@azyyatiliah

#20 Japan Cherry Blossom Day 6 : Taman Tema Fuji Q Highland Resort di Jepun


Untuk trip ke Jepun ni alhamdulillah kami plan untuk taknak tight budget sangat. Berbelanja lebih sikit yang penting puas hati. Memang selagi boleh cover, rasa nak cover banyak tempat. Betul lah sesungguhnya Jepun memang sebuah negara yang sangat menarik dan unik untuk di explore dengan lebih banyak. Makanan halal mudah dicari, apps untuk muslim traveler yang sentiasa dikemaskini, masjid dan musolla juga banyak. By far Jepun is the best country yang pernah kami sampai.

Pernah dengar taman tema Fuji Q di Jepun?

"Japan's most famous amusement park at the foot of Mount Fuji. With about 40 different attractions, there's something for everyone, from thrilling roller coasters for the brave to theme park rides that families can enjoy"

Akhirnya kami saaaaampai juga di sini. Dan yang paling penting hari ini Fujisan muncul megah berdiri :D


Gunung fuji, fuji-san merupakan gunung tertinggi di Jepun dengan ketinggian 3,776m dan merupakan simbol kemegahan rakyat Jepun. Rujuk wikipedia, gunung fuji terbentuk lebih kurang 10,000 tahun yang lalu. Kalau anda nak tahu, gunung fuji ni boleh didaki dan dikatakan 200,000 pelancong asing mendaki gunung fuji setiap tahun. Nak mendaki sampai puncak ambil masa dari 3 ke 7 jam. Kalau nak mendaki kene pergi musim panas. 

Cara nak pergi Fuji Q Highland dari Okubo

Okubo Station -> Shinjuku Station (free guna Tokyo Wide Pass)
Shinjuku Station -> Otsuki Station (free guna Tokyo Wide Pass)
Otsuki Station -> Fujikyu Station (bayar lain sebanyak 1,080Y x2)


Fuji-san yang indah menawan. MasyaAllah ciptaan Allah SWT tiada tandingan


Hari ini kami naik AZUSA Limited Express lagi. Alhamdulillah Tokyo Wide Pass ni macam penyelamat. Bayar sekali boleh guna untuk pi banyak tempat-tempat yang jauh luar dari Tokyo. Jadi kita manfaatkan sebaiknya. Memang selesa naik AZUSA Limited Express. Lagi bagus kalau reserved seat. Bila reserved seat tempat duduk memang dah dijamin. Tak perlu berebut. Memang ada gerabak khas untuk tiket reserved seat. 


Perasaan yang tak boleh nak digambarkan bila dapat melihat gunung fuji megah berdiri dengan mata sendiri. Dari jauh rasa takjub melihat kebesaran Ilahi. Kalau cuaca elok macam ni, memang korang boleh nampak fuji-san sepanjang jalan.



Train di Jepun ni ada yang bercorak comel-comel


Nak pergi Fuji Q Highland perlu turun di Fujikyu Highland Station. Korang boleh bayang tak, terbuka je pintu train, semua masyarakat atau jemaah yang ada dalam train ni berlari macam ribut pi beratur. Kiteorang ni macam terpinga-pinga kejup, pastu eh larilah jugak macam orang giler kene histeria. Mujurlah dah exercise sebelum datang sini. So takde hal. Dapatlah beratur depan-depan jugak.


Tiket Fuji Q Highland

1,500 yen seorang.  Ini untuk tiket masuk sahaja. Main atau tak main lain cerita. Asal nak masuk ini harga yang perlu dibayar.

1 day free pass ticket - 5,700 yen untuk dewasa. Yang ni boleh main semua sampai lebam
2 day free pass ticket - 9,300 yen untuk dewasa. Yang ni tak cukup sehari boleh ambil pass ni.

Pilihan lain ialah bayar tiket masuk dan bayar ride mana yang anda nak naik. Itu yang kami buat. Sebab me penakut nak naik roller coaster laju-laju tunggang terbalik ni. Bimbang pengsan. Hihi.

Roller Coaster di Fuji Q Highland

DODODONPA - the fastest rollercoaster in Japan
TAKABISHA - the steepest freefall drop in the world
EEJANAIKA - ‘4th Dimension’ rollercoaster with rave reviews
FUJIYAMA - the largest drop in the world at 230 feet



Roller coaster ni nama Takabisha

"Get plenty of thrills from this spine-tingling drop produced using a linear launch system with linear acceleration and a vertical ascent! A heartpounding experience with non-stop thrills awaits you starting with a vertical ascent that takes you straight up toward the sky followed by a brief stop at the top tilted downward just before the highlight finishing off with a max. 121°-tilt drop in free fall"

Spesifikasi:

Masa: 1.004minit
Max. tilt of drop: 121°
Kelajuan maksimum: 100km/h
Muatan: 8 orang
Harga tiket: 1,000 yen

Memang torture habis roller coaster nih. Part nak turun tu memang seram gile. Bunyi orang jerit 1km boleh dengar.


Warna biru adalah tiket ride. Warna merah merupakan fast pass.  Untuk FUJIYAMA roller coaster suami sanggup bayar 2,000 yen (1,000 yen tiket ride + 1,000 yen tiket fast pass). Dia sanggup bayar lebih sebab dia nak skip barisan yang panjang giler ya amats. Rasanya 4 jam beratur baru boleh naik agaknya. Ada fast pass memang terus naik tak perlu beratur. Nak beli fast pass kene beratur di pondok yang ada tengah-tengah Fuji-Q. Dari entrance tu kalau uols nampak orang berlari beratur panjang kat pondok kayu tu maknanya nak beli fast pass la tu. Fast pass ni limited. Boleh jadi habis dalam waktu yang singkat. 



Yang ni nama FUJIYAMA. Bukan setakat tengok track sahaja gerun, tengok manusia beratur berlingkar-lingkar lagi gerun.

"FUJIYAMA, the "KING OF COASTERS," which boasts world-class specs, including a maximum speed of 130 km/h (81 mph), a maximum drop of 70 m (230 ft.), and a maximum height of 79 m (259 ft.). The thrill on this attraction is so out-of-this-world that we guarantee you'll feel like you did the first time you rode it no matter how many times you're on it! "

Spesifikasi:

Masa: 2.045minit
Ketinggian paling tinggi: 79meter
Kelajuan maksimum: 130km/h
Kapasiti: 28 orang
Harga tiket: 1,000 yen

Keji kan diorang ni 



Selain roller coaster yang mendebarkan jantung dan segala organ badan, di sini juga ada The Haunted Hospital - The longest and scariest house of horrors in the world! Ada 2 tingkat. Nak completekan perjalanan dalam hospital berhantu ni paling laju pun 50 minit. Harga tiket 1,000 yen.  Movie Anabelle, Lights Off pun tak sanggup nak tengok. Ish memang taklah nak masuk dalam ni. Dari luar bangunan je dah nampak mayat tergantung sana sini. Macam-macam review ada. Ada yang menangis histeria dalam tu, ada yang terkejut beruk sampai tak sengaja lempang hantu kat dalam tu. Yang tu jangan cari pasal weh. Memang terus kene halau. Sebab ada rules nak masuk rumah hantu ni. Ko sanggup? Me tak sanggup beb, bimbang end up kat hospital mental nanti. Suami pulak bila ku dah taknak masuk dia pun taknaklah. Bimbang heart attack 😏




Ni di petik dari japan info website -> The newly renovated attraction is called the Super Scary Labyrinth of Fear. It is also known as the Ghost House or Haunted Hospital. One of the biggest and scariest haunted houses in the world, it is located in Fuji-Q Highland Amusement Park, in Yamanashi Prefecture and near the base of Japan’s tallest mountain, Mt. Fuji, which you can see clearly from the park. This hospital-themed haunted house might be different from any other haunted house or haunted hospital you have ever visited! This scary labyrinth is 900 meters of terrifying mazes, trap rooms, and dark corners where you even have to decide your own starting route. The visitors are free to explore any part of the building. The designers of the Super Scary Labyrinth of Fear also prepared many traps and pitfalls to provide their guests with a more realistic experience of what he coined as “horror harassment.”




Ada food truck di Fuji Q highland ni. Eh Food Track ke Food Truck? Typo macam ni banyak je berlaku di Jepun. Haha. Di Fuji-Q tak jumpa makanan halal. Jadi tengahari kiteorang gerak naik train turun di Kawaguchiko Station. Nak pi cari restoren halal di lake kawaguchi ni.


Nampak tak manusia berbondong-bondong tengah tunggu bas


Tengahari kami bercadang nak makan di restoren halal di Lake Kawaguchiko. Nampak semalam dari atas bas. Semalam baru perasan tak perlu naik bas pun takpe. Memadai jalan kaki pusing-pusing area Lake Kawaguchi ni. So hari ni kami jalan kaki sambil tengok persekitaran sekeliling dengan lebih jelas. Ambil feel orang kata. Semalam naik bas. Memang crowded dan tak nampak apa pun. Yang nampak ketiak orang je pegang palang dalam bas.



Tempat makan halal di Tasik Kawaguchi ni namanya Alladin Indo Restaurant. Restaurant ni berdekatan dengan Lake Kawaguchi Pleasure Boat. Orang timur tengah yang berniaga. Tapi Indian food. Ingatkan orang Indonesia. Kotla dapat makan ayam penyet kan. Rupanya yang ada roti nan. Kami order dua. Jepun takde konsep makan sharing is caring ya. Order satu set makan 2 orang. Tarak bolehhhh. Setiap orang perkepala kena order menu. 2 orang 2 menu. Kalau ramai-ramai mungkin ada set yang disediakan. 

Jadi 2 menu lah kami order. Kami order nan, Keemar Curry & Mutton Curry. Roti nan dia besar bapak macam raket squash! Masya-Allah rasa dia Oishiii sangat! Keemar & Mutton Curry tu super delicious to the max. Ya Allah tak sangka di kaki gunung fuji di lake kawaguchiko ni ada masakan makanan halal yang sangat sedap menjilat jari. Habis roti nan tu kami makan. Curry tu pun habis licin semangkuk. 

Roti nan - 3,00 yen x 2
Keemar Curry - 1,000 yen
Mutton Curry - 1,000 yen

Alhamdulillah kenyang sampai ke malam. Sampai Shinjuku Station kami ronda-ronda dulu survey G-Shock area Shinjuku ni. 







Puas hati dah survey..terus sambar 5 unit baby g untuk dibawa balik. Tak cukup esok tambah lagi 2 untuk jam lelaki pulak. Masa kami pergi ni ramai yang wasap dan DM nak kirim. Sorry banyak2 kami tak ambil order sebab banyak hari lagi nak stay di Jepun. So kami perlukan cash yang banyak. Card credit pun taknak swipe banyak2 sebab kami pun nak swipe jugak later2 nanti huhu. Yang ni orangnya dah bagi duit yen siap-siap. So takde hal nak belikan terus. 

Sebelum balik rumah singgah beli satay halal di Okubo dulu. Korang kalau pi Japan plis try satay ni. Satay dia sedap sangat makan panas-panas. Tak puas makan kat kedai seludup bawak balik rumah makan dalam bilik. Buka je bungkusan bau satay semerbak harum serata bilik. Sambil doa-doa janganlah jiran sebelah bau satay ayam sedap giler ni. Bawak balik sebab nak cicah dengan sos McD. Ok teringat-ingat pulak....sekarang jugak nak cari tiket murah pergi Jepun!




Boleh beli SINI tiket Fuji Q


No comments:

Post a Comment