Baucer Digital Pelancongan Domestik RM100 Seorang



Salam Jumaat. Hangat betul isu politik Malaysia beberapa hari kebelakangan ini. Tak percaya Malaysia kini mempunyai Perdana Menteri Interim. Sebagai rakyat Malaysia mudah-mudahan kemelut politik ini segera berakhir dengan baik dan paling penting pemimpin yang bakal dilantik mampu bekerja dengan baik demi kesejahteraan rakyat bukan demi kepentingan peribadi dan kerana  ketamakan kuasa. Rakyat duk perati je game diorang niii...

Dalam duk kecoh-kecoh tu tak pastilah anda semua aware ke tidak.....rupanya kerajaan tetap ambil langkah proaktif sediakan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 bagi memastikan risiko ekonomi berkaitan penularan penyakit COVID-19 ditangani dengan berkesan. Semalam dengar berita TV3, Dr Mahathir umum RM20 billion pakej rangsangan ekonomi.


Sis tak copy semua. Petik sikit sahaja mana yang menarik dan berkaitan dengan rakyat marhaen.


1. Kerajaan akan memberikan bayaran secara one-off sebanyak RM600 kepada pemandu teksi, pemandu bas persiaran dan pemandu pelancong dan penarik beca yang berdaftar.   *emm kat mana ye nak daftar jadi pemandu pelancong 👻*


2. Sebagai tanda penghargaan kepada petugas awam barisan hadapan di dalam memerangi COVID-19, kerajaan akan memberi elaun khas sebanyak RM400 sebulan kepada doktor serta kakitangan perubatan, dan RM200 kepada Imigresen dan kakitangan lain yang terlibat. Bantuan elaun khas ini berkuatkuasa Februari 2020 hingga wabak ini berakhir.  *Adik-adik sis 4 orang tu dapat ke?*

3. Pelepasan cukai individu sehingga RM1,000 untuk perbelanjaan pelancongan domestik *menarik sangat!*

4. Rakyat Malaysia diberi baucer digital bagi pelancongan domestik sehingga RM100 seorang untuk penerbangan domestik, keretapi dan penginapan di hotel berlesen. *pelaksanaannya kita tunggu pengumuman selanjutnya*

5. Kadar caruman minimum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dikurangkan sebanyak empat peratus iaitu daripada 11 peratus kepada 7 peratus berkuatkuasa sehingga akhir tahun ini (kalau tetap nak maintain 11 peratus ada borang nanti disediakan KWSP). *aww, hubby cakap yes..dapat duit lebih sikit😎*

6. Awalkan bayaran ansuran Bantuan Sara Hidup bulan Mei sebanyak RM200 ke bulan Mac 2020.

7. Kerajaan juga akan membayar kepada setiap penerima BSH tambahan RM100 dikreditkan ke dalam akaun bank pada bulan Mei dan seterusnya tambahan RM50 akan disalurkan secara e-tunai.
 
8. Geran sebanyak RM1,000 kepada 10,000 usahawan tempatan yang menjual produk dan barangan mereka di dalam platform edagang.



Oleh itu, cuti-cuti Malaysia jelah kita tahun ni....:)

Nak baca details PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI 2020 boleh refer SINI

Till then Wassalam...


2 comments:

  1. Wow, menarik, dapat voucher digital, nak plan pergi mana ek?.. alamak kena tunggu announcement seterusnya..hehe..

    ReplyDelete