@azyyatiliah

Dolly Dim Sum @ NU Sentral


Sudah lama tahu kewujudan Dolly Dim Sum dan makin kuat perasaan nak makan bila tahu Dolly Dim Sum sudah mengembangkan lagi rangkaiannya di NU Sentral. Selain di NU Sentral, Dolly Dim Sum ada di Pavilion Bukit Bintang & Avenue K Jalan Ampang. Ayuh kita tengok apa yang menarik. 

Lokasi Dim Sum Nu Sentral

LG.43 NU Sentral, No.201 Jalan Tun Sambathan Kuala Lumpur 
Bersebelahan Coffee Bean

Kami sampai lewat tengahari. Memang tunggu habis lunch hour. Tadaaa. Tiada orang beratur. Boleh makan dengan aman damai. 

Dolly Di Sum A La Carte. Tak tahu nak order apa? No worries menu bergambar disediakan.  Harga juga dinyatakan sekali. Jadi boleh bajet nak makan berapa ringgit. 

Menu bergambar disediakan. Yummeeehhh! Lets order! *gosok-gosok tapak tangan*

Menu dan harga dim sum di Dolly Dim Sum NU Sentral. Harga strandard kot untuk setiap cawangan

Crispy Shrimp CF RM12.50 👍

Szechuan Dumpling RM11.30 👍

Crystal Prawn Dumpling RM9.50 👍

Har Gao RM10.50 👍

Egg Custard Bun RM7.80 👍👍

Dolly Mozza Roll RM11.90

Yam Croquette RM8.90 👍

Thai Style Prawn Parcel RM9.80 👍

Vege Spring Roll RM7.80

Dim Sum sedap di Kuala Lumpur!

'Bo Lo' Butter Coconut Bun RM8.30 

Secara keseluruhannya dim sum di Dolly Dim Sum @ NU Sentral memang sedap dan kena dengan taste dan tekak kami. Kami prefer order protein laut & vege sahaja. Plain water free. Kami datang sini memang tak order nasi atau mee. Rugi beb. Baik order dim sum banyak-banyak.

Egg Custard Bun memang WAJIB cuba jika makan di sini. Cuma kecewa sebab sosnya cili sos biasa dan kicap tu pun biasa (cap apa tak sure la). Lagi terangkat kebabom kalau buat sos sendiri dan cili kicap sendiri. Kami makan sini sebab rindukan dim sum sedap gila marvelous di Masjid Ammar Hong Kong. Yang tu cili kicap buatan sendiri memang pedas kebabom sampai sekarang masih teringat-ingat bila celup-celup dim sum. Kesedapan dim sum nya dan mee tarik buatan tangan sukar untuk dilupai. 

Dinyatakan dalam menu semua sumber menggunakan bahan-bahan halal. Pekerjanya pula kebanyakkan melayu bertudung. Begitu juga dalam kitchen. Dekorasi restoren cantik sedap mata memandang, meja pun banyak tapi rapat-rapat. Memang tak selesa bila peak hour (terbayang suasana makan di Boat Noodle) Suasana bising dan crowded. So better pergi makan bukan waktu puncak. Bajet sekali makan RM80 - RM100 untuk menu seperti di atas. 

Sekian, wassalam.

4 comments:

  1. susah saya telan air liur baca entry ni :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alololo Anis. Maafkan sis ya. Tidak bermaksud begitu.

      Delete
  2. sedapnyaa kak. lama tak makan dimsum. yummy. tak pernah lagi makan kat Dolly ni

    ReplyDelete