@azyyatiliah

Kenapa di Hotel Royal Chulan Penang? | Cuti-Cuti Malaysia








Sungguh lama overdue. Kini dibawakan khas sebagai salah satu memori 2018. Trip ini berlaku pada September 2018. 


Kenapa pilih Hotel Royal Chulan Penang? Mari saya justify. Sebab lokasinya strategik. Terletak di tepi laut dalam kawasan Weld Quay, Tapak Warisan Dunia UNESCO di George Town. 


4 minit jalan kaki ke Swettenham Pier Cruise Terminal dan Queen Victoria Clock Tower. Jalan kaki je kalau nak pergi Muzium Pinang Peranakan dan Muzium Wonderfood. Jalan kaki dalam 500m (7 minit) kalau nak ke Hameed Pata Mee Sotong di Padang Kota. Ford Cornwallis pun area yang sama. 


Harus diingat ya.. pergi Penang time cuti-cuti Malaysia mahupun cuti sekolah memang stress boleh buat bergaduh. Walaupun 500m boleh makan sejam perjalanan. Belum lagi nak cari parking. 


Bilik hotel yang bersih & luas. Free Wifi.


Lengkap dengan wainscoting kayu. Macam gaya klasik Eropah.




Free Parking. Parking di bangunan sebelah ya bertentangan dengan Royal Chulan. If banyak barang boleh drop dulu depan lobi. Kemudian baru parking. 


Check-in bermula jam 2pm. Check-out 12 tengahari. Bilik tiada lipas. Harga bilik termasuk breakfast. Breakfast ok. Size kolam renang pula comel je. Memang penuh budak-budak dengan pelampungšŸ˜‚ Takde celah nak join mandi. Untuk rate bilik boleh check di Booking.com dan Agoda


Royal Chulan Penang
No 1 & 2 Pengkalan Weld, George Town, Penang



5 comments:

  1. cunnn! nak usha jap next month nakp penang

    ReplyDelete
  2. tq sebab bagi mak dan ayah saya duduk di coffee house masa breakfast haritu..ramai sangat orang waktu tu ..takde tempat kosong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh yeke. My pleasure. Tak sangka ya jumpa kat sini :)

      Delete
  3. macam starstruck masa tu ..dari kejauhan nampak tu macam kenal..start baca blog ni awal tahun ni..hehe

    ReplyDelete