@azyyatiliah

Rizalman Bag | Ribagmini71 for Zalora



Heloknya beg ini. Ribag Mini Sometime. Designed by Rizalman. The most wanted collection 2017.  Aritu keluar yang besar. Kali ini yang mini pulak. Ribagmini71 ini kolaborasi antara Rizalman dengan pembuat bag semi handmade terkenal di Malaysia Sometimes Designer. 


Sometimes Designer ni pernah kolaborasi dengan Vivy Yusof dulu di FashionValet. Sejenis penyakit kaum perempuan yang pantang tengok handbag helok. Kolaborasi Vivy dengan Sometimes Designer sangat berjaya. Hanya muncul beberapa minit sahaja secara online di FashionValet dan kemudian sold out everywhere. Ramai wanita menangis di tepi bucu katil. Jangan tak tahu ada yang gila kentang beli semua warna. Haish, perempuan memang tak cukup satu kan? Me pulak alhamdulillah berjaya dalam pertempuran tersebut 💅dan masih menggayakan bag tersebut sehingga ke hari ini. Buat gilir-gilir dengan bag lain. 


Samalah kes dengan yang ribagmini71 ni juga. Sebelum ini khabarnya pernah keluar 5 minit sahaja bertahan dan terus SOLD OUT kata Cikgu Murni. ribagmini71 hanya akan muncul di ZALORA  pada esok hari sahaja. Kita tengoklah lama mana bertahan.


"I like my bag graceful with amper compartments. The craftmanship and premium materials exude both luxury and functionality in a bag you and i desire. This is the Ribag. Wear it with pride"





Ribag Mini Sometime with new color
Designed by Rizalman.

Warna: 

Nude Pink, Storm Blue
Mocha, Powder Blue
Teal, Dark Chocolate
Olive

RM199 in ZALORA

Selamat bertempur esok!


Nota
Yang nak mintak saya bertempur bagi pihak uols pun boleh.
RM230/ RM240 SS (include postage and service charge). Full payment need.
Email me or DM me di instagram.
Kalah pertempuran duit anda akan dipulangkan dengan segera dan ramai-ramailah kita menangis tepi dinding.





2 comments:

  1. Memang cantik... aduhhh tapi budget nak sambar benda lain huhuhu

    ReplyDelete
  2. berbaloi beli dengan harga macam tu siapa yang tak menangis kan

    ReplyDelete