@azyyatiliah

#35 Osaka Day 1 : Makanan Halal di Ali's Kitchen Osaka & Louis Vuitton




Assalamualaikum

Konnichi wa 今日は!


Alhamdulillah kami dah sampai OSAKA JAPAN! Osaka merupakan bandar ketiga terbesar dan kedua terpenting di Japan selepas Tokyo. Banyak sangat tempat-tempat menarik di Osaka. Antara sempat dan tidak je. 



Jangan lupa di Osaka lah asal usul takoyaki. Tapi malangnya kami tak jumpa takoyaki halal untuk dimakan. Stress. Yang kami jumpa Ali's Kitchen. Japan No.1 Biryani,Pakistani & Arabic food for last 8 years. Tapi takpe. Yang penting boleh makan tanpa was-was.



Ali's Kitchen terletak berdekatan dengan Shinsaibashi Station. Lepas jumpa Uniqlo cari tangga menuju ke bawah. Restoren halal Ali's Kitchen ni terletak di underground. Turun dengan tangga. Menu-menu di Ali's Kitchen ialah menu south asia. Nak makan sini kene ready duit dalam 1500 yen. So mari kita makan dulu!



Address
Ali's Kitchen
Chuo-ku, Shinsaibashi Suji 1-10-12 B1, Osaka, Japan

Business Hours: Everyday 11 am - 11.30 pm




Shinsaibashi, Osaka








Mr.Ali (yang pakai cap) owner kedai ni. Seorang yang sangat friendly dan humble. Boleh cakap banyak bahasa. Dia yang ambil order. Kiteorang pun tak ingat dah nama menu ni & harganya. Yang penting lega sangat dapat rehatkan kaki dan padatkan perut dengan makanan yang sangat awesome :D


Restoren dia full house sokmo. Memang ramai Malaysian dan Indonesian mahupun Bruneian datang makan di sini. Even Japanese sendiri pun makan sini. Yang mengadap meja kami ialah seorang wanita Jepun. Tau dia order apa? Sepinggan nasi Briyani. Ya Allah, excited betul tengok dia makan dengan lazatnya. First time tengok orang Jepun makan nasi Briyani. Hehe. 


Restoren Ali's Kitchen ni size dia comel je. Tempat dan meja terhad. Alhamdulillah masa kami sampai ada satu meja kosong. Kalau tak memang kene que. Tunggu makanan pun agak lama. Bersabarlah. 



Perut dah padat bolehlah tersenyum riang :D


Ali's Kitchen is highly recommended. Makanan sedap sangat! Tapi nan dan qeema di sini tak terlawan dengan Alladin Indo Restaurant di Lake Kawaguchiko. Yang tu sampai sekarang teringat-ingat 💦💦😋


Perut dah kenyang kita cuci mata tengok handbag Louis Vuitton. Japanese memang suka pakai LV. Bersepah-sepah pakai LV. Naik train mahupun kayuh basikal masih menyandang LV. Physco betul! Kalau dah mata asik melihat dan curi-curi pandang, marilah kita masuk je kedai dan cari satu. Cewah! *berangan*


Kedai-kedai tepi jalan jual Louis Vuitton. Tapi 100% authenthic. Katanya takda LV immitate di Japan. Di Bangkok yes memang banyak. Hehe. Di Japan, Louis Vuitton ada di jual di Kedai Hard Off *kedai preloved* Tapi tak semua preloved. Ada je yang NEW item. Memang aim pergi Japan nak beli handbag🙈




NEW Louis Vuitton Neverfull PM Monogram Canvas



Louis Vuitton Sologne PM. Lepas belek-belek memang excellent condition. Design ni dah discontinue di LV :D


New Louis Vuitton Favorite MM & PM 


NEW Louis Vuitton Alma BB in Monogram Canvas



Last but not least Louis Vuitton authentic yang dilonggok dalam bakul tepi jalan. First time tengok! Yang ni memang let go harga murah. Condition yang ni memang 3 0r 5/10 je kot. Spoil kat strap. Canvas or body memang cun lagi. Bag mahal memang tahan lama. Jual pun masih ada harga dan masih ada orang beli. 

Me? Beli yang mana? Cuci mata dulu.... Belum jumpa handbag idaman👻


No comments:

Post a Comment