@azyyatiliah

The Banjaran Hotsprings Retreat Ipoh | Cuti-cuti Malaysia


Assalamualaikum & Hi semua.


Pernah dengar The Banjaran Hotsprings Retreat? Kita tak tahu pun ada tempat gorgeous macam ni di Ipoh. Patutlah harga dia boleh tahan mahal. Rupanya one of the luxury spa resort hotel in Malaysia! Alhamdulillah berpeluang merasai pengalaman menginap di sini sempena ulangtahun perkahwinan yang ke-10. Baru 10. Hehe. Jauh lagi perjalanan.


Buat suami-suami yang mati kutu tiada idea nak bawa isteri tersayang bercuti ke mana, boleh pertimbangkan The Banjaran Hotsprings Retreat di Ipoh. Tak perlu naik flight jauh-jauh. Duit flight dah jimat, jadi boleh spend lebih sikit pergi resort cantik dikelilingi kehijauan yang mendamaikan, diaksesorikan dengan bunyi bunyian unggas dan paling penting cukup privacy. 12 tahun ke atas sahaja dibenarkan menginap di The Banjaran. Kanak-kanak cannot. Ia bertujuan memelihara privasi. Sebab kebanyakan tetamu yang daftar masuk The Banjaran adalah pasangan baru berkahwin (oh tak lupa juga pengantin lama) yang bertujuan untuk honeymoon. Jadi suasana harus sunyi sepi mendamaikan.


Jadi memang tidak syak lagi The Banjaran Hotsprings Retreat tempat yang paling sesuai untuk bermanja-manja dengan isteri tersayang! Pasti isteri tersenyum comel sampai ke telinga nanti :) *saya lah tu*




The Banjaran Hotsprings Retreat terletak di Ipoh. Lebih kurang 208km memandu selama 2 jam 30 minit dari Shah Alam melalui Lebuhraya Utara - Selatan. Kemudian exit 138. 


Lebih kurang 15 minit memandu jika dari Bandar Ipoh. Selepas bertemu dengan signboard The Banjaran seperti di atas, anda akan berjumpa dengan guardhouse yang ada palang. Biasalah soalan yang ditanya, ada book ke penginapan? Kalau ada sila bagi nama. Checked✅Nama ada, boleh terus masuk dan parking di tempat yang disediakan. Parking adalah percuma dan berbumbung gitu. 


Kala itu hujan renyai-renyai. Eh tiba-tiba muncul seorang staf The Banjaran datang dengan senyuman mesra dan payung di tangan menyambut ketibaan kami. Wahhhhh! Sis terkesima.




Bag siap diangkat dan dibawa ke lobi resort. Tatkala berjalan masuk ke lobi kelihatan dua orang budak perempuan (sekolah menengah agaknya) siap berpakaian ala-ala zaman kesultanan Melayu Melaka duk senyum-senyum kat kami sambil main caklempong bertalu-talu. Bersemangat je. Comel. Suami pula diminta pukul gong besar dengan kuat sebanyak 3 kali. Simbolik kedatangan tetamu. Kemudian diberi minuman & manisan seperti di atas. Alahai so sweet lah The Banjaran. Terasa ekslusif layanan yang diberi kepada tetamu. *dapatlah sis merasa*




Sebelum dibawa ke villa, mereka bawa pusing-pusing dulu melawat kawasan sekitar The Banjaran dengan buggy-car. Memang cantik betul persekitaran. Dijaga dengan rapi. 

Ada 3 jenis penginapan di The Banjaran. Garden Villa, Water Villa & Lake Villa. Suami pilih Garden Villa. Setiap kami diberi ala-ala bracelet-room-key. Hala gelang kat pintu terus terbuka. Tak perlu runsing nak simpan mana room key ni. Boleh pakai sepanjang masa sebab waterproof! Terkesima lagi....

Warm welcome note :)


Ok, jom kita tengok apa keistimewaan Garden Villa


Saiz Vila: 261 m². Vila yang luas ini terletak di dalam taman-taman tropika persendirian, serta mempunyai kolam renang peribadi, tab mandi panas geoterma, dan pancuran mandian hujan luaran. Katil bersaiz king mempunyai tilam bulu setebal 4 inci yang selesa. 

Kemudahan Vila:
  • • Minibar
  • • Pancuran mandian
  • • Peti deposit keselamatan
  • • TV
  • • Telefon
  • • Penyaman udara
  • • Pengering rambut
  • • Tab mandi panas
  • • Jubah mandi
  • • Radio
  • • Meja kerja
  • • Kemudahan menyeterika
  • • Ruang duduk
  • • Kelengkapan dandanan diri
  • • Pemain DVD
  • • Pemain CD
  • • Kipas
  • • Tandas
  • • Bilik mandi peribadi
  • • Bilik persalinan
  • • Selipar
  • • Saluran TV satelit
  • • Saluran TV kabel
  • • TV skrin rata
  • • Pintu masuk peribadi
  • • Sofa
  • • Perkhidmatan bangun tidur
  • • Ruang makan
  • • Cerek elektrik
  • • Tuala/linen (bayaran dikenakan)
  • • Kolam renang peribadi
  • • Mesin pengering
  • • Almari
  • • Bidet
  • • Bebas alergi
  • • Mesin kopi
  • • Tuala
  • • Meja makan
  • • Perabot luaran
  • • Outdoor dining area
  • • Seluruh unit terletak di aras bawah
  • • Rak keringkan baju
  • • Tisu tandas
WiFi percuma! *Yassssss!*

Kolam renang peribadi. Bestnye boleh mandi kolam tak perlu pakai tudung! Lagi best boleh acah-acah berenang tanpa ada orang judge 😂Puas hati dapat praktis kuak rama-rama versi Azyyati Liah. Terima kasih coach en suami yang beri kelas renang dengan percuma. Kelakar habis coach ni sepanjang sesi pembelajaran. Haha.


Sink For Her & Sink For Him. Tak payah berebut.


Lengkap dengan facial mist, mouth refresher, insect repellent spray. Terbaik sangat!


Bilik persalinan yang luas!


Jacuzzi with natural geothermal hot springs waters @ The Banjaran Garden Villa. Malam baru dapat berjacuzzi dalam air panas ni. Memang best! Pastu makan McD :D Nasib baik monyet tak kacau!


Villa 1, Garden Villa. Memang luas betul villa ni.


Penjaga Villa 1, Mr Rimau. Sini ada monyet tau. So makanan sila simpan elok2 dalam villa dan tutup pintu. Alhamdulillah takda kena kacau dengan monyet. Bayang monyet pun tak nampak.


Travel buddy with free wifi. Mereka pesan bawak phone ni ke mana sahaja kita pergi. Just in case sesat dalam The Banjaran boleh call :)


Suasana pagi yang mendamaikan dan menenangkan perasaan. Garden Villa @ The Banjaran mengadap batu kapur yang dah berusia jutaan tahun. Rasa tak nak bangun! Rasa tak nak balik!


The Banjaran Hotspring Lake


The Banjaran Hotspring Lake


Geothermal Hotspring Lake @ The Banjaran


Mineral rich geothermal swimming pool. Bila takda budak, memang sunyi sepi je swimming pool. 


Geothermal Naturally Heated Pool


Meditation Cave


Steam Cave


Jeff's Cellar @ The Banjaran Hotspings Retreat has been recently named one of the five most magnificent bars in the world by CNN Greece.


Jeff's Cellar tempat paling unik di dunia terletak dalam sebuah batu kapur Paleozoic yang berusia 260 juta tahun. Kagum bila melihat stalagmit yang indah. Pencahayaan yang romantis dengan air semulajadi yang menuruni batu kapur menyebabkan tempat ini sesuai untuk menikmati fine dining. Restoran ini dibuka pada pukul 6 petang sehingga pukul 11 malam. Kami tak makan pun dalam ni. Makan McD je kat bilik!😜


Kemudian kami dibawa masuk ke satu bilik khas berkunci menempatkan koleksi peribadi. Ada yang dah berusia ratus-ratus tahun. Harga pun cecah ratusan ribu untuk sebotol wine. Makin lama disimpan makin mahal harganya. 


Breakfast @ The Pamelo. Pomelo nama buah yang terkenal di Ipoh. Buah pamelo ni kalau di Japan harga ratus-ratus ringgit nih. Restoran ini beroperasi dari pukul 7 pagi sehingga 10 malam dan menyediakan sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam.


Antara menu for breakfast


Hot Dipping Pot 40c


Reflexology Pool


Menarik di The Banjaran: Dr.Fish, Gym, Hot Dipping Pots, Jungle Walk, Meditation Cave, Reflexology Pool, Spa & Wellness Centre, The Pamelo



Terima kasih suami bawa retreat dalam hutan. Bukan sebarang hutan ni :) Bangga sebagai rakyat Malaysia ada tempat yang sebegini indah untuk diterokai. Mostly guest yang menginap di sini tourist dari pelbagai negara. 

Ketika daftar keluar, tetamu dihadiahkan miniature labu sayung, cookies & voucher photobook percuma untuk abadikan memori manis selama di The Banjaran. Perlu bayar postage sahaja. Oh jangan lupa ambil buah Pamelo (yang disediakan dalam villa) untuk dibawa pulang! Memang tidak syak lagi tempat bercuti paling best di Ipoh semestinya di The Banjaran Hotsprings Retreat. Saya bagi 🌟🌟🌟🌟🌟

Kalau anda ingin bercuti di sini & rasai pengalaman bercuti di resort bertaraf lima bintang boleh check rate di SINI dan SINI

Dah hujung tahun ni. Selamat cuti-cuti Malaysia :D


6 comments:

  1. So nice tempat ni.. jatuh cinta pandangan pertama laaa... bookmarked!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah sampai sini nanti, pasti jatuh cinta berkali-kali!

      Delete
  2. menarik.. cantik gilaaaa tempat ni!

    ReplyDelete
  3. Tahniah sebab memilih Banjaran sebagai 10th anniversary celebration place. Suami saya chef j.cellar. Suka lah baca sis tulis. Anyway, happy anniversary sis. Moga sampai jannah. ❤

    ReplyDelete
    Replies
    1. em..em..emm..terasa rugi pulak tak try fine dining dalam j.cellar. Kene repeat nih! Nak rasa air tangan chef tuan suami kepada #isterigojes Amalina :))

      Delete