Birthday Gift From Me To Me :)

 Esok sudah nak masuk tahun baru. Sudah tulis azam baru? Azam tahun ini terlangsai kah sudah? Tepuk dada tanyalah sendiri. Ayuh semangat semangat semangat hendak menempuh tahun baru, 2022. Tahun ini adakah kalian sudah raikan kejayaan? Mari kita raikan.

Raikan diri sendiri. Raikan pencapaian diri selama mengharungi setahun yang mencabar. Belilah apa apa barang yang disukai. Bukan selalu pun. Lupakan yang lain sebentar. Fokuskan pada diri. Hadiahkan sesuatu pada  diri sendiri. Celebrate yourself. Bila kita hadiahkan sesuatu kepada diri sendiri memberi kesan positif untuk terus melangkah ke depan. 

Jadi tahun ni saya hadiahkan fine jewellery untuk diri sendiri. Ajak suami teman pergi Cartier Malaysia di Pavilion Kuala Lumpur. Main redah tak buat temujanji. Adalah lebih baik buat temujanji terlebih dahulu. Beratur hampir sejam juga kat luar butik walaupun datang sudah awal pagi seawal 11am. 

Serba sedikit mengenai Cartier ya. Wujud tahun 1874 berasal dari Perancis. Barang kemas Cartier menggunakan logam emas, perak dan titanium. Menggunakan emas 750 atau 18 karat. Barang kemas 750 kurang diminati rakyat Malaysia kerana tak laku bila jual balik sebab kandungan emasnya hanya 75%. Kalau beli emas 750 di Habib, boleh jual semula di Habib juga. Habib akan ambil separuh harga sehaja. Begitu juga berlian. Jadi sebelum beli fikir sampai habis tau. 

Bagi lelaki pula perak dan platinum adalah yang terbaik sebagai cincin hantaran. Tahan lasak tetapi harganya ya ampun. Lelaki muslim tak boleh ya pakai emas, emas putih mahupun suasa. Yang dibenarkan dalam Islam hanyalah cincin perak untuk lelaki. hukum-lelaki-memakai-cincin-suasa

Back to Cartier. Koleksi barang kemas Cartier paling popular adalah koleksi LOVE dan Juste Un Clou (design paku). Dua design ini lah yang kena copycat seluruh dunia (unfortunately countless counterfeit pieces of Cartier jewelry on the market). 

Melangkah masuk sahaja ke dalam butik Cartier, hati teruja. Bling bling sana sini. Sebelum datang sini i dah buat research dan sudah decide pun yang mana saya mahu. Aaaaahh bila cuba LOVE ring di jari, no wonder ia kesukaan wanita seluruh dunia. Love, Love,Love sangat. Yellow gold atau pun rose gold keduanya cantik. Setelah cuba try test banyak kali akhirnya...



While the world embraces distancing, surround yourself with what you love :)


During these uncertain times, solidarity is the most beautiful thing.



Small JUSTE UN CLOU Yellow Gold pilihanku. Size: 53 untuk pakai jari tengah and index finger. Sebelum beli kena decide nak pakai jari mana. Sebab lain jari, lain size nya. Jari kanan biasanya lebih besar sedikit jari belah kiri. Setiap piece of Cartier didatangkan dengan serial number dan certificate.

Love, love, love!

It takes inventiveness and intuition for Cartier to imagine the possibility of a piece of jewellery, beyond a simple shape.


The Juste un Clou was created in 1971 by Aldo Cipullo and inspired by the humble nail. Tahun 2022 design paku ini masih relevan dan menjadi kesukaaan wanita seluruh dunia. Design nya tidak lapuk dek telan zaman. Jadi boleh wariskan kepada anak perempuan atau anak saudara perempuan nanti. 

Sekian. Birthday gift from me to me 🥳🥰 Hadiah untuk saya. Lots of love dari saya. Selamat tinggal zaman 30-an. Selamat datang ke dunia 40-an.



2 ulasan:

  1. Suka bracelet Cartier . Belum mampu lagi, insya Allah soon.

    Happy Birthday.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih for the wish dear:)

      Insya Allah sis doakan Cici kaya dan berjaya in the future. Boleh beli nanti. Aamiin.

      Padam