@azyyatiliah

Dekorasi Rumah Teres 2 Tingkat





Rumahku syurgaku. Hari ni saja nak kongsi idea dekorasi rumah teres 2 tingkat yang telah kami diami selama lebih 6 tahun. Konsep rumah kami simple dan minimalis sahaja. Gitu. Perasaan mula-mula nak masuk rumah baru memang teruja habis tak terkata. Gigih pergi Homedec, Home & Living, Home Harmony dan semua Home lah kami pergi. Tu belum masuk lagi jalan-jalan tengok rumah contoh. Meleleh air liur tengok rumah contoh yang disiapkan oleh interior designer. Tiba-tiba rasa menyesal tak ambik course interior design zaman uni dulu🙆 




Kamar tidur yang bertemakan warna putih. Dressing table juga putih, wardrobe juga putih :) Saya memang suka warna putih supaya bilik nampak lebih lapang dan luas. Cadar juga kalau boleh mesti warna putih atau cream supaya mata senang dan lapang memandang. Tempat istirehat untuk menunaikan hak jasad setelah suami penat bekerja seharian mestilah selesa, bersih dan wangi :)



Ruang makan yang simple. Saya letak cermin supaya ruang makan yang bersebelahan dengan ruang tamu rumah nampak lebih luas. Kotak duckscarves diatur teliti jadi penyeri ruang makan. Boleh nampak melalui cermin. Kerusi makan warna purple untuk suntikkan elemen moden di sini. 



Bersebelahan ruang makan adalah ruang tamu. Ruang tamu pun simple. Meja tv dihiasi dengan pasu-pasu yang dibeli dari pelbagai negara ketika travel. Saya & suami memang suka collect pasu-pasu bersaiz mini & unik buatan tangan sebagai kenangan. Boleh tengok identiti sebuah negara pada pasu yang diukir.



Ini pula dapur tempat mengisi perut lapar. Masih mengekalkan warna putih secara keseluruhan supaya nampak lapang dan luas, Kontraktor dapur ni ialah Signature Kitchen. Kitchen consultant dulu Mrs Ai Bee. Dia benar-benar kitchen expert. Arrangement, location semua diatur dengan baik tanpa sebarang masalah. Sangat puas hati dan berbaloi buat dengan mereka. Sehingga hari ini semua bahagian berfungsi dengan baik dan sempurna. Saya memang request nak kitchen kabinet sampai siling supaya tiada habuk berhabitat atas kabinet. Lagipun bila banyak tempat simpanan macam ni, semua barang boleh sorok dalam kabinet. Mixer, blender, food processor, juicer, periuk belanga semua ku masuk dalam kabinet. Untuk elakkan habuk bersarang jugak. Suamiku resdung. Orang resdung allergic dengan habuk. Saya pulak bukan rajin nak lap tiap2 minggu :D


Saja pepagi ni nak berkongsi dekorasi dengan korang. Sebab kebetulan gambar ada dalam laptop. Moga jadi inspirasi dan semangat buat anda juga untuk menghias rumah seadanya.

Muda-mudi zaman sekarang suka scandinavian design. Me dah terlambat nak tukar konsep sebab semua barang pun dah beli. Haha. Mampu tengok jela orang share dekorasi scandinavian yang cecantik tuh. 

Next project kami nak renovate bilik air, bahagian belakang dapur & letak laminated floor. Insya-Allah. Itupun kalau tak pindah rumah :D *mari menabung*

So ada cadangan kontraktor yang elok?


2 comments:

  1. suka tgk deco simple mcm ni lagi2 furniture putih.. rasa tenang jer...

    ReplyDelete