@azyyatiliah

#37 Osaka Day 2 : Keseronokkan Di Taman Tema Fantasi Universal Studios Japan



Assalamualaikum


Semalam dah kongsi perasaan teruja meneroka Dunia Fantasi Harry Potter. Hari ni kita sambung lagi tengok apa yang menarik dalam Universal Studio Japan. April musim sakura adalah antara waktu terbaik melawat Jepun selain musim luruh. Cuaca ketika ini sederhana tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas.


Kami berdua ni suka theme park. Taman tema macam Disneyland, DisneySea, Universal Studios merupakan dunia fantasi yang penuh kegembiraan. Masuk theme park mood dia lain macam. Tidak kira dewasa mahu pun kanak-kanak akan jadi gembira :D Seronok nak try ride yang sebenarnya fantasi tapi direka, dibina dengan cukup fine sekali seolah-olah realiti. Suka nak explore apa yang menarik di setiap theme park. Lagi satu suka shopping dan cuci mata merchandise yang dibuat khusus untuk setiap theme park. Memang sangat kreatif, unik dan i likeeeee. So make sure kalau anda ke theme park sediakan duit banyak sikit. Aduhaii memang RAMBANG MATA SANGAT! 


Ada empat (4) Universal Studios sahaja di dunia ni iaitu di California, Florida, Japan and Singapore. Harap-harap berpeluang jejak Universal Studio di California & Florida.



Gambar globe wajib ambil bila dah sampai di Universal Studios :D



Suasana depan pintu masuk Universal Studios Japan. Pelbagai peringkat umur teruja nak masuk taman tema. Kebanyakkan pengunjung memang rakyat Jepun sendiri. 



Ada Aunty yang offer nak ambilkan gambar kami berdua. Huhu. Thank you!



New York - Ada 2 aktiviti sempat kami join di sini

The Amazing Adventures of Spider-Man - The Ride 4K3D . Ala-ala transformers di USS. Tapi ini lagi best. Dengan 4K resolution tapi Spiderman cakap Jepun. LOL. Wajib try!

Terminator 2 :3D - Theater Show tengok Arnold Schwarzenegger cakap Jepun. LOL *



Amity Village. Tak sempat nak ride JAWS. Lagi pun tak suka basah-basah. 



Hollywood - R &B The Voice
*Eh eh tiba-tiba sis goyangkan badan jugak*




Jurassic Park - Aktiviti kami di sini;

Dinosaur Wonder Experience . Meet & greet with dinosaur. Kesian betul  kepada orang yang kena pakai costume dinosaur😂 tapi... tak nampak macam costume. Macam real dinosaur!

The Flying Dinosaur 



San Francisco - Fresh Waffles for non-muslim



Mel's Drive - In - Hamburger Restaurant for non-muslim



Hard Rock Cafe Osaka ada di luar Universal Studios Japan



Train keluar dan masuk Universal City


Di USJ ni lebih banyak buat aktiviti berbanding DisneySea haritu. Maybe sebab guna USJ Express Pass, jadi dapat jimat banyak masa. Dapat explore banyak benda. Jadi tak dapat nak snap banyak gambar. 


Berlaku satu pengalaman pelik di sini. Berlaku time nak masuk Walkthrough Dragon Quest. Sampai turn kiteorang staff perempuan explain in Japanese sambil senyum & tunjuk-tunjuk kat tudung. Diorang memang tak reti English. Penat dia explain. Masalahnya memang kami tak paham! Hahah. Interpretasi kiteorang sama ada nak masuk ni kena bukak tudung atau yang bertudung tidak dibenarkan masuk. I confius. Suami pun confius. Sebab dia bingung dan kami pun blur, last-last dia senyum, bagi pedang samurai untuk berlawan dan bagi kami masuk. LOL. 


Setahu azie di sini tiada jual makanan halal. Kiteorang bawa makanan dari luar. Bawa bekal secukupnya. Tiada prayer room. Kebetulan masa ni azie dah tak boleh solat. Suami pulak ambil masa pergi solat time beratur nak masuk theater show. Sebab lama sangat beratur. Jangan lupa bawa sejadah nipis.


Sebelum balik jangan lupa ambil tax-refund beli merchandise tadi




Sampai ke malam kami stay di USJ. Sampai dah nak tutup baru reti nak balik. USJ tutup jam 9.30 pm. Marilah kita pulang ke pangkal jalan. Esok nak sambung explore Osaka.


Nota: Bila tengok balik gambar-gambar di USJ ni rasa menyesal sangat sebab tak beli beberapa barang. RESIST AND YOU'LL REGRET. Rupanya teringat-ingat sampai sekarang. So baik menyesal beli daripada menyesal tak beli. Siapa nak pergi USJ.....sis NAK KIRIM! 


No comments:

Post a Comment