@azyyatiliah

#21 Japan Cherry Blossom Day 7 : Salji di Gala Yuzawa Ski Resort




Hari ini kami akan pergi ke Gala Yuzawa Ski Resort. Setiap hari sehingga hari yang ke-7 kami di  Jepun ni memang bangun awal pagi. Subuh awal, matahari pun naik awal, kami keluar rumah pun awal. Macam hari ni untuk ke Gala Yuzawa kami plan nak naik Shinkansen terawal iaitu jam 6.36am. Jadi kami harus sampai di plaftrom shinkansen sebelum jam 6.15am!

Jujurnya masa awal-awal buat itinerary plan nak masukkan Sapparo sebab nak merasa salji di Jepun. Walaupun kami pergi Jepun lebih kurang 16 hari lamanya tetapi suami tetap tak setuju pergi Sapparo. Katanya terlalu ambitious dan tak realistik. Hahah. Ok betul. Tak dinafikan. Kata-kata suami tu ada logik akal di situ.

Maka ku gali-gali lagi dan research lebih lagi akhirnya sampai jumpa satu tempat ni namanya Gala Yuzawa Ski Resort yang terletak di utara Tokyo. Paling seronok, walaupun kami pergi musim bunga (cherry blossom), ski resort ini masih dibuka sehingga hujung May. Yes, ada peluang tengok salji! Woot.Woot (bukan nak main ski atau snowboarding pun).






Cara pergi ke Gala Yuzawa Ski Resort dari Okubo

Okubo Station -> Tokyo Station
Tokyo Station -> Gala Yuzawa Station : Max Tanigawa Shinkansen (Joetsu Line)

Kami guna Tokyo Wide Pass (TWP). Harga 10,000 yen. Hari ini hari ke-3 kami guna TWP.

Hari pertama : Lake Kawaguchiko
Hari kedua : Fuji Q Highland Theme Park
Hari ketiga : Gala Yuzawa Ski Resort

Reserved seat adalah percuma untuk pemegang TWP. Pergi kaunter untuk reserved seat. Ada platform khas untuk shinkansen di Tokyo Station. Tunggu di platform tersebut.






Perjalanan dari Tokyo ke Gala Yuzawa Ski Resort memakan masa sejam 53 minit. Bertolak jam 6.36 am dan dijangka sampai 8.16 am. Jaraknya yang jauh terletak 200km ke utara Tokyo dalam daerah Niigata.  Joetsu Shinkansen Max Tanigawa  ada 2 aras atau 2 tingkat. Alhamdulillah kami dapat reserved seat tingkat atas. Terasa tinggi. Laluan shinkansen ini juga tinggi daripada laluan train yang lain. 

Masuk dalam shinkansen, duduk dan nikmati pemandangan sepanjang jalan. Oh jangan lupa bawa makanan dan minuman. Boleh makan dalam shinkansen :p 

Salah satu bucket list tercapai. Tak percaya akhirnya dapat rasa naik bullet train negara maju seperti Jepun. Jepun sendiri yang bina shinkansen ini. Sangat kagum dengan kebolehan teknologi aras tinggi mereka ni.

Ku perhatikan sepanjang jalan shinkansen ini melalui kawasan bandar (nampak SOGO), kemudian melalui kawasan perumahan. Kawasan perumahan kulihat cukup bersih sebersihnya tanpa sebarang sampah sarah. Miracle nya lahai Jepun ni. Kebersihan memang tip top sangat. Kemudian melalui kawasan sawah padi. Sawah padi diukir dengan pelbagai bentuk. Alahai pelik tapi benar. Kelajuan shinkansen ni pulak setara je dengan kelajuan train yang kami naik sebelum ni. 

TETAPI...

Ketika di dalam terowong gelap bawah tanah barulah dapat rasa kelajuan sebenar shinkansen ni. Kelajuan maksimum Max Tanigawa adalah 240km/j. Bergegar-gegar la jugak shinkansen ni dek sebabkan terlalu laju. Internet pun tadak masa bawah tanah ni.

Kemudian makin slow down dan keluar sahaja terowong nampak pemandangan di bawah. Rasa nak melompat sebab nampak salji masih menebal. Yay....finally jumpa salji. Ya Allah jakun tau tak. Satu lagi bucket list tercapai. Nak pegang dan sentuh salji. Huhu. 




MasyaAllah. Subhanallah. AllahuAkbar :D



Sampai di Gala Yuzawa Station, pergi kaunter untuk bayar 2,000 yen x 2. Bayaran ini untuk naik gondola, sewa gloves, boots dan sledge. Macam pakej gitu. Nak sewa google caj lain. So baik bawa google / spek sendiri.

Untuk pergi ke tempat ski dan salji memang anda perlu naik gondola. Sebab takde apa pun di Gala Yuzawa Station ni. 






Sebelum boleh pinjam perlu cuba boots dulu size apa. Ada banyak jenis dan banyak size. Boleh cuba dulu sebelum pinjam. Setelah confirm size baru isi borang. Then pergi kaunter. Di kaunter nanti mereka akan bagi boots, gloves. Sledge pulak di atas nanti baru ambik. Lepas turun dari gondola.

TIPS: Sila sewa locker untuk simpan barang-barang peribadi seperti kasut dan sebagainya. Barang-barang yang dipinjam tadi pun perlu jaga sebaiknya. Jangan sampai hilang terutama gloves. Terjatuh nanti saja jer.

Ayuh naik gondola untuk pergi ke ketinggian 875m dari paras laut. 



These boots are made for walkin'

S.A.L.J.I  UOLSSS!



















Baru beberapa jam di Gala Yuzawa kulit muka sudah RENTUNG TERBAKAR! Jadi tanned teruk macam datang dari negara India. Tak perlu pergi pantai macam nih. Walaupun bersalji tapi cuaca matahari Ya Rabbi...panas terik. Silau mata pandangan. Memang kena pakai spek all the time. Jangan lupa apply sun block dan lip balm. Suasana atas ni taklah sejuk membeku. Ku sebenarnya siap buka winter jacket ni lagi. Hangat punya pasal. 




Rajin betul. Kejap-kejap dia bersihkan gondola ni. Patutlah sepanjang masa bersih aja. Konfius ni bila Japanese lebih Islam bab-bab kebersihan daripada kebersihan orang Islam. 




Memang ini salah satu highlight of japan trip. Alhamdulillah :) View naik dan turun gondola memang memukau pandangan mata sampai ke lubuk hati perasaan yang paling dalam. Alhamdulillah Allah SWT beri nikmat mata untuk lihat pemandangan ohsem ni.




Balik semula ke Tokyo hari yang sama. Balik macam biasa reserved seat. Kali ni tidur sepanjang jalan keletihan. Letih bukan main ski sangat pun. Letih sebab kepanasan menadah muka dan kepala kepada cahaya matahari. Kami pergi musim bunga sakura pada bulan April 2017. Jadi suhu makin meningkat dan cuaca agak panas. Pergi winter mesti lagi best!

Kalau ada plan nak pergi Gala Yuzawa, better check dulu bila Gala Yuzawa ni buka. Ini info untuk tahun ni 2017/2018.

Winter season opening : 16 Dec 2017 to 06 May 2018.

Business hours: 8 am to 5 pm.

From Apr 2018: 
Weekday 8 am to 4 pm
Weekend 8 am to 4:30 pm.


" You can always make money but you can't always make memories "

Selamat bercuti ke Jepun!


No comments:

Post a Comment