@azyyatiliah

#17 Japan Cherry Blossom Day 4 : Apa Yang Menarik di Odaiba Pulau Buatan Manusia di Jepun




Apa yang menarik di Odaiba City / Tokyo Waterfront (Rinkai Line).  Odaiba merupakan pulau buatan manusia yang sangat besar. Terletak di Tokyo Bay. Odaiba ni merupakan kawasan teluk. Jadi memang sesuailah jadi kubu zaman dulu-dulu. Daiba bermaksud kubu. Kubu ini dibina pada zaman dahulu dengan tujuan untuk mempertahankan Tokyo daripada serangan musuh. Namun kini Odaiba telah diubah suai menjadi destinasi pelancongan dengan rekaan bangunan yang unik dan canggih, hiburan dan pusat beli-belah.

Cara pergi ke Odaiba

Selama di Tokyo kami menginap di Okubo. Dari Okubo Station > Shinjuku Station  (Chuo-SObu Line (Local)). Jalan dalam lima minit kemudian dari Shinjuku Station > Tokyo Teleport Station

Awal pagi kami dah sampai sini. Manusia pun tak ramai lagi. Yang ada orang berpusu-pusu nak pergi kerja. Selebihnya lengang. Dari Tokyo Teleport Station kami gerak ke arah Aquacity Deck yang ada Fuji TV Tokyo, Statue of Liberty, Palette Town dan banyak sangat lagi tempat-tempat menarik di sini. 

Rainbow Bridge

Sekali pandang macam jambatan Pulau Pinang kita di Malaysia. Dua kali pandang macam jambatan di Putrajaya. Heheee. Tapi ini jambatan yang menghubungkan Odaiba dengan Tokyo. Kenapa nama Rainbow Bridge? Barangkali waktu malam jambatan ni mengeluarkan cahaya yang sesuatu. Ada yang cakap tempat ni menjadi tumpuan photographer di waktu senja dan malam. Waktu senja nan merah dikatakan merupakan pemandangan yang menakjubkan di sini. So baibailah. Memang tak dapat tengok. Haha.




Kami pergi ni musim bunga di Jepun. Maka bertuahla dapat melihat keindahan bunga-bunga yang berkembang mekar warna warni di Odaiba City ni. Suasana yang sejuk, nyaman memang sangat selesa bila berjalan. Udara segar. Aduh.Aduh.Aduh. Rindu Jepun.

Statue of Liberty


Jepun pun ada Statue of Liberty. Tapi bersaiz mini. Replica sahaja. Terletak di belakang Fuji TV Tokyo. Tempat wajib swafoto. Pastu wajib post di Instagram & Facebook. Huhu. Bukan senang nak dapat gambar ni. Orang kat bawah ni fefeeling Manhattan kejap. 



Fuji TV Tokyo Building

Suami panggil Fuji TV Tokyo ni Daily Planet! Yerla sebab Daily Planet je yang ada sfera-sfera di bangunan. Kalau di Malaysia macam TV3 lah. Pelancong boleh masuk dalam Daily Planet Tokyo ni. Tapi ada bayaran yang dikenakan.



Aquacity Odaiba


Suasana sunyi aman daman tiba-tiba dicemari dengan enjin kenderaan yang bunyi kuat ala-ala drift. Apa lagi kiteorang pun berlari mencari tempat bunyi tu datang. Rupanya ada Tokyo Drift pulak :D Sempat buat live di Facebook. Orang jakun memang macam tu kan. 



Diver City Tokyo Plaza

Diver City Tokyo Plaza merupakan shopping mall di Odaiba. Pusat beli belah paling ramai pengunjung. Dulu ada Gundam besar depan ni. Memang betul takde rezeki. Kami pi hujung bulan tiga. Gundam ni dah kene lupus awal bulan tiga. Sayangnya. Dalam proses nak ganti Gundam yang baru. Haihhh! Di sini juga ada cafe Gundam, barang-barang Gundam dll. Peminat Gundam boleh datang sini.



Orang Jepun memang suka beratur panjang-panjang macam ni. Di mana-mana sahaja. Ni jual konsert ticket apa tah ni. 

Tulip juga ada di Jepun! Sebelum ni jumpa tulip di Melbourne, kini bertemu lagi di Jepun. Cantik sangat tengok tulip warna warni. Hanya ada di musim bunga. Jadi kalau nak tengok tulip boleh pergi Jepun pada musim bunga.

Palette Town

Merupakan tempat shopping dan hiburan yang besar di Odaiba. Di Palette Town juga ada Venus Fort Shopping. Suasana dalam ni seperti di Macau. Design yang bercirikan Eropah. 

Selain Venus Port, ada Toyota Mega Web, Ferris Wheel dan Tokyo Leisureland. Palette Town ni pun dah besar bapak. Kalau nak ronda semua tempat memang seharianlah kena peruntukkan masa di Odaiba.




Toyota Mega Web


Masuk percuma. Toyota Mega Web merupakan pusat pameran kereta Jepun terkemuka iaitu Toyota. Terletak bersebelahan di Palette Town. Siap ada taman tema untuk semua golongan dewasa dan kanak-kanak dengan slogan 'lihat, naik, rasai'. Besar jugak Toyota Mega Web. Macam-macam concept car ada dalam ni. Peminat atau pemilik Toyata bolehla datang sini :D





Restoren Halal di Odaiba Jepun

Tengahari kami makan di sebuah restoren halal di Odaiba. Restoren halal ni terletak dalam Diver City Odaiba. Makan mee soba. Masya Allah sedap sangat. Kami ambil hot soba. Hot soba noodles in curry chicken tu harganya 800yen. Lebih kurang RM30 😳 Jadi macam biasa pergi oversea jangan convert. Pejam mata makan sahaja. Huhu. Alhamdulillah.




Selesai makan nak gerak pi Ginza pulak. Dah janji nak jumpa seseorang di sana :D Banyak tempat tak sempat cover seperti Tokyo Big Sight, Museum of Maritime Science, Panasonic Center dan lain-lain. 


No comments:

Post a Comment