@azyyatiliah

#40 Osaka Day 3 : Osaka Aquarium Kaiyukan & Tempozan Giant Ferris Wheel



Bila travel ke sesebuah negara..selain suka masuk taman tema, jika ada peluang kami suka masuk aquarium untuk menyelusuri hidupan dasar laut. Tak sedar boleh habiskan masa berjam tengok binatang-binatang dasar laut. Memang ada makhluk yang kita tak tahu wujud pun. Patutlah ramai manusia di dunia ni sanggup ambil lesen scuba untuk berenang sampai ke dasar laut. Takut! Yang ku mampu buat adalah masuk dalam aquarium yang disediakan untuk tatapan umum. Jika melancong dengan anak-anak dan keluarga memang dicadangkan datang ke sini. Osaka Aquarium Kaiyukan dikatakan antara aquarium terbesar di dunia. 


✅Underwaterworld Langkawi : 4000+ hidupan laut. Aquarium terbesar di Malaysia.
Aquaria KLCC : 250 spesies, 5,000 binatang
✅Grand Aquarium Hong Kong : lebih 5,000 ikan daripada 400 spesies
Sea Life Bangkok Ocean World : lebih 400 spesies dan lebih 30,000 jenis ikan. Aquarium terbesar di Asia Tenggara.
Osaka Aquarium Kaiyukan : lebih 300,000 hidupan laut yang berhabitat dalam Lautan Pacifik


Osaka Aquarium Kaiyukan terletak di Minato, Tempozan Harbor Village di Teluk Osaka atau Osaka Bay. Bangunan 8 tingkat aquarium ni menempatkan lebih 300,000 hidupan laut dari Lautan pasifik antaranya ikan lumba-lumba, ketam raksasa, ikan paus, memerang, ikan jerung, ikan pari, anjing laut dll. Uniknya reka bentuk akuarium ini berkonsepkan Lingkaran Api (Ring of Fire) dan Lingkaran Kehidupan (Ring of Life). Kita akan start tour dari tingkat 8 dan turun ke bawah. Maknanya aquarium ni ada beberapa zon dan setiap zon akan ikut kedalaman laut yang berbeza. Excited nak dive ke dasar lautan pasifik paling dalam. Awesome!


Let's go dive in Kaiyukan! Kiteorang plan snap a few pictures untuk kenangan dan untuk blog. Selebihnya just enjoykan mata hati dan fikiran menikmati keindahan hidupan dasar laut. Orang pun ramai. Gelap pulak tu. 



Harga tiket masuk Kaiyukan Aquarium 2,300 yen per pax. Tunjuk Osaka Amazing Pass dapat diskaun 100 yen sorang.



Pandai ikan ni camouflage



Burung penguin yang hidup dalam persekitaran artificial. Tengok cara jalan pun dah comel. Terkedek-kedek. Apetah lagi tengok aksi mereka ramai-ramai ni. Ada yang terjun dalam air. Bila dalam air laju betul penguin berenang.



Ketam gergasi lautan Pasifik yang hidup di kedalaman 100 hingga 200 meter di dasar laut. Ada size lagi besar daripada yang ini. Kagum tengok ketam gergasi ni berjalan. Huuu.



Dunia jellyfish yang sangat menakjubkan. Pelbagai rupa bentuk. Ini salah satu. Yang halus-halus tu amazingnya tak berpintal pun antara satu sama lain. 



Sempat tengok persembahan sekawan dolphin. Ikan dolphin sangat comel. Pengunjung memang excited habis tengok dolphin beraksi siap tepuk-tepuk tangan kegembiraan. Dapat juga menyelit sampai depan. Maka bolehla ambil gambar ni. 



Makhluk terbang dasar laut. Yang ni ke yang buat asam pedas tu?



Eh...eh..macam Destiny dalam Finding Dory. Seronok tengok ikan-ikan berenang bebas. Bebas masalah :D



Finally, dapat juga tengok ikan jerung paus (whale shark), spesies ikan terbesar dunia. Nama dia Yu-Chan. Subhanallah, serious besar sangat! Tangki yang menempatkan Yu-Chan ini juga besar giler. Bayangkan tingginya 8 tingkat bangunan. Rupanya whale shark hanya makan organisma seni laut seperti plankton. Syukurlah!




Destiny whale shark merupakan tarikan utama orang masuk Kaiyukan Aquarium. Julai ni Kaiyukan nak tambah satu lagi whale shark. Kawan Yu-Chan



Bathynomus Giganteus. Muka macam Predator. Sejenis anti social. Dia ni menghabiskan waktu di dasar laut yang sejuk dan gelap gelita sampai kedalaman 1800 meter. Dia makan bangkai ikan-ikan mati.



Ada kolam kecil untuk pengunjung beramah mesra dengan ikan-ikan. Kanak-kanak paling teruja aktiviti sini. Mujurlah kanak-kanak tak reti apa. Yang dewasa mampu tengok, tunjuk-tunjuk bagi arahan suruh anak pegang. Seram weh nak pegang ikan pari. Yang penting jangan pegang ekor ikan pari. Dalam kepala ni terbayang macam-macam. Kemungkinan tak ekor dia tiba-tiba jadi tusukan beracun. 



Gigi jerung. Punya luas macam ni nganga senang-senang je boleh telan separuh badan manusia. 




Masuk kul 2.30pm. Keluar jam 4.58petang. Tak sedar dah 2 jam berlalu! Phew!




Ingat nak naik Cruise Santa Maria. Ala...ala...dah tutup. Rupanya tutup jam 4 petang. Kalau korang nak pergi better naik cruise dulu kemudian baru masuk Kaiyukan



Cancel Cruise Santa Maria, proceed Tempozan Giant Ferris Wheel. Tempozan Ferris Wheel next to Osaka Kaiyukan Aquarium. It is the world first "skyrocket fireworks" lighting pattern with illuminations of 100 meters in diameter. It also boasts the world first transmission of weather information by 100-meter-diameter illumination. Power!



Harga tiket tempozan 800 yen seorang. Tunjuk Osaka Amazing Pass dapat free naik Tempozan Giant Ferris Wheel! Yay. Kami pilih see thru cabin. Dapat naik berdua sahaja dengan suami. Nampak tak...tak lepas pegang tiang! 



Bila naik Tempozan Giant Ferris Wheel baru boleh nampak Osaka Bay dengan jelas. Osaka Kaiyukan Aquarium terletak betul-betul tepi laut



Tempozan Ferris Wheel ambil masa 30 minit untuk lengkap satu pusingan. The night view with illumination is so romantic. Famous as a date spot. Patutla tiba-tiba suami feeling romantik pulak. Keluar bicara hati :D



Pemandangan yang luar biasa dari ketinggian paling tinggi Tempozan Ferris Wheel. Ketinggian Tempozan Giant Ferris Wheel 112.5 meter. Cantik betul pemandangan malam di Osaka Bay. Tiba-tiba ada sedikit cuak. Gayatlah weh. 




Kesimpulannya di Osaka Bay di ada tiga (3) tempat menarik yang korang boleh lawati. Antaranya Osaka Aquarium Kaiyukan, Tempozan Giant Ferris Wheel dan Cruise Santa Maria. Makanan halal boleh try buffet di Turkish Restaurant aras 3 dalam Tempozan Market Place.



2 comments:

  1. alaaa rugi plak tak masuk Kaiyukan menarik rupanya.. sampai 8 tingkat memang berbaloi. tengok dolphin lagi... huuuurm..

    ReplyDelete