@azyyatiliah

#19 Japan Cherry Blossom Day 5 : Keindahan Lake Kawaguchiko




Assalamualaikum. Pagi ini kami siap-siap awal pagi sebab nak pergi jalan-jalan di Lake Kawaguchiko. Orang kata situ tempat paling cantik, dekat dan jelas untuk lihat keindahan dan kemegahan Jepun iaitu Gunung Fuji. Fuji-san. Jarak dari Okuba tempat kami menginap di Shinjuku ke Lake kawaguchi lebih kurang 108km (sejam 40 minit memandu), tetapi kami pergi sana naik train sahaja.

Poyo je gambar atas tuh. Nak naik train merah menawan sila bayar lebih. Naik Fujikyu Railway sila bayar lebih. Lebih kurang 1,140 yen. Boleh nampak Fuji-san dengan jelas. Lupakan Fujikyu Railway.

Hari ni merupakan hari kami activate Tokyo Wide Pass (TWP). Tokyo Wide Pass ni boleh guna selama 3 hari. Sebab utama beli Tokyo Wide Pass untuk pergi Gala Yuzawa Ski Resort. Merupakan resort ski paling senang untuk diakses dari Tokyo. Gala Yuzawa terletak dalam Prefecture Niigata dan jarak kira-kira 200km dari Tokyo, biasanya resort ini dibuka semasa winter dari bulan Disember hingga musim bunga Mei. Ketika kami pi ni, resort Gala Yuzawa masih dibuka. Jadi ambil kesempatan terus ke sana. Dapat rasa musim bunga dan salji dalam satu trip. Harga TWP adalah 10,000 yen.

Kelebihan TWP boleh guna selama 3 hari. Free untuk mana-mana laluan JR dalam Central Tokyo. Nak pergi Ueno ke Harajuku ke.. Shibuya ke.. Shinjuku ke.. boleh naik sampai lebam. Tiada masalah asalkan dalam tempoh valid 3 hari

Dah alang-alang beli Tokyo Wide Pass mahal-mahal takkan nak pusing dalam Central Tokyo. Jadi kami decide untuk guna TWP pergi ke Lake Kawaguchiko & Fuji Q Highland. Taman tema paling mencabar di Jepun. Ada masa nak selit sekali Karuizawa, resort town di Jepun.

Ini bermakna kami tak boleh nak overnight di Kawaguchiko. Pergi balik hari sahaja.

Cara pergi ke Lake Kawaguchiko dari Shinjuku menggunakan Tokyo Wide Pass

1. Shinjuku Station ke Otsuki Station guna TWP
2. Otsuki Station ke Kawaguchiko Station
3. Retro bas pusing Tasik Kawaguchi (bayar lain)

Dari Station Shinjuku ke Otsuki Station. Naik Limited Express AZUSA boleh reserved seat. Jadi Kami turun awal untuk reserved seat. Reserved seat adalah percuma untuk pengguna TWP. Digalakkan reserved seat supaya dapat tempat duduk. Perjalan ke Otsuki memakan masa lebih 2 jam.

Platform reserved seat AZUSA

Tiket kami AZUSA 3 jam 7.30 pagi. Maknanya naik yang menuju ke OTARI. Di paltform 10. Jam kat sebelah tu menunjukkan 7.16am. 

Whoaaaaaaaaaa! Begini rupanya Limited express AZUSA :D Naik. Cari tempat duduk reserved seat pastu tidur. Huhu. Takla of coursela berjaga melihat pemandangan sepanjang jalan. Suamiku memang takla. Dia bantai tidur sepanjang jalan. Haha. Terasa lama juga perjalanan nak sampai ke Otsuki Station.

Ya sebelah kiri tu baru train kami di jalan yang benar. Kami naik train JR tu dari Otsuki Station ke Kawaguchiko Station.

Atau kita zoom kan sikit

Keadaan dalam train

Sampai Tasik Kawaguchiko station kami beli tiket bas untuk pusing-pusing tasik kawaguchiko. Sebelum tu macam rusa masuk kampung sampai tasik Kawaguchi. Manusia sumpah ramai gile. Pastu semua beratur panjang ya amats. Kiteorang ni ala terkulat-kulat tak nampak signboard mana nak beli tiket bas. Ish ish. Ingat dah awal dah. Rupanya tak awal jugak. Huhu. Musim bunga sakura memang ramai tourist dan memang crowded. 

Hentian No.11. Diakui pemandangan di sini memang cantik. Tapi perasan tak banyak awan tebal hari ni. Tau tak apa maknanya?

Hentian No.22 . Ya tepat sekali. Maknanya Fuji-san menyorok! Kecewa yang tak boleh nak tahan. Memang tak nampak!


Malu-malu pulak fuji-san hari ni. Ni original FamilyMart di Jepun ya. Sekarang sudah ada di Malaysia :D

Kiteorang tak tunggu dah dia muncul sebab bila refer fuji-san forecast memang hari ini dia akan meyorok dan tidak akan munculkan diri. Azie nak tunggu juga awalnya mana tahu rezeki kan. Tapi suami bagi cadangan yang lebih baik. Jom pergi Gotemba Premium Outlet Shopping. Wahhh! cadangan suami ni terus membuatkan ku lupa tentang Fuji-san. Hahaha. Sebelum gerak sempat beli handkerchief ni untuk di frame kan. 


Ya, dari Tasik Kawaguchiko ada bas pergi ke Gotemba Premium Outlet. Lebih kurang sejam jugak nak sampai. Fuh berjanggut tunggu. Sepanjang jalan masih ada salji di banyak tempat. Pemandangan yang indah. Gotemba ni macam terletak di atas bukit. Sebab tu agaknya salji masih tebal dan tidak mencair lagi. Sampai-sampai je terus shopping sampai lebam sampai tak ingat nak ambil gambar. Sini kami sempat usha G-Shock, earphone dll. Kami just beli pinggan mangkuk seramik bercorak yang Made In Japan. Tak sangka bila balik Malaysia pinggan macam tu jadi pinggan viral. Huhu. Tak sia-sia beli di Gotemba Premium Outlet ni :D

Sebelum balik kami solat dulu. Lega dan Alhamdulillah ada prayer room di Gotemba Premium Outlet. Siap ada telekung dan sejadah. Tempat solat pun asing lelaki dan perempuan. Rasa macam di Malaysia. Terlupa sekejap berada di Jepun bila tengok prayer room macam ni. Alhamdulillah syukur negara Jepun muslim friendly.

Kami tak banyak masa di Gotemba. Sebab dah check time-table untuk balik semula ke Tasik Kawaguchi supaya sempat kami naik train terakhir Limited Express Azusa ke Shinjuku Station. Alhamdulillah semua on-time. Kami sampai Okubo dengan selamat. Tapi perjalanan hari ni sangat jauh dan agak memenatkan. Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment