@azyyatiliah

Hemeed Pata Mee Sotong & Jawi House Cafe Gallery, Georgetown Penang



Hameed Pata Mee Sotong Special Padang Kota


Semasa di Penang sempatlah nak merasa Hameed Pata Mee Sotong dan makan di Jawi House Cafe Gallery. Kita ni jarang-jarang ke Penang. Time cuti umum je lah dapat ke sana. Jadi bertabahlah.



Pasembor sebelah kedai Hameed Pata Special Mee Sotong Padang Kota Georgetown Penang. Sebelah Pasembor kedai coconut shake cair. Bolehla kalau nak order.




Mee Sotong Goreng Special Penang Hameed Pata. Kalau nak jenis rebus pun boleh.
Gigih cheq beratur demi nak merasa sepinggan mee goreng special 😭




Kedai Mee Sotong Hameed Pata terletak di Padang Kota. Nak cari parking memang harus ada kesabaran yang tinggi. Parking berbayar. Cabaran pertama berjaya diatasi...sekarang tibalah cabaran kedua. Beratur panjang gila baq hang! Cheq beratuq dari pintu depan. Jauh nun di sana lagi nak sampai depan kedai Hameed Pata Mee Sotong tuh. Cheq tak kira. Dah beratur panjang harus order untuk makan dan tapau sekali bawak balik. Makanlah ko sampai lebam!



1 jam 45 minit beratur baru sampai depan Hameed Pata Special Mee Sotong ni. Kegilaan apakah itu? Awatlah semua pakat nak makan mee pata kejadah nih. Perut dah masuk angin keluar asap. Cabaran seterusnya ialah mencari meja kosong! Akhirnya setelah melilau-lilau jumpa la corner meja. Setakat 2 orang.. duduk ajelah celah mana-mana kan. Cheq tobat dah nak mai makan sini. Cukupla sekali merasa. Keluar dari Padang Kota sis jadi bingung kejap. Huhu.


Jawi House Cafe Gallery, Georgetown Penang


Better pergi makan di Jawi House Cafe Gallery di Armenian Street. Berdekatan dengan Penang mural art tourist hot spot. Nak cari parking dah tentu-tentu challenging. Tapi saat jejakkan kaki dalam Jawi House cafe Gellery, jadi tenang dan sejuk balik. Cafe beraircond uols. Tempat makan yang sangat cozy. Suasana macam dalam gallery. Banyak gambar, handcraft lama bersejarah digantung dalam cafe ni. Ikut nafsu memang nak cuba macam-macam. Akhirnya kita order dengan mengukur perut sendiri. 

Peranakan Muslim Heritage Cafe Gallery. Mesti sedap nih. Tengok menu tempting sungguh. Nak order macam-macam!


Order Heritage Rice Nasi Lemuni sebab tak pernah cuba. 'Rice cooked with lemuni leaves, blue telang flowers flavoured with garlic, ginger, lemongrass, onions & coconut milk'. Alamak aiii, sedap betul rasanya. ..........served with chicken curry, cucumber, fried anchovies and sambal or chilli paste. It is a traditional confinement food for Malay women, to improve blood circulation, replenish iron in blood after delivery and increase energy . Lemuni is also an ancient 1,000 year old Ayurvedic alternative medicine for enhancing blood flow, asthma, joint pains and normalising digestive systems. Currently its anti-cancer properties are being extensively researched. Lemuni is featured in W.J.Karim’s book, “Feasts of Penang: Muslim Culinary Heritage”, MPH, 2013) in Chapter 4 on ‘Rice’. Credit: Jawihouse.com


Order Chicken Curry untuk dimakan bersama Nasi Lemuni. Alahai chicken curry peranakan style ni memang sedap. Suka! Minuman kami cuba Arabian Sherbet. Sedap jugak!


Untuk dessert kami cuba Almond Pineapple Coconut Tart. Aduhhh duhhh rasa sekali jatuh cinta berkali-kali. Kenapa sedap sangat ni?


Sangat menepati citarasa. Insya Allah kami pasti datang lagi! Dah tahu kat mana nak makan sedap di Georgetown Penang.




Harga/Price Keseluruhan

Nasi lemuni - RM10
Chicken Curry - RM13
Almond Pineapple Coconut Tart - RM15
Arabian Sherbet - RM12

2 tempat ni ja sempat makan di Georgetown🙆


1 comment:

  1. Alahai.. tertengok time perut lapar lah pula.. Sedapnya menu menu tu..

    ReplyDelete