Ulu Bendul Lunch Date

 

Kali ini saya hendak kongsi tempat makan menarik dan sedap di Ulu Bendul.  Okay let's go.


Zaini Salai House, Ulu Bendul


Asalnya mahu ke tempat lain di Ulu Bendul. Tapi sangatlah crowded dan beratur untuk masuk restaurant. Maka hubby u-turn balik kita lunch date di Zaini Salai House Ulu Bendul. Kedai makannya tepi jalan sahaja. Menyediakan masakan asli Negeri Sembilan. Masak lomak cili api style nenek-nenek zaman dulu. Kira mereka ini memang pakar bab salai-menyalai masak lemak cili api. Pilihan menu banyak sangat. Rambang mata. Ini merupakan lunch date pertama bersama abah ibu bila dibenarkan rentas negeri. Pertama kali saya & hubby jejak di sini. Walaupun saya dilahirkan di negeri lain, tetapi apabila dibesarkan sepenuhnya di Negeri Sembilan, of courselah favourite masakan lemak cili api ni. Menu pilihan semestinya itik salai masak lomak cili api. Memang sini terkenal dengan itik salai. Menu tak boleh tinggal ... daging salai bersama rebung yang dimasak lemak cili api. Siput sedut masak lemak cili api pun sukaaaaaa sangat. Aaaaaaa so shedaplah! Harga pun sangatlah berpatutan berbanding makan di Selangor atau KL yang belum tentu lagi sedapnya. Highly recommended kalau kalian jalan-jalan cari makan di Ulu Bendul, Negeri Sembilan. Mesti singgah tau. 



Roti Canai Kari Kambing Ulu Bendul


Ini brunch date pula. Bersungguh abah ajak sarapan di sini. Seawal 7.30am sudah terpacak depan kedai. Abah ibu sudah beberapa kali sarapan di sini. Abah memang suka benar kambing. Menu kambing saja memang laju. Kalau datang hujung minggu Sabtu Ahad kena pergi awal pagi. Lewat-lewat memang ramai dan penuh. Port gang-gang motor besar juga.  Sepinggan kari kambing RM12. Sekeping roti canai RM1. Roti canai melayu memang susah nak dapat di area rumah kami. Jadi puas hati dapat makan di sini. Saya sendiri habis sekeping setengah roti canai + sepinggan kari kambing. Aaaaa marvellous! Syukur Alhamdulillah dengan nikmat Allah. Di sini semua layan diri. Nak bayar nanti just beratur di kaunter dan sebut semua makanan yang kita makan. Jadi kenalah amanah dan jujur. Jangan buat-buat lupa pulak. Sebelum balik abah tapaukan untuk KakNgah sekeluarga. Kenyang sampai ke petang dek penangan kari kambing :)



1 comment:

  1. Sedap-sedap makanannya. Terliur tengok masak lemak cili padi tu. Roti canai pun rasa terliur melihatnya.

    ReplyDelete