An Impromptu Trip To Terengganu




Cakap-cakap dengan Hubby rasa macam hendak melawat saudara mara pakcik makcik di Kuala Terengganu. Kecil-kecil dulu selalu melawat mereka bila balik kampung. Begitu juga dengan sepupu. Sejak masing-masing sudah dewasa dan berkeluarga memang payah nak jumpa. Jumpa di alam maya pun tidak. Sementelahan mereka juga sudah berhijrah. Sejak berkahwin jarang dapat peluang visit mereka. Sejak PKP melanda negara lagilah kan. 

Tetiba parents bagitahu nak balik kampung memenuhi undangan majlis Raikan Cinta anak saudaranya (my cousin). Terus cakap nak ikut! Peluang. Peluang bertemu mata bertanya khabar dengan mereka setelah sekian lama. Minta izin Hubby, Hubby izinkan dan dia pun nak follow balik sama. Ada beberapa hari nak berkemas dan Jumaat pagi terus gerak balik kampung! An impromptu trip to Terengganu.

First pitt stop abah nak breakfast di Roti Canai Kari Kambing Kuala Pilah. Uuu sedapnya kari kambing. Then lunch di Nasi Kukus Dapur Mama Gambang (logo warna hijau). Suka nasi kukus di sini. Memang sedap. 

Sesi ziarah menziarah tu taknak cerita details di sini. Gambar pun actually banyak. Tetapi untuk simpanan peribadi sahaja. Seronok teramat sangat dapat jumpa mak dan pak sedara kedua-dua belah mum dan abah. Dengar cerita mereka. Makan-makan sama mereka. Aahhh rindu time-time raya masa kecil dahulu. Now kebanyakan mereka sudah warga emas. My sepupu belah Mum ramai dapat jumpa time kenduri. Alhamdulillah niat musafir kali ini untuk bersilatulrahim dengan saudara mara. Mission accomplished. I'm so happy to the max!

Malamnya kami menginap di hotel murah di Kuala Terengganu. Walk-in time maghrib check-out lepas Subuh esoknya. Pastu hotel ini sahaja yang available malam tu (syukur Alhamdulillah). Walk-in kan. Flexible sungguh we all travel. Tak book bilik awal-awal. Masuk hotel untuk mandi, solat, tukar pakaian dan tidur sahaja. Aktiviti padat sangat! TY Hotel harga RM90 per night bilik tiada tingkap kalau tak silap. Saya memang bawa selimut besar untuk letak atas bantal & bedsheet hotel. Kira tidur atas selimut sendirilah. Haha. Mum pun sama bawa sarung bantal sendiri dan alas sendiri. Like mother like daughter :p

TY Hotel
2-star hotel
4856, Jalan Sultan Mahmud, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu





After dinner, paklang & maklang bawa kami meronda di sekitar Miami Beach Terengganu. Mum and abah pun join sama. Taknak diorang berehat di bilik hotel. Gagah betul. Haha. Pertama kali Hubby and saya ke sini. Rupanya malam-malam super meriah. Ada Rela dan polis berkawal. Patutlah nama Miami. Ada perhimpunan food truck seMalaysia di sini. Banyak betul foodtruck! Then ambil peluang rehat dan rawat tepi laut. Aaaahhh angin, bunyi dan bau laut sangat menyegarkan. Terubat rindu dengan bayu Laut China Selatan.


Miami Beach Terengganu berlatarbelakang Jambatan Angkat Terengganu aka Terengganu Drawbridge dan lampu-lampu meriah di perhimpunan Food Truk Malaysia.


Miami Beach di siang hari.


Breakfast di Nasi Dagang Atas Tol Cawangan 2 Jalan Haji Abdul Rahman Limbong dan Teh Tarik Ombak Rindu (pertama kali juga kami berdua sampai di sini). Saya peminat nasi dagang ori Terengganu. I love it so much! Kat Shah Alam tak tau nak cari serupa begini di mana. 



Ambil peluang naik ke menara Terengganu Drawbridge. Abah dan mum dah naik masa awal-awal pembukaan dulu. Harga tiket RM15 untuk dewasa. View dari atas menara. 


Harga celup tepung di Penarik, Setiu. Kemain harga pun dah timbang ikut gram. Dulu ikut saiz sotong.


Last but not least tumpang bergambar atas pelamin pengantin. Cantik betul deconya. Alhamdulillah majlis Raikan Cinta berlangsung dengan meriah sekali. Lauk kampung style memang da best. Ayah pengantin sembelih lembu seekor untuk meraikan pengantin dan tetamu. Bersekali dengan aqiqah the lastest cucu in his family. Daging gulai kawah Kelantan style, pair dengan ayam masak merah, ikan kering, ulam-ulaman, tempoyak dan sambal belacan teringat-ingat sampai sekarang. Hubby pulak countlessly makan asam gupal. Lepas repat dan repeat lagi. Haha. Alhamdulillah. Semoga majlis perkahwinan ini beroleh berkat dan mereka bahagia hingga ke Jannah. Aamiin. Till then Wassalam. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan