@azyyatiliah

#27 Kyoto Day 1 : Kilauan Kinkakuji Temple | Golden Pavilion


Kinkakuji Temple also known as Golden Pavilion


Anda tahu tak yang bandar Kyoto pernah jadi ibu negara Jepun sebelum ditukarkan kepada Tokyo. Masa Kyoto jadi ibu negara Jepun merupakan masa kegemilangan kebudayaan klasik asli Jepun, terutamanya dalam bidang kesenian, puisi dan kesasteraan Jepun. Patutlah Kyoto ini indah dengan senibina bangunannya yang klasik dan kaya dengan kesenian. Di Kyoto ni Azie memang tak lepaskan peluang shopping beberapa cenderahati buatan tangan untuk di bawa pulang ke Malaysia. 


Rupanya Kyoto ni juga merupakan pusat kerohanian di Jepun makanya ia terkenal dengan gelaran bandar 10,000 shrine! Sebab memang banyak sangat shrine di Kyoto ni. Dari Torii Gates kami nak ke Kinkakuji Temple atau diberi gelaran Golden Pavilion. Temple warna emas katanya. So kena balik semula ke Kyoto Station dan beli 1-Day Kyoto City Pass Bass (5,00Yx2). Baru teringat. Kenapa pergi Torii Gates naik train? Sebab kaunter tiket Kyoto City Pass tak buka lagi. Sebab tak nak buang masa kami pergi dulu naik train. Gitu alkisahnya. 


Jika anda merancang untuk naik Sagano Romantic Train, tiket kena beli siap-siap di JR ticket station di Kyoto Station. Harga tiket 620Y sehala. One way 25 minutes, two-way approximately 1 hour. Dalam itinerary patut pergi, tapi terpaksa skip sebab time constraint. Aduh, inilah masalah bila travel. Semua tempat nak tapau tapi masa sangat terhad. 


Cara pergi Kinkakuji Temple dari Kyoto Station;
Bus: Kyoto City Bus number 101 or 205 in about 40 minutes - 230Y (jika tak ambil pass)

ATAU

Subway: Karasuma Subway Line to Kitaoji Station (15 minutes, 260Y) and then take a taxi (10 minutes, 1000-1200Y) or bus 101, 102, 204, 205


Kyoto Station mula dipenuhi manusia. Berbeza dengan suasana kami tiba pagi tadi. Senyap sunyi.




Lepas beli tiket, tunggu bas dalam 20 minit lebih jugak. Seriously que penjang yang amat! Masa ni baru 9.19AM.  Sekali bas sampai, memang disumbatnya sampai sardin. OMG, i can't breath! Tak boleh imagine ibubapa yang bawa anak dalam stroller. Agak mencabar situasi macam ni.




Ya, manusia telah berduyun-duyun tiba. Kinkakuji Temple buka jam 9.00am - 5pm. 




Harga tiket 4,00Y per pax.





Pemandangan Kinkakuji dari pelbagai angle yang berbeza


Apa yang menarik dengan Kinkakuji ni? Kuil emas Kinkakuji antara binaan paling popular di Japan. Bila kaki melangkah masuk ke dalam terus mata dijamu dengan pemandangan pepohon menghijau, tasik yang menenangkan dan sejuk mata memandang.  Dari kejauhan agak terpukau dengan binaan warna keemasan berdiri megah di tengah tasik yang teramat cantik landskapnya.


Tapi itu semua bayangan dan angan-angan semata. Semua rasa hilang bila tengok pelancong berduyun-duyun masuk ke dalam. Ramai betul pelancong datang ke sini. Yang datang pulak kebanyakkan makcik-pakcik yang bawa camera besar dengan lensa panjang seolah-olah photographer sukan olimpik. Perh! 


History

Kinkakuji (金閣寺, Golden Pavilion) is a Zen temple in northern Kyoto whose top two floors are completely covered in gold leaf. Recognized by UNESCO as a World Cultural Heritage, Kinkaku-ji is one of the historical buildings most representative of Japan. The garden is designed to provide a view of different scenes while walking around a large pond called Kyoko-chi in its center, and accounts for about 93,000 of the 132,000 square meter temple grounds. The Kyoko-chi Pond alone takes up 60,600 square meters and includes islands of various sizes such as Naka-jima and Iwa-jima. There are also rocks and stones of unusual shapes. These islands have different shapes depending on the angle from which they are seen. The scene viewed from the Sekka-tei Cottage at the back of the hill is particularly impressive. The reflection of the golden pavilion on the water is also striking. - JNTO



Semestinya ikan koi yang gebu lagi gemuk ada dalam pond ni. Kawasan jalan kaki dalam Kinkakuji Temple ni sehala je untuk mengelakkan trafik sesak. Anda perlu pusing garden, naik bukit sikit, sampai jumpa temple tempat sembahyang then turun tangga barulah lengkap satu pusingan. Then boleh keluar.


Aktiviti seterusnya ialah misi mencari SAKURA di Kyoto!


No comments:

Post a Comment