Review Cuti-Cuti Malaysia Di Anantara Desaru Coast Hotel Resort

 

Alhamdulillah, anda sudah cuti-cuti Malaysia 2021 ke belum? Lama kan kita semua tidak dibenarkan merentas negeri sebab pandemik. Dari Januari sampai Oktober. Apabila kerajaan benar sahaja rentas negeri bermula Oktober, kami balik kampung visit kedua-dua belah ibu bapa dulu. Dah settle baru sedap hati nak berjalan-jalan cuti-cuti Malaysia. Jadi tahun ini kita ke Anantara Desaru Coast Hotel Resort and Villas di Bandar Penawar, Johor. 

Booked hujung tahun 2020 untuk pergi awal tahun 2021. Nyaris pun nak cancel sebab schedule super duper pack. Sejak boleh rentas barulah urusan lama tertangguh terlunas. Syukurlah hubby insist juga nak pergi. Nak rehat dan rawat minda sebelum jadualnya kembali padat November-Disember ini. Pastu boleh celebrate wedding anniversary. Sambil menyelam minum air.

Kalau kalian mencari hotel, resort dan villa di Desaru yang aman damai, penuh ketenangan, ada private beach dan tidak mahu serabut dengan ramai orang, lagi-lagi time COVID ni kan, boleh consider Anantara. Sis highly recommended. One & Only Desaru pun sangat popular. Anantara tidak jauh dengan Hard Rock Hotel Desaru. Di sini kids friendly. Ada Kids Club. If mommy daddy nak manjakan diri di spa bolehla tinggal anak-anak di Kids Club. Diorang ada aktiviti sendiri macam colouring dan lain-lain. Masa kite tengah kayuh basikal pusing-pusing resort nampak 2 orang staf resort (wanita) yang escort dan beraktiviti dengan kanak-kanak ini.

Bilik hubby booked Deluxe Sea View Corner Room. Check in jam 3pm. Check out time 12 tengahari. Bilik 307. Terletak di tingkat terpaling atas, bahagian corner di tengah-tengah resort. Viewnya terpaling magnificent! MashaAllah. Bilik tak besar mana. Yang besar adalah balcony. Yes, spacious balcony. Memang lawas. If ada kanak-kanak boleh main police and thief one to jaga ni. Tapi nanti bising pulak. Tilam dan bantal, terpaling empuk dan enak. Letak sahaja kepala, tenggelam kepala dalam bantal. Sis syak bulu itik premium ni. Hubby kelebet habis untuk cari jenama, kononnya nak beli juga. Yang jumpa cap Anantara sahaja. Material cadar memang premium. So luxury and comfortable to skin. Bilik dah siap-siap ada arah kiblat, ada sejadah 2pcs dan Al-Quran. Rasanya inilah hotel luxury pertama yang sis jumpa letak Al-Quran dalam bilik. Terbaiklah Anantara. Kerbersihan? Bersih sangat. Saya suka :)

Masa booked last year kita dapat bilik termasuk sarapan pagi beserta RM150 resort credit. Oklah ada penjimatan di situ. Wajib habiskan untuk F&B. Sebelum check in hubby ada emel tanya pasal food. Alhamdulillah di Turmeric halal. Turmeric serve menu Northern Malaysia campur Southern Thailand. Mahu menikmati juadah Thai-Laysia Night wajib masukkan dinner buffet sebagai aktiviti makan-makan. Dinner buffet hanya ada hari Selasa dan Khamis sahaja. Jika suka seafood & grill wajib cuba Sea.Fire.Salt. Ada rare salts around the world. Best seller Seafood Platter. Hari kami check in haritu ada menu Shellout. Restoren terpaling full house!

Anantara Desaru Coast Hotel Resort and Villa ni tak sebesar Mangala Resort untuk pusing-pusing kayuh basikal. Jadi 3D 2N cukup untuk recharge dan memang berbaloi-baloi. Saya bagi lima bintang untuk Anantara. Repeat? Of course kita akan repeat lagi. Nak book bilik yang sama! InshaAllah. Until now teringat-ingat buaian gantung di balcony. Tempat lepak hubby and i minum coffee malam-malam. Sembang banyak perkara. Jadi kalau uols malas dan leceh untuk bercuti di luar negara, lebih sukakan vitamin sea silalah book segera di Anantara Desaru sebelum semua bilik sold out! Ok sekian review cuti-cuti Malaysia saya di Anantara Desaru :) Baca sambungan di Part 2

















5 comments: