Impromptu Trip To Melaka


Impromptu trip to Melaka with my kesayangan. Throwback 5 Disember hari tu. Rancangan asal hubby plan nak bawa saya jalan-jalan makan-makan tempat istimewa di Genting Highlands. Kita negotiate balik. Akhirnya hubby setuju dengan impromptu trip to Melaka. Let's go! TQ so much sayang kerana memahami :)

7.15am gerak dari Seremban. Awal pagi! Mana tidaknya Melaka tu tengahari saja sudah mula crowded. Kami rancang lepas lunch sudah mahu pulang semula ke Seremban. Tak molek nak bawa warga emas jalan-jalan time Covid ni. Bersesak-sesak di Melaka. No. No. No.



8.30am sampai Melaka. Jalan masih lengang. Hendak parking pun senang. Kali ni breakfast di Sayyid  Antique & Cafe. Pernah dengar? Pernah singgah? Jika ke Melaka cubalah breakfast di sini. Cafe yang dipenuhi dengan barang-barang antik dan unik. Contohnya jam dinding zaman dulu, mangkuk tingkat, frame2 gambar dan banyak lagi. Makanan pula sangat murah. Sedap itu subjektif. Meja terhad. Pekerja juga terhad. Ambil sedikit masa untuk order dan makanan siap. Datang awal terus dapat meja. Lepas jam 9 pagi sudah beratur panjang di luar cafe uols tidak kira bangsa.





Perut sudah kenyang. Pastu hendak kemana pun tak tahu. Kebetulan lalu depan Menara Taming Sari. Menara Taming Sari adalah ikon pelancongan negeri Melaka. Eh lengang. Ibu pon " Mari kita naik menara berpusing ni nak tak. Ibu tak pernah naik." Kami semua jawab serentak. "Onz" sebab tak pernah naik juga. Lepas park kereta kena bayar parking. Parking kena cari buku parking yang jual di 7E ataupun dowload apps "Smart Vehicle Melaka 2" (yang terkini). Sebelum tu dah download 'Smart Parking Melaka' tapi gagal log in. Mungkin tak guna dah kot apps ni. Effort di situ. Lepas godek-godek dan berjaya bayar parking, terus menuju kaunter beli tiket.

Harga Tiket:
Dewasa - RM 17.00
Kanak-kanak - RM 11.00
Warga Emas - RM 9.00

Ketinggian menara 80 meter. Kapasiti penumpang 80 orang. Tempoh perjalanan 7 minit (naik & turun). Masuk saja ke dalam menara, disambut dengan senyuman adik manis yang berbaju batik. Ala-ala pramugari yang menyambut di pintu kapal terbang. Di atas Menara Taming Sari kalian boleh menikmati pemandangan negeri Melaka sejauh 5km. Subhanallah! Speechless. Sangat cantik pemandangan Melaka dari atas! Menara ini berpusing. Dari atas nampak Selat Melaka juga. 



Turun menara yak yak yeay gembira. Sampai parking terkejut tengok. Sudah penuh tempat letak kereta kiri kanan juga belakang. Oh rupanya boleh park di tengah-tengah jalan. Selang beberapa petak sebelah kanan kami ada hamba Allah yang park kereta sedikit terkeluar dari kotak. Kereta Triton macam tu. Jadi kereta lain tak lepas nak lalu sebab dia dah block laluan keluar. Dah tersumbat di situ. Macam mana kami nak keluar? Tengah-tengah sudah ada kereta park. Jalan pula muat-muat untuk sebiji kenderaan lalu. Alahai. Bersabarlah hati. Sebelum kereta lain masuk berpusu-pusu hubby cepat-cepat keluar parking pastu reverse sampai ke pintu masuk untuk ambil laluan lain. Entahlah korang paham ke tidak. Kereta sebelah kami langsung tak berjaya keluar. Lagi kesian dia. Nak keluar parking pun tak lepas sebab kereta yang park belakangnya ambil terlebih ruang. Hazabedah sungguh. Korang pleaselahhh. Please. Bila parking pastikan betul-betul masuk kotak. Kalau dah keluar tu nampak kereta terkeluar kotak, betulkan lah balik. Don't be like lantaklah. Kejap saja. 7 minit je. Jangan menyusahkan orang lain. Kita mudahkan urusan orang, Allah mudahkan urusan kita pulak. InsyaAllah. 

Selesai isu parking kat Menara Taming Sari, kami lunch pula di Restoren Asam Pedas Selera Kampung. Sebelum lunch teman parents cari baju souvenirs untuk cucus. Melaka je pun. Haha. Untung sungguh cucu TokMa & Tok Abah ni. Memang ada saja buah tangan untuk cucus kesayangan. Selesai shopping, sebelum ramai orang datang cepat-cepat scan, tunjuk MySejahtera dan cari meja makan. Sini layan diri. Ambil saja lauk pauk yang tersedia dalam pinggan di kaunter. Lauk asam pedas di sini sedap. Mussels atau kupang masak cili, sedap sangat! Next time nak kena repeat. Tak sempat nak snap gambar pun. Tahu-tahu habis licin kesemua pinggan. Keluar restoren, que sudah panjang. Sebelum balik Seremban singgah sat tapau Keria Antarabangsa Limbongan Hjh Rahmah. Maksimum boleh beli 30 biji. Hubby beli maksimum biji. Terkejut hakak. Anehnya habis okay. Kempat-empat boleh tahan bab makan keria gula melaka. Sedap. Alhamdulillah. Perut kenyang hati senang. Tak tunggu lama terus pecut balik Seremban :) 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan