@azyyatiliah

#33 Kyoto Day 2 : Sehari Boleh Cover 8 Tempat Menarik Di Kyoto



Happy New Year 2018 all. My first post for 2018. Azam? Habiskan Japan Travelog 2017 dengan kadar segera. LOL. Lepas makan BBQ di Naritaya Halal Yakiniku kita teruskan perjalanan explore Kyoto. Aktiviti ni tak masuk pun dalam itinerary. Sebab dah skip Sagano Romantic train pagi tadi, maka ada lebih masa untuk explore Kyoto dengan jayanya.  Jom tengok apa yang menarik kami jumpa hari ni.



JOM!



Chion-in Temple

Dalam perjalanan menuju ke Maruyama Park, terjumpa Chion-in Temple atau 'The Vatican of Pure Land Buddhism'. Temple paling popular untuk penganut Buddha. Memang crowded. Banyak bas pelancong yang berhenti di sini. Tiada bayaran dikenakan tapi nak masuk taman kat dalam tu ada bayaran antara 300 yen ke 500 yen. Dikatakan ada 7 keajaiban dalam temple ni. Nak tahu masuk dalam dan cari.


The Sanmon Gate (National Treasure of Japan). 24m tinggi dan 50m lebar merupakan gate kayu terbesar di Jepun. Tangga (yang ditutupi dengan payungku, sorry uols) itu merupakan tangga yang digunakan dalam filem Tom Cruise The Last Samurai, 2003



Maruyama Park

Maruyama Park taman tertua di Kyoto. Pokok cherry di bawah merupakan pokok cherry paling senior sebab umurnya dah lebih 80 tahun! Woww..dah sama dengan umur Grandma kat kampung. Tapi ini pokok cherry kedua yang ditanam. Yang pertama dulu umurnya mencecah 220 tahun. Mati dan kemudian diganti yang di bawah ni. Maknanya Maruyama Park ni memang tua! Hampir 300 tahun. Dari jauh dah nampak pohon cherry ni sebab dia sangat besar dan kedudukannya agak tinggi. Pastu juntaian dahan sakura menyebabkan ia nampak megah dan masih gagah.



The gigantic weeping cherry tree at Maruyama Park



Gambar candid dari suami. LOL. Maruyama Park ni memang penuh dengan bunga sakura yang sedang kembang cantik menawan! Sekali lagi me macam histeria. Semua pokok pi ambik gambar. Selfie dengan sakura lagi untuk kali ke-80. Waktu malam lagi cantik. Dah macam sakura karnival. Boleh join hanami yozakura 夜桜 (tengok bunga sakura waktu malam). 



Japanese Grilled fish. Only in Japan. Ikan dicucuk dengan lidi. Lidi dicucuk pulak dalam pasir. Ikan ditaburi garam dan dipanggang dengan arang yang diletakkan di tengah-tengah pasir.



Hanami. Maka banyak gerai yang jual street food dalam Maruyama park. Dah macam karnival meriahnya.




Sakura di Maruyama Park




Yasaka Pagoda


Puas cuci mata melihat keindahan Maruyama Park kita teruskan explorasi sampai jumpa Yasaka Pagoda (five story pagoda) pulak. Masa ni hujan renyai-renyai. 



Old Street of Kyoto. Klasik



Higashiyama district



Kelas pembuatan tembikar daripada tanah liat. Nak masuk kelas sila bayar.



Kawasan pejalan kaki yang sarat dengan manusia. Jalan ini agak mendaki bukit. See ada yang bawa stroller :D tapi baby tak tahu di mana. Aha.



Tiba-tiba ada seketul pohon cherry blossom yang mencantikkan pemandangan. Tempat rehat melepaskan penat. Serious weh semput nak naik tinggi-tinggi ni. Sepanjang jalan penuh dengan kedai makan, kedai shopping dan macam-macam lagi. Bila dah tinggi jangan lupa toleh belakang untuk nikmati pemandangan yang ohsem ni.



Pasu seramik bernilai RM263,000. Ok skip! Takda bajet. Kak Mah je mampu beli sebab dah menabung dari kecik.



Kiyomizu Dera


Wajib datang musim sakura! Memang gorgeous tempat ni


Fabuki sakura. Bila angin bertiup lembut, kelopak-kelopak bunga sakura terbang bertaburan.





Teramachi Street


Beratus kedai makan dan kedai shopping yang kebanyakkan nya daripada family bisnes. Let's go cuci mata.


Japan dan pachinko memang tidak dapat dipisahkan



Ketam besar dan kakinya bergerak-gerak



Nishiki Market


Welcome to Nishiki Market or 'The kitchen of Kyoto! Aktiviti di sini ialah Tabe-aruki in Japanese (walking and eating). Kami tak try pun makanan dalam ni. Just tengok-tengok apa yang ada. Tak survey langsung apa makanan yang boleh dimakan. So pasrah je la tengok orang lain makan :)






Kawaramachi Street


Khoasan Guesthouse berdekatan dengan Kawaramachi street. Belah malamnya kami meronda sini pulak. Kawasan Kawaramachi ni dah macam Bukit Bintang kalau di KL. Syurga buat kaki shopping. Memang crowded dengan manusia. Dari kedai 100 yen sehinggalah department store juga ada di sini.


Sini banyak tempat makan dan tempat shopping brand terkenal seperti Zara, Starbuck, Louis Vuitton dll semua di sepanjang Shijo dan Sanjo street yang bersimpangan dengan Kawaramachi street.


Satu hari yang sangat seronok sebab banyak benda baru kami discover di Kyoto. Phew!


Tak sangka sehari boleh cover 8 tempat menarik di Kyoto!




No comments:

Post a Comment