@azyyatiliah

#5 Hong Kong Day 4 - MACAU


Assalamualaikum.

Khamis, 20 Feb 2014.

Pagi ini ke Macau kita. Cite sikit ye. Macau kini ditadbir Republik Rakyat China dan bekas tanah jajahan Portugis (kurun ke-16) . Kalau datang sini unsur-unsur Portugis tu masih ada dan dikekalkan. Teaser sikit ye :)


Welcome to Asia's Las Vegas


Selesai semua aktiviti pagi, dalam jam 9.00 kami gerak ke Stesen MTR Yau Ma Tei. Nak ke Macau ada 2 pilihan. Yang pertama naik Tuborjet atau yang kedua naik Sky Shuttle. Camne nak ke Macau dari Hong Kong?

1. Dari Stesen Yau Ma Tei turun di Central. 
2. Tukar train dan ambil ke Stesen Sheung Wan. Exit D. 
3. Naik ke Ting 3 untuk beli tiket Turbojet / Sky Shuttle.


Kaunter pembelian tiket Turbojet

So kami naik Turbojet aje. Harga tiket seperti di bawah. Ada 2 kelas. Kami ambil Kelas ECONOMY, HKD159. Ada blog bagitahu kekerapan Turbojet ini 15 minit gitu. Untuk ke Macau tidak perlu VISA.

Di Macau boleh juga guna mata wang Hong Kong. Jadi tak perlu kalut nak tukar. Macau menggunakan mata wang MOP. Tapi nanti mereka ni pulangkan duit dalam Macau. Jadi bagi cukup2la kalau beli cash ye.


Tiket Turbojet HKD159 per pax


Turbojet aka Ferry Laju

Bertuah badan dapat duduk di tepi tingkap. Dapatlah menikmati keindahan alam sekitar. Nampakla pulau2, sampaila satu tahap tu nampak laut seluas lautan je. Angin kuat dan lautan agak berombak. Perasaan seram & cuak tu ada juge. Laju tetap laju. Perjalanan mengambil masa sejam lebih merentasi lautan. Sampai Macau, anda boleh naik free shuttle bus yang disediakan oleh pihak hotel atau pun ambil private tour. Jangan risau sampai je di Macau anda akan disambut oleh beberapa private tour. Mereka akan explain tempat2 yang akan dibawa. So just take it or leave it. Ok? Mereka pun tiada paksaan. 

So kami decide jalan sendiri je menggunakan free shuttle bus. Shuttle bus ini disediakan oleh pihak hotel2 di Macau ni untuk kemudahan penginap. Tak menginap pun takpe. Naik sahaja. Free shuttle bus ini di seberang jalan. Cari laluan bawah tanah ke opposite way. Memang free of charge. 

Free Shuttle Bus Station

Tempat pertama yang kami tuju The Venetian Macau Resort Hotel yang merupakan hotel dan kasino terbesar di Macau. Sampai sana masuk je ke dalam hotel ni melalui pintu2 besar yang mewah tu. Memang mewah sungguh hotel ni. Terpesona sebentar.

"The Venetian Macao Hotel Resort adalah sebuah hotel mewah dan resort kasino di Macau yang dimiliki oleh Las Vegas Sands. Hotel yang mempunyai 40 tingkat ini mencontohi atau menyerupai dengan The Venetian Las Vegas di Amerika Syarikat. The Venetian Macao Hotel Resort merupakan kasino terbesar di dunia dan disenaraikan sebagai salah satu bangunan hotel yang terbesar di Asia. "
www.venetianmacao.com

"The Venetion Resort Macao berkeluasan 10,500,000 kaki persegi, antara bangunan berstruktur tunggal terbesar di Asia serta keenam di dunia. Mengambil inspirasi The Venetion di Las Vegas, tarikan utama hotel serta resort itu terserlah melalui terusan dengan perkhidmatan gondola selain langit buatan seolah-olah berada dalam dunia tersendiri." 
Akhbar Berita Harian


Dalam The Venetian Macau Resort Hotel

Kalau ke The Venetian ni wajibla cuci mata di  The Grand Canal Shoppes . Naik escalator ke atas untuk ke sana.

Casino di The Venetian Macau Resort Hotel

The Grand Canal Shoppes - shopping mall dalam hotel

Sampai je sini, masing2 terjatuh rahang. Hebat sungguh binaannya. Patutla hotelnya sangat besar. Beratapkan siling yang dibina dengan langit tiruan. The Venetian Macau ni dibina dengan mengambil konsep reka bentuk ala Venice, Itali. 




Gondola Ride, merdu sungguh suara pria itu. Hihi

Banyak betul kedai dalam ni

Yay! Ada Betsey Johnson & Lush

Menuju ke pintu keluar The Venetian. Check itinerary sebentar...




Pemandangan luar The Venetian Macao

Next, kita pergi ke Hotel City Of Dreams


Bumbung City Of Dreams, binaan emas gitu


Kami yang kecil


Then ke Hard Rock Macau Hotel, bersebelahan je dengan City Of Dreams


Lobi Hard Rock Hotel Macau


Penggemar barang Hard Rock bolehla shopping kat sini. Macam2 ado. Harganya pun boleh tahan la.

Jika banyak waktu lapang atau bajet berlebihan bolehla juga tengok ‘House of Dancing Water’ yang dibawakan oleh City of Dream. Orang kata menakjubkan (kami tengok di Youtube je). Persembahan bernilai berbillion dollar. Harga tiketnya pun sangat mahal.

Then, mari kita ke tapak warisan UNESCO iaitu Ruins of St. Paul's. Untuk ke sana akan kene jumpa skrin layar besar yang ada mermaid macam kat bawah ni. Kebetulan masa sampai sini mermaid2 ni tengah muncul di skrin layar dan beraksi seksi (tak pakai baju kecik, malu nak tunjuk gamba).


Mermaid dalam City of Dreams

Then cari signboard yang menuju ke shuttle bus ke Sintra Hotel untuk ke Senado Square. Ruins of St.Paul's di Senado Square.


Turun ke bawah dengan escalator untuk ambil free shuttle bus. Keluar pergi ke belah kiri. Tunggu bus ke Macau Peninsular

Bas akan berhenti di depan Sintra Hotel. Turun bas (1), pusing kanan dan jalan. Lepas tu kiri dan terus berjalan ke depan sampai jumpa Senado Square (2). Senado Square belah kanan anda. Jadi perlu seberang jalan. Dari Senado Square aware dengan signboard2 sebab kat situ ada tulis direction untuk ke St. Paul's Ruin (3). Jalan dia akan naik bukit. Kalau tak sure, senang jer ikut orang ramai hihi...




Di Senado Square ni banyak bangunan lama yang menarik dengan senibina berunsurkan Portugis. Bangunan ni dikekalkan sebagai pejabat / kedai. Ada ESPRIT, Giordano, Sasa, Swarovski dan banyak lagi.

Bangunan di Senado Square

Untuk cari runtuhan St Paul's tu anda kene alert dengan signboard hijau seperti di bawah ni, kalau tak berpandukan penunjuk arah tu confirm anda sesat! So pastikan anda di laluan yang betul ye.


St. Dominic's Square

Bangunan paling menonjol di Senado Square ini adalah St. Dominic’s Square / Gereja St. Dominic. Gereja yang sekarang dicat kuning ini di atas ni dibangun pada tahun 1587 dan merupakan gereja pertama di China.


Menapak di celah-celah bangunan di Senado Square untuk ke St Paul's


The famous Portugese Egg Tart. Rasanya ada dalam cerita Korea


Gereja St Paul's, tinggal facade depan sahaja, yang lain sudah runtuh

Inilah The Ruins Of St Paul's adalah salah satu landmark Macau yang paing terkenal dan pada 2005 secara rasmi didaftar sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Kini hanya tinggal bahagian depan sahaja Gereja Mater Dei.

"Gereja roboh ini mengalami dua kali kebakaran dan salah satunya berpunca daripada kelalaian tukang masak. Ketika kebakaran pertama, ada usaha memperbaikinya namun insiden kedua pada 1835 menyebabkan sebahagian besar bangunan itu ranap sekali gus meninggalkan hanya permukaan depan dan tangga. Tinggalan yang asalnya gereja Mater Dei, dibina sekitar 1602-1640 dulunya dilengkapi universiti ala Barat pertama di timur jauh iaitu Kolej St Paul serta kubu pertahanan atas bukit. Kolej itu bagaimanapun turut musnah dimamah api. " 
Akhbar Berita Harian. 

Wajib pose kat icon Macau ini


Begitu ramai umat manusia ketika ini, semput menegoknye. Bangunan cantik belah kiri tu namanya Grand Lisboa, sila pergi jika berkesempatan.  Boleh terjatuh rahang kali ke-2.


Meh kita ambil gamba candid Mr Photgrapher aka suami tersayang :)


Jambatan di Macau

Naik Turbojet untuk pulang


Dicadangkan anda habiskan seharian di Macau ni. Banyak lagi binaan2 menarik yang kami tak sempat pergi sebabnya malamnya kami plan nak makan di Islamic Centre Canteen. Di malam hari pemandangan lagi indah, dengan lampu2 neon pasti terasa macam di Las Vegas. 

Makanan halal ada di Macau iaitu di Spice Garden dalam Galaxy Macau Hotel Resort.

Tiket balik Macau - HKD148. Balik murah sikit. Cakap nak pergi Hong Kong yer jangan Hong Kong International Airport lak. Tak pasal2 sampai Lantau Island nanti hihi.

Perjalanan balik laut bergelora semacam. Ramai juga penumpang yang muntah2 dalam kapal. Beg muntah memang dah disediakan di seat masing2. Mujurla perut ni masih kosong, maka muntah angin je la. Suami pulak dah mula sapu minyak cap kapak kat kepala. Terseksa nak sampai di Hong Kong semula. 

Sampai je di HK kami terus ke Islamic Centre Canteen untuk makan malam. 
Direction dari jetty ke Islamic Center Canteen:
1. Dari jetty pergi ke MTR (Sheung Wan station), ambik train Chai Wan line
2. Berhenti di stesen Wan Chai (diorang nih sajer je buat nama stesen lebih kurang jer bunyiknyer)
3. Ambik Exit A3
4. Keluar ke jalan besar (Johnston Road), pusing kiri dan terus jalan.
5. Jalan terus jer dalam 500m kot sampai nampak 7-Eleven kat belah kanan, masuk simpang tu.




Ni dia 7-Eleven tuh. Nampak 7-E ni kat Tak Yan Street dah betul la tu. Islamic Center tu kat belakang jalan ni, pusing jer bangunan tu.


7-Eleven Tak Yan Street


Ni bahagian depan Islamic Center. Kat sini pon orang solat Jumaat jugak.



Canteen kat tingkat 5



Yang kat atas ni total dia 98HKD


Ya Allah, makanan kat sini SEDAP GILER! Takpastilah sebab kami ni lapar sangat ke atau sebab asik makan nasi instant pak berahim dengan maggi je menyebabkan bila jumpa makanan ini terasa ia amat sedap yang amat. Dapat pulak makan beef soup panas2 di musim sejuk ni. Ya Allah nikmat sangat. Yang celup tepung tu ikan ape terlupa..tapi memang sedap. Dim sum goreng tu..kesedapannya menggoncang jiwaku. Disebabkan tak puas makan esok kami berjanji In Sya Allah nak makan sini lagi sebelum balik Malaysia. Hihi..

Nak balik, gi balik MTR Wan Chai ikut jalan yang datang tadi.

1. Naik MTR ke Sheung Wan line
2. Stop kat Admiralty (atau Central pon boleh), interchange ke Tsuen Wan line.
3. Berhenti di Yau Ma Tei. Exit C. Yay!


Balik kepenatan dan kekenyangan. Alhamdulillah.








2 comments:

  1. azie...awat x naik gondola? mahal ke?

    ReplyDelete
  2. Cronyz,
    Mahal! Rasa membazir. Baik habiskan duit makan dimsum. Sumpah sedap gilerrrr.

    ReplyDelete