@azyyatiliah

Harga & Spesifikasi Myvi Baru 2018



Tiada lagi rahsia mengenai harga dan spesifikasi My Baru 2018. Semua telah dibongkar. Adik bongsu pemandu MYVI generasi kedua. Jadi dia boleh tengok jelah MYVI generasi ketiga yang serba baru on the road nanti 😅




Myvi Baru 2018 boleh mula ditempah 9 November 2018. Harga Myvi baru 2018 ini bermula dari RM44,300 hingga RM55,300 tanpa insurans.


5 jenis varian ditawarkan. Harga Perodua Myvi Baru 2018 mengikut varian;


1.3G Standard (MT) berharga RM44,300


1.3G Standard (AT) berharga RM46,300


1.3X Premium (AT) berharga RM48,300 


1.5 High (AT) berharga RM51,800 


1.5 Advance (AT) berharga RM55,300 



Ciri Keselamatan Terkini

Setiap model Myvi baru 2018 dilengkapi ciri keselamatan terkini dikenali sebagai Advanced Safety Assist (ASA) melalui kamera khas di cermin depan kereta.

Kesemua model Myvi baru ini disempurkan dengan Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Kawalan Cengkaman (TRC) dan Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS).

Empat beg udara untuk Perodua Myvi 1.3G Standard (MT/AT) & 1.3X Premium (MT)


Enam beg udara untuk Perodua Myvi 1.5 High (AT) & 1.5 Advance (AT)



Reka bentuk terkini Myvi Baru 2018


Ciri standrad Perodua Myvi Serba Baru; Lampu hadapan LED, akses pintar dengan butang mula/henti enjin dan enjin empat silinder DOHC Dual VVT-i.


Bentuk kereta Myvi yang lebih panjang, rendah dan lebar dari generasi sebelumnya


Roda aloi 14 inci untuk varian 1.3L dan 15 inci (two-tone) untuk varian 1.5L


Kesemua varian dilengkapi lampu utama LED dengan fungsi follow me home dan larasan ketinggian, Smart Entry dan Push Start Button, kerusi belakang dengan lipatan 60:40




Disempurnakan dengan enam (6) pilihan warna;

Hitam granite
Hijau peppermint
Merah lava
Ungu mystical
Perak glittering 
Putih ivory. 




Rupa Myvi gear up atau full spec. Premium package tambah lagi RM1,250 untuk aksesori. Yang ni memang cun. Cuma warna putih tak cun. I lagi suka Hitam Granite. 




Tayar spare Myvi baru



Dashboard Myvi baru - push button engine


Seat belakang yang agak lapang dan luas


Harga sangat reasonable. Yang advance punya varian pun siap ada built in Smart Tag. Haih tertawanlah macam ni. Anda macam mana? Tergoda tak?

Mesti ramai yang beli lepas ni pastu mekap keta cantik2. Nampak banyak jugak aksesori Myvi orang jual online.


4 comments:

  1. menggodaaaa tau MYVI baru ni.. cantik and sangat pandai produa rahsia2 dulu kan.. tapi baru rasa tenang dari semput habis bayar kereta skarang so sabarlah dulu. marilah lenjan apa yang ada hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul siti. Jangan membazir. Kereta sis zaman uni dulu masih simpan & digunakan dengan baik sampai skrg. Dah 17 tahun berlalu tapi elok atas jalan raya. Yang penting bebas hutang! Best kan.

      Delete
  2. yela kan...nak beli kete bukan senang...kete iolss yang old skool tu jugak yang di heret merata...masih belum mampu nak buat hutang kete lagik....huhuhuhuh

    ReplyDelete