@azyyatiliah

Adikku Kini Seorang Doktor Pelatih


Pernah berangan nak dapat result gempak macam ni. Tapi itu hanyalah angan-angan mat jenin yang akhirnya kelaut🙆


Ini ke result budak kecik hingusan yang paling comel masa kecik antara adik beradik, yang selalu kene gomol, yang selalu kak long dodoi dalam buaian, yang cuci berak kuning, yang meraung-raung bila kena bangun pagi nak pergi sekolah, yang kena tinggal bogel depan tadika murni sebab mengamuk tak tentu pasal. Yang buat perangai masa ibu abah tinggal kita semua sebulan sebab pergi Haji. Yang kak long selalu pi jemput balik hujung minggu lalu jalan belit-belit Bukit Putus masa stay di asrama penuh kat pilah. Last-last dapat result macam ni. 


Apa result macam ni?!!


6 November 2016


8 November 2017 *Ya Allah kualiti gambar pun kelaut. Tolong beli iPhone lepas ni sis*


Kelas uols dapat mock cheque besar dari Menteri Besar Negeri Sembilan


Congrats my little sister. Kak long so proud of you! Ibu abah pun for sure.


Ada yang bertanya kepadaku apakah 'secret recipe' kejayaan beliau? Barangkali nak guna recipe yang sama untuk anak-anak beliau. Saya pun terpinga-pinga sebentar. Teringat cerita Bonda masa lepak-lepak minum petang di mini garden... yang my little sister ni setiap kali nak exam, besar kecik, besar kecik hatta ujian pengukuhan pun dia wajibul ghunnah akan call Bonda bagitahu dan minta doakan kejayaan. 


Tiada kenikmatan melainkan selepas kepayahan 
yang akhirnya melahirkan sebuah kejayaan.
Semoga keberkatan sentiasa memayungimu❤️


4 comments:

  1. my senior! bukan calang-calang boleh dapat distinctions sebanyak itu lagi-lagi masa pre-clinical.

    mesti bangga kan ada adik macam ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seriously your senior? Alhamdulillah semua dengan izin Allah juga kan :) She deserved it. 5 tahun tak fikir nak shopping, nak jalan2 even raya pun sehari je bergumbira. Memang nampak jelas komited & dedicated nya dia pada study. Ni dah HO barulah nampak start shopping, traveling terpengaruh dengan kakaknya! Hahha. Btw good luck and all the best for you too!

      Delete