@azyyatiliah

#24 Japan Cherry Blossom Day 8 : Keseronokan di Tokyo DisneySea Japan




Hi everyone! Kita sambung lagi travelog di Japan. So far dah khatam semua kah? Ada ke tidak yang baca ni atau sekadar scroll gambar untuk cucian mata 😅 Macam ni punya panjang boleh buat buku kata seorang teman. Buku tak boleh google. Journal online boleh google. Senang nak baca di masa hadapan. Kan!

Okeh. Mari kita sambung episod pengalaman di DisneySea. Sambungan SINI. Mercu tanda paling popular di Disneyland dah tentu Cinderella castle warna biru yang megah berdiri. Mercu tanda DisneySea pula adalah gunung berapi atau volcano paling aktif di dunia. Setiap hari selama 365 hari meletus.

Paling dekat dengan pintu gate masuk adalah AMERICAN WATERFRONT dan tarikan utama di sini adalah TOWER OF TERROR. So kami try naik TOWER OF TERROR!




Wajah yang tiada perasaan lepas turun Tower of Terror. Photo di atas bukti dah naik ya. TIPS: Jangan duduk tengah nanti gambar tak nampak! Sebelah kiteorang tu budak sekolah tinggi. Siap bertali leher bagai. Heran betul. Sebelum pergi sekolah sempat masuk DisneySea naik Tower of Terror. Jeleslah macam ni.


Selama ini hanya tengok kalian berkongsi gambar di instagram mahupun facebook berlatarbelakangkan Tower of Terror DisneySea. Senyap-senyap simpan azam dalam hati. Kemain kan. Akhirnya ia tercapai!


Ni antara benda yang WAJIB cuba kalau pergi DisneySea. Terkejut weh naik benda alah ni. Nasib baiklah tiada lemah jantung. Part lift jatuh acah-acah terhempas tu memang menjerit sekuat hati. Bukan sebab seram ke apa. Sebab terkejut punya pasal. Gile kentang betul!



Lepas tu kiteorang ambil Fast Pass Toy Story Mania. Sekali tengok jam 4.55 pm daaa. Ades. Lama betul nak tunggu. Nak print Fast Pass yang lain dah tak boleh selagi tak lepas jam 4.55pm tu. Sementara tunggu 4.55pm kiteorang just ronda dan ambik gambar area Disneysea.


Sempat juga tengok show bertajuk 'Out of Shadowland'. Pengalaman di Disneyland Hong Kong, bila ada show semua orang keluar phone record video walaupun diorang mention no record. Tapi di DisneySea Japan, sangat aneh kerana dalam lautan manusia depan stage tu, tiada seorang pun yang record video setelah mendengar arahan emcee. Sungguh aneh sekali. Kenapa semua orang begitu behave?


Pastu beratur buang masa hampir 2 jam lebih untuk naik INDIANA JONES ADVENTURE : Temple of the Crystal Skull. Sis redha.



Sila cuba okeh!



Sambil menyelam minum air. Jadi tourist sambil tu jadi part time photographer. Japan ni lah negara paling banyak jadi part time photographer. Boleh kata setiap tempat kena tolong ambilkan gambar😂 Gambar diorang helok je hasilnya. Bila time gambar kiteorang, tah apa-apa je hasilnya. Siapa selalu kena macam ni?




Teringat pulak Macau. Ala-ala macam ni juga view nya. Cuma di Macau tu dalam bangunan. View ini di luar bangunan berbumbungkan langit biru yang semulajadi.



Tokyo DisneySea banyak sangat benda comel. Muda mudi tempatan yang datang pasti sedondon dengan rakan-rakan. Pelik tapi comel gaya mereka ni. Tak jemu mata memandang. Merchandise yang diorang beli or pakai tu memang comel gile. Ada jual dalam DisneySea. Geram je nak beli. Tapi bukan murah. Harga mahal boleh tahan. Kita nak beli pun fikir 20 kali. 


Smile you are on candid camera! Hehe.

Penat berjalan di DisneySea mana pulak nak cari makan?


Banyak tempat makan di DisneySea tapi tiada satu pun yang certified halal. Frustrated. Kami jalan-jalan cari makan dalam DisneySea ni sambil tunjuk Muslim Support Card & Muslim Dietary Card. Boleh check SINI. Malangnya mereka geleng kepala. Maknanya tak halal. Sedih giler weh. Perut lapar mencerut. Penat gila baboon pulak tu. Takda energy nak berjalan. Mujurlah kiteorang seludup juga makanan dalam backpack buat alas perut.  Seharian di DisneySea of course lah habis bekalan. Ades la. Nak nangis rasa.


Tak putus asa kiteorang pergi New York Deli. Tak lupa tunjuk Muslim Support Card. Staff kaunter yang baik hati minta kami tunggu sat dia nak roger manager kat dalam. Tak lama kemudian, keluarlah abam manager kawai siap bersuit tali leher bagai bawa iPad di tangan dan tanya kiteorang. Lepas dia check senarai bahan-bahan menu via iPad, jawabnya menu yang ada semua tak halal. Tapi dia boleh sediakan halal version punya. Fries kosong; deep fried dalam vegetable oil dan bagel inti sayur. Air teh panas. Alhamdulillah. Masya-Allah. Syukur sangat Allah SWT permudahkan. At least adalah energy nak teruskan perjalanan ke Kyoto pulak malam ni. 


Time kami makan ni lepak depan cermin cafe. Orang yang lalu lang especially pak dan mak Arab yang berhijab duk tengok-tengok. Mesti tertanya-tanya halal ke? Halal ke? Dalam cafe tu memang takda orang yang berhijab langsung. 



Makanan halal di Disneysea


Lepas makan kami nak solat pulak. Memang tiada prayer room di DisneySea.  Kami nampak ada Muslim solat di park.  Tapi takpelah nak try dulu guna kaedah yang sama seperti di Disneyland Hong Kong. Kami pergi di Guest Relations kaunter dan request nak solat. Alhamdulillah mereka sediakan VIP room sebagai prayer room. Wudhu kena ambik siap-siap di bilik air.  Alhamdulillah kami berdua dapat solat dengan privacy dalam VIP room. Lupa nak ambil gambar. Tapi Azie ada buat instastory di Instagram ketika itu. Lega sangat dapat sempurnakan kewajipan kepada Allah SWT :D


DisneySea serious besar yang amats. Ada sekali tu kiteorang macam sesat. Tiba-tiba tukang sapu sampah DisneySea (Japanese) belakang kiteorg tegur dan bantu. Bukak map dan explain😱 


Kalau datang dengan anak-anak elok ambil tiket 2 hari dan menginap di hotel berdekatan Disneysea/Disneyland.  Atau kalau budget lebih boleh menginap di hotel di bawah. Tokyo Disneyland Hotel. Hotel ini mengadap Tokyo Disneyland Station.  Harga untuk satu malam seribu lebih.  Tak dapat menginap masuk dalam jap ambil feel sementara nak tunggu night bas ke Kyoto sampai. 







Cantik sangat kan. Bilik dalam hotel ni ada yang ikut tema Disneyland :D


Jika kalian berpeluang ke Tokyo bolehla buat lencongan ke Chiba dan masuk ke DisneySea theme park paling padat dengan manusia! Once in a lifetime experience :)


3 comments:

  1. Saya tak scroll saya baca every word azy type in. cepat2 hbis kn travelog japan ne.. nak hari2 check azy punya blog semata2 nak bca travelog azy jejak japan 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masya-Allah ada juga yang baca rupanya. Thank you sweetheart :D

      Delete
    2. Your welcome.. ye saya baca specially when its come to your travel stroy :D Semoga Allah berikan kerajinan utk update blog ye..

      Delete