@azyyatiliah

Review: iPhone 6 plus Case dari Printcious (customised)





Sejak keluar iPhone 8/8plus di pasaran, maka bersepah-sepahlah iphone 8/8plus case dijual di pasaran. Agak sukar nak cari casing untuk iPhone 6/6plus. Kebetulan jumpa satu platform yang  membolehkan kita print ikut kesukaan / design yang kita suka (customised). Boleh baca lanjut di sini. [ Hadiah DIY Menggunakan Printcious Gift ]

Mari kita customised iPhone 6 plus case. 

Langkah 1

Desktop user - Klik sahaja di sini atau gambar di bawah. Jangan lupa turn off pop-up blocker!

Mobile user - Copy link ini -> http://invol.co/cl1mT dan buka di chrome browser.

Tips: Lebih mudah guna desktop!

Jom cuba sekarang!

Langkah 2: Pilih color : Transparent

Langkah 3: Klik button 'Start designing'

Kalau ada gambar-gambar selfie atau travel yang nak dijadikan casing just import masuk dengan klik button ‘image’.





Review iPhone 6 plus Case dari Printcious (customised). Kos shipping RM10. Order 23 Oktober 2017 sampai depan pintu 27 Oktober 2017. Hanya ambil masa 3 hari bekerja untuk deliver barang. Wow. Sangat pantas. Syabas! Anda jangan risau pada hari delivery anda akan dapat email tracking number dari Printcious. Jadi boleh stand by awal. Bila sampul pink sudah sampai muka sudah senyum teruja. So sweetlah! Thank you Printcious 💓




Dalam sampul pink tadi, ada box dari printcious. Walaupun iPhone 6 plus case tu takla besar mana tapi box yang sampai ni cukup besar. iPhone case dibalut dengan bubble wrap yang agak tebal. Tak perlu risau barang rosak atau pecah. Alhamdulillah item diterima dengan selamat.




Tadaaa inilah hasilnya. Transparent casing dengan customised design. Material : durable plastic waterproof case, with a water resistant and lightweight feature
Sedap dipegang. Harga di website hanya RM39.90 sempena Nov promo. Berbaloi-baloi. 

Selain iPhone banyak lagi barang yang boleh customised seperti tshirt, baby rompers, pillow dan lain-lain. 


Selamat mencuba!


6 comments:

  1. simple tapi nice sangat designnya :D

    ReplyDelete
  2. Wahhh cantik hasilnya..
    Memang tak menghampakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..puas hati betul. Esok nak print lagi iphone case. Tengah offer sekarang.

      Delete
  3. senang sekarang semua hujung jari. cantik !! CT nye casing kaler pun dah terkeluar-terkeluar muahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. CT samalah kita. Akk nak print lagi casing untuk iphone 6s. Susah nau nau nak cari sekarang. Kat machine memang lama dah takdak. Nak tukar 8 tak mampu lagi. Harga dah macam laptop! Sangat mengerikaaaaaaan

      Delete