomba, juruterbang, model, doktor, polis dan banyak lagi di bandar kecil ciptaan Kidzania :D Pasti kanak-kanak seronok dan teruja. Nanti boleh jawab soalan cikgu cita-cita nak jadi apa? Boleh beli tiket di SINI

Kredit: google



Safari World Bangkok

Kanak-kanak mesti suka binatang kan. Penat dah asik beli binatang plastik di Toys "R" us. Apa lagi bawa lah anak-anak berjalan ke Safari World Bangkok! Confirm kanak-kanak suka to the max. Lokasi terletak jauh sedikit dari bandar Bangkok. Safari World binatang-binatang dilepaskan kepada alam. Dah masuk Safari World jangan lupa pergi Marine Park sebab ada 8 show yang sangat ohsem. Antaranya Sea Lion Show, Dolphin Show, Orang Utan Show, Bird Show dan banyak lagi. Selain itu ada Jungle Cruise River Ride yang membawa anda menyelusuri sungai dengan pemandangan hutan disempurnakan lagi dengan animasi dan pelbagai efek yang mengkagumkan. Boleh beli tiket di SINI.

Kredit: klook.com



SEA LIFE Bangkok Ocean World

Nak bawa kanak-kanak selami ke dasar laut dan kenali lebih banyak hidupan akuatik? Marilah pergi ke Sea Life Bangkok Ocean World. Dulu dikenali dengan Siam Ocean World. Dikatakan Aquarium terbesar di Asia Tenggara. Ada lebih 30 ribu jenis hidupan laut. Di sini senang-senang habis masa 2 ke 3 jam tanpa sedar. Terletak dalam Siam Paragon. Hidupan akuatik di sini benar-benar mengkagumkan. Boleh beli tiket di SINI.

Kredit: klook.com



Siam Park City

Siam Park City merupakan taman tema terbesar di Thailand. Tempat hiburan riadah bersama kanak-kanak dan seisi keluarga. Kalau nak ke sini bersama keluarga better ambil sekali tiket + transfer. BTS Skytrain tiada akses ke sini. Ada 5 attractions utama dalam Siam Park City iaitu;

Water Park
X-Zone
Family World
Fantasy World
Small World

Yang menariknya dalam Water Park ini ada wave pool terbesar di dunia. Mesti teruja nak main Super Spiral, Speed Slide, dan Mini Slide. Di sini juga ada pantai buatan untuk kanak-kanak mandi manda. Jika nak sejukkan badan di Bangkok..sinilah tempatnya. Jika nak adrenalin rush boleh naik Boomerang Roller Coaster! Fuh, boleh semput tengok track nya. Menarik kan. Jangan lupa masukkan Siam Park City dalam itinerary anda. Boleh beli tiket di SINI.

Kredit: klook.com


Dream World Bangkok

Dream World Bangkok merupakan tempat percutian terbaik bersama keluarga. Acah-acah Disneyland pun boleh. Disneyland paling dekat nak pergi sama ada Disneyland Hong Kong atau pun Disneyland Tokyo. Tapi jiran sebelah kita...Bangkok pun ada amusement park seperti Disneyland. Tiada akses BTS Skytrain di sini. Jadi better beli tiket beserta transfer lebih mudah. Susah juga kalau nak harapkan teksi per meter. Ada 4 zon utama;
Dream World Plaza
Dream Garden
Fantasy Land
Adventure Land
Dream World Plaza

Dalam Dream Garden ada love garden yang sangat romantik. Di Fantasy Land kanak-kanak akan jumpa Sleeping Beauty, The Giant House dll. Adventure Land merupakan zon terbesar dalam Dream World. Snow world juga ada di sini tetapi ada caj tambahan. Boleh beli tiket di SINI

Kredit: google



Art In Paradise Bangkok

Art In Paradise Bangkok atau lebih mesra diketahui sebagai 3D Art Gallery. Muzum 3D ini berada di aras 4 Esplanade Shopping Mall di Ratchada Bangkok. Boleh diakses dengan MRT. Waktu operasi setiap hari bermula jam 10 pagi. Di sini bolehla beraksi gila-gila atau berswafoto dengan keluarga. Boleh ekspresikan diri bila bergambar berlatarbelakangkan grafik atau imej 3d yang menarik yang hasilnya gambar anda akan kelihatan amat luar biasa! Hehe. Tiket sekarang berharga RM32. Boleh beli tiket di SINI.

Kredit: klook.com

Semoga bermanfaat
Hujung tahun dah tiba, selamat bercuti!



4 comments:

  1. wah banyak tempat menarik juga di sana ye..thanks for sharing

    ReplyDelete
  2. waaaah x sangka ada tempat2 cemni kat Bangkok. tapi yang roller coaster tu ehehe.. tidakla..

    ReplyDelete