@azyyatiliah

Merdeka! Merdeka! Sale Sehingga 80 Peratus!



Amboi seronok rakyat Malaysia minggu depan cuti bersambung-sambung. Khamis, 31 Ogos 2017, Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-60 dengan TEMA: Negaraku #SehatiSejiwa. Wah patriotiknya! Esoknya, Jumaat, 1 September 2017 bersamaan 10 Zulhijjah, rakyat Malaysia menyambut Hari Raya Aidiladha pula. Sabtu Ahad cuti. Ada yang sambung cuti sempena cuti sekolah ambil peluang balik kampung, travel luar negara dan lain-lain.

Sempena merdeka ni rasa patriotik pulak. Korang bangga tak jadi anak Malaysia? Saya BANGGA menjadi rakyat Malaysia kerana Malaysia ada baju kurung sebagai baju kebangsaan! Anggun dan sopan gitu. Azie tak pasti sama ada atau tidak kemudahan ini di Malaysia; ada satu pusat kebudayaan yang menyediakan baju kurung, kebaya, kurung kedah, baju melayu teluk belanga songkok dan samping siap untuk pelancong asing bergaya dan bergambar bila melancong ke Malaysia! Tempatnya mestilah di Bukit Bintang pusat tumpuan pelancong asing. 

Saya BANGGA menjadi rakyat Malaysia kerana Malaysia mempunyai makanan yang unik dan macam-macam dan yang penting MURAH. MURAH. Kepelbagaian kaum dan etnik yang menghuni bumi berkat Malaysia ini menyebabkan wujudnya kepelbagaian makanan. Of course kita bangga mempunyai NASI LEMAK yang tersenarai antara 10 menu paling sihat di dunia. Kita ada satay, masak lemak cili padi, laksa ikan sekor, nasi kerabu, nasi dagang dan banyak lagi. Murah tidak dapat disangkal lagi. Sepinggan nasi lemak 'Malaysian Taste' di Park Village baru RM10 sepinggan. Lengkap dengan nasi, ayam goreng berempah krup krap yang besar dan lazat, timun, kacang dan ikan bilis serta sambal nasi lemak yang cukup umppphhh! Saya pergi Jepun RM40 untuk semangkuk udon sahaja. Sobs.

Saya BANGGA menjadi rakyat Malaysia kerana selain pelbagai kaum dan masing-masing hidup dalam penuh timbang rasa, lokasi Malaysia itu sendiri jauh dari lingkaran api pasifik! Ini paling bertuah dan paling bersyukur lahir sebagai rakyat Malaysia. Bebas dari bencana alam yang maha hebat dan dasyat seperti Japan yang kerap rasa gempa bumi berskala kecil. Bebas dari puting beliung dan ribut taufan seperi di Filipina. Bebas dari letusan gunung berapi aktif seperti yang ada di Indonesia.  

Amboi-amboi lagi, masing-masing seronok dah dapat gaji. Ada yang zassss berdesup transfer sana sini. Yang masih ada balance dalam wallet atau bank akaun, meh nak bagi tahu ni. Ada Merdeka!Merdeka! Sale dari 25 Ogos hingga 31 Ogos 2017. Di mana? Di LAZADAAda diskaun sehingga 80 peratus!

Daripada senarai Malaysian-brands
yang ada di LAZADA, Azie pilih 2 jenama tempatan yang paling Azie suka :)


PENSONIC CHEF's LIKE AIR FRYER


 Pensonic Air Fryer


Air fryer ni dah macam wajib ada di setiap rumah. Tak kiralah rumah bujang ke rumah orang dah kahwin ke mesti INGINkan Air Fryer. Sebab menggoreng tanpa minyak! Tak berkecah satu dapur. Tak perlu nak mop sana sini. Saya suka! Saya suka bab-bab penyediaan makanan healthy ni. Dah berzaman Azie usha Air Fryer tapi masih tak juga beli-beli sebab faktor harga. Faktor review yang tak memberangsangkan. Tak sangka di Malaysia pun ada Air Fryer buatan sendiri. BANGGAlah dengan PENSONIC nih! Tengok review pun 4.5 bintang. Maksudnya Pensonic Air Fryer ni berkualiti walaupun harga berpatutan dan mampu milik. Suami kalau baca ni saya nak ini untuk HADIAH BIRTHDAY!!! 




 Telekung Siti Khadijah

MasyaAllah, ini merupakan THE BEST TELEKUNG EVER! Tak percaya? Try beli satu. Tahap keselesaan dia memang TERBAIK dan tidak dapat ditandingi oleh mana-mana telekung. Azie memang suka try test banyak telekung dari pelbagai jenama tapi lepas beli sepasang telekung SITI KHADIJAH di butik dengan harga RM220 untuk pergi umrah dulu, memang takkan bertukar kepada telekung lain. Sebab apa? Kain dia sangat breathable. Sejuk macam ada aircond. Azie pakai telekung agak lama dari Maghrib sampai Isyak jadi memang memerlukan telekung yang super duper selesa. Memang sesuailah cuaca panas Malaysia ni. Muka telekung yang melekap elok tanpa perlu pakai anak tudung. Takde rambut terkeluar-terkeluar. Harga di lazada hanya RM138 SAHAJA. Murah tu. Rugi tak cuba. Lagi rugi beli yang ciplak datang dari Vietnam. Confirm kain tak sama, jahitan tak sama. Kerana siti khadijah dah patentkan jahitan dan design muka telekung ni. Tambah sikit je untuk beli yang RM138 ni. Azie dah ada 2 pasang telekung Siti Khadijah untuk gilir pakai. Nak beli lagi dan lagi untuk letak spare dalam kereta :)

Oklah Azie dah pilih 2. Korang pilih yang mana?

Nota: Jangan lupa cuci mata di Merdeka!Merdeka! Sale dari 25 Ogos hingga 31 Ogos 2017 kerana diskaun sehingga 80 peratus!

No comments:

Post a Comment