Makan Jom - Suria KLCC & Pavilion

 

Hi. Salam semua.

Ahad lepas dating day dengan Hubby. Reward ourself setelah bertungkus-lumus clearkan, cat dan repair sikit-sikit rumah lama dan pindah ke rumah baru. Lama tunggu. Dua (2) tahun baru selesai sepenuhnya. Alhamdulillah our mission accomplished! 






KLCC sudah meriah dengan dekorasi Krismas. Our dating day, makan-makan day terpaksa berlaku demi nak menghabiskan voucher Suria KLCC yang bernilai RM100 & Pavilion RM50. Kalau ikutkan hati memang malas sebenarnya hendak keluar makan sampai KLCC nuh. Dah la dengan crowdednya. Pastu time-time COVID macam ni lagi menyeramkan. Malangnya baucer sudah menghampiri tarikh luput.  Kita gagahkan juga. So...seawal 9.30 pagi dah sampai KLCC. Dapat park kereta tak jauh dengan entrance. Suria KLCC pun masih lengang. Ada pilihan datang awal kenapa nak datang time crowded kan?

RM50 kita habiskan dengan makan-makan di Two Sons Bistro KLCC. Makan percuma ni terlebih seronok pulak dan terlebih nikmat dari makan berbayar. Haha. Pertama kali makan hari tu tak puas. Jadi kita repeat. Menu yang sama iaitu Chilli Butter Clams. Menu terpaling laris di Two Sons Bistro. Sebenarnya boleh buat pilihan mahu clams atau mussels. Jenis kuah juga pelbagai pilihan. Menu ini served dengan garlic bread atau fries atau mantau. Kali ni kita pilih makan dengan garlic bread. Pastu tamak, tambah nasi sepinggan. Starter size dah cukup bagi kami berdua. Hubby seriau nak makan banyak-banyak haiwan bercengkerang. Maka sayalah yang habiskan satu periuk ni approximately 450 gram. Siap hirup kuah sampai licin. Hah tu dia. Baru puas hati. Hubby order nasi kerabu ayam percik. Bila lagi nak cuba nasi kerabu harga kayangan kan. Bila datang sekali dengan semangkuk budu, memang sedap lah nasi kerabu. Terbaik. Terbaik. Terbaik. Balance RM50 lagi ingat nak habiskan dengan minum kopi dan makan dessert di Dome. Tapi perut masih teramat kenyang. Maka baucer tadi kita habiskan di The Duck Store. Mana lagi kan..






Menjelang tengahari KLCC Mall makin crowded. Sis mula pening kepala. Seiring dengan peningkatan usia, tempat-tempat crowded bukanlan pilihan utama. Lepas tunaikan baucer di The Duck Store terus balik rumah. Solat dan rapikan diri baru keluar semula ke Pavilion. Padahal dari KLCC ke Pavilion tu lima minit sahaja.  Ingatkan Pavilion Bukit Bintang tidak ramai manusia. Rupanya ramai juga. Almaklumlah tak pernah pergi Pavilion di petang hari. 


Spagetthi Aglio Olio - RM33
Crepe Mushroom Spina - RM33



Paul Hot Chocolate - RM14
Quiche Salmon - RM27


The Millefeuille Strawberry - RM17


Di Pavilion pertama kali cuba try test Paul. Such an amazing experienced. PAUL, THE FRENCH BAKERY RESTAURANT since 1889. Jadi bolehla ferfeeling anda sedang minum HOT CHOCOLATE di Paris. Hot chocloate dia memang very chocolatey. Thick. Pekat. Wajib habiskan time chocolate masih panas. Dah sejuk nanti muak. Secawan boleh kongsi berdua :) Thank you so much hubby my love for treating me special all the time! If all men could be as generous and loving as you are, this world would be a happier place. Peace. Wassalam.



1 comment: