Terima Kasih Sayang!


Appreciation post untuk suami tersayang (kalau dia bacalah:) ). Kejutan pada hari bahagia? Tak kejutan mana sebenarnya. Ingat tak posting ini 12th Anniversary tahun lepas. Maka hari ini selepas setahun berlalu kita reveal apa hadiahnya. Nak tahu tak? Kata hubby perginya CikTa (refer posting sebelum ni) harus berganti. Patah tumbuh hilang berganti.

Maka hadiah anniversary tahun lepas adalah sebuah kereta Mazda uols! Omoo omoo sis happy syukur gembira terharu tak tahu nak ucap camne. Terharu sebab my sayang berusaha keras untuk capai apa yang ada pada hari ini. 'Terima kasih untuk 12 tahun yang membahagiakan. Thank you so much sayang untuk hadiah 12th anniversary yang sangat istimewa ini. Thanks for trying your very best to take care of me and make me happy. You are my definition of husband goals. Love u sayang!'

Ada je suami yang bagi hadiah kereta buat isteri tersayang cuma tidak viral sebab tidak berkongsi di sosial media. Bagi suami-suami di luar sana usah sedih atau rasa down bila content-content sebegini viral di media sosial. Ketahuilah jika dapat hadiahkan isteri satu set tupperware, voucher percutian di Port Dickson, sekotak tudung Duck atau hatta makan malam di kedai tom yam sudah cukup membahagiakan para isteri. Sebagai isteri kami faham para suami sehabis mungkin beri atau sediakan yang terbaik buat isteri.
 



01.10.2020 , 5:53pm (pegang kunci kereta)


Apa hadiah anniversary suami bagi tahun ini? Nak tahu ke? Aaaahhh sangat suka and special :)


2 ulasan: