@azyyatiliah

Majlis Raikan Cinta Penyatuan Dua Jiwa



BARAKALLAH LAKA WA BARAKA ‘ALAIKA WA JAMA’A BAINAKUMA FIL KHAIR. 


Baru-baru ini berlangsung majlis meraikan cinta anakanda kepada Dato' Ustaz Mohd Zawawi Yusoh di Dewan 1, IDCC Shah Alam. Bertuah dalam masa yang sama teruja sangat sebab dapat melibatkan diri dalam majlis meraikan cinta penyatuan dua jiwa ini. Majlis yang penuh bermakna dan barakah berlangsung dalam suasana gilang gemilang. Moga mahligai cinta yang dibina kekal hingga ke syurga Allah paling tertinggi. Amiin Ya Rabb. 


Saja nak kongsi dan simpan beberapa gambar sekitar masjlis perkahwinan yang berlangsung meriah dan gemilang ni dalam blog sebagai kenangan.


Pengantin lama menumpang barakah pengantin baru. Semoga cinta yang bertaut dijulang hingga ke syurga πŸ’•


He is the one who will make my akhirah beautiful. In sha Allah *love*


Haruslah tidak melepaskan peluang bergambar dengan wanita humble berjubah hitam Puan Hajah Fauziah Ghous yang popular lagi cantik menawan ni. Terpegun sis! Wanita elegan dan anggun sebelah kanan, cik puan pengacara majlis. 




Suami pula tak lepaskan peluang berfoto kenangan bersama Dato' Nash, legend penyanyi Malaysia. Asalnya satu lagu tapi kalau dah otai memang tak cukup dengan nyanyi satu lagu. Satu lagu baru nak panas suara kan. Lagu 'Ku Di Halaman Rindu' betul-betul mengubat rindu para tetamu yang excited mendengar nyanyiannya. Suaranya masih berbisa di halwa telinga. Selain Dato' Nash, ada kumpulan Hijjaz yang turut membuat persembahan. Sebelum tu kena tadah telinga dulu dengar tazkirah daripada Dato' Haji Fadzilah Kamsah.


Tuan Suami bergandingan bersama Cik Puan Muna Izzah Dato Fadzil menerajui majlis resepsi meriah, gemilang dan penuh barakah ini di Dewan 1 IDCC Shah Alam


Terima kasih Dato' Ustaz Mohd Zawawi atas kepercayaan yang diberi kepada kekanda suami. Buat suami, tahniah kerana suskses menggalas tanggungjawab yang diberi πŸ’–


Bergambar kenangan bersama ibu dan bapa pengantin 


Saling memahami kunci bahagia
Tolak ansur pula mesti dijaga
Role model terbaik ayah dan bonda
Barulah rumahtangga aman sentosa


Buat pengantin baru...wishing both of you all the happiness in the world to sail the new marriage lifeπŸ’–

Selamat Pengantin Baru!
6 Oktober, 2018


No comments:

Post a Comment