SIlent


Sometimes you just have to stay silent because no words can explain what's going on in your mind and heart. Apabila umur sudah meningkat banyak benda sudah bertukar. Kena belajar susun keutamaan. Mana satu nak fokus, mana satu sampingan. Mana satu nak abaikan. Mana satu nak beria.

Tanpa sedar Ramadan tiba. Ramadan tiba. Tiba-tiba Ramadan. Dah bersediakah kita semua nak masuk Ramadan? Dah set matlamat ibadah untuk Ramadan tahun ini? Sudah ada senarai 'Persediaan Sebelum Ramadan'.

*ustajah mode* Diriwayatkan dari Abu Hurairah Rasulullah bersabda: "Telah datang kepada kamu bulan Ramadan, bulan yang penuh keberkatan. Allah telah memfardhukan ke atas kamu untuk berpuasa padanya. Ketika itu pintu-pintu Syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan telah dibelenggu. Di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, sesiapa yang terlepas dari mendapat kebaikannya maka dia telah terhalang dari rahmat Allah " - [An-Nasa'i]

Alam Dunia, Allah SWT buka pintu syurga hanya setahun sekali sahaja. Iaitu di bulan Ramadan. Waktu Kiamat pintu Syurga masih tertutup. Padang Mahsyar beribu tahun pun pintu Syurga masih tertutup. Malaikat turun (banyak tak terhingga) di bulan Ramadan. Kata ustaz, Jibril juga turun dengan izin Allah.

Semoga setiap usaha kita semua beribadah kerana Allah di bulan Ramadan menyebabkan dosa-dosa diampun, segala amalan kita semua diterima dan seluruh aib ditutup. Aamiin. Ramadan Allah SWT hadiahkan esklusif hanya untuk umat Nabi Muhammad SAW. Ramadan difardukan pada tahun 2H. Sama tahun dengan perang Badar. Nabi wafat Rabiul Awal 11H. Tak sempat Ramadan. Nabi kita melalui 9 kali Ramadan.

Kita pula Allah sudah bagi peluang merasai berapa kali Ramadan? 

Pastu tanya diri sendiri balik berapa kali dah terlepas Lailatul Qadar. Allahu....alangkah rugi nya.

Daripada 360 hari, cuma 10 hari je. Nak kena usaha sungguh2 cari Lailatul Qadar. Hadiah KHAS Allah untuk umat Nabi Muhammad sahaja. Peluang untuk kita nak challenge umat dahulu yang hidup beribu2 tahun lamanya. Dapat ibadah beribu-ribu tahun. Umat Nabi Muhammad paling singkat umur Allah bagi. Hadiah malam Lailatul Qadar KHAS, ESKLUSIF, ISTIMEWA...makanya sedikit sahaja orang yang dapat merasainya. Kalau kita juga nak tergolong dapat hadiah TERhebat ini....nak kena usaha lebih. Kena sungguh-sungguh. Kena sabar  & mujahadah lakukan ibadah. Good luck semua.



Sekarang masih Syaaban. Ada peluang makan di siang hari, kita makan dulu di siang hari :)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan