Dress Paling Selesa

 

Bosan pakai jubah, beralih seketika kepada dress. Sedikit moden tetapi masih kelihatan modest. Ayuh saya kongsikan dress paling selesa tahun ini. Let's go. 




Dress: LILIT

Dress Lilit ini terpaling murah. Beli kebetulan masa clearance sale. Sangat berbaloi-baloi. Ironless. Hari malas menggosok sarungkan saja dress ini. Saya pakai S. Just nice dengan ketinggian. Tidak perlu alter. Tidak jarang dan tidak perlu inner. Cuma warna hijau lumut nampak kusam kan. Padankan saja dengan tudung atau shawl yang ceria.



Dress: Ariani RTW

Koleksi lama. Pertama kali beli Ariani RTW. Berani beli sebab dah cuba try test di kedai. Rupanya saya pakai size M. Size S memang sendat melekat lah. Panjang dress agak labuh jadi perlu alter untuk orang yang tidak tinggi seperti saya. Dress yang sesuai untuk orang tinggi-tinggi persis model. Kena pakai inner dalam sebab jarang pulak bila cuaca terang. 


Dress : Petit-Moi

Lundi Dress Size S. Lundi is French for Monday. Terpaling selesa dan favourite ketika ini. Dah ulang pakai 20 kali agaknya. Alah membeli menang memakai. Ironless pulak tu. Dress ini siap sekali inner material super soft cotton lining. Warna powder blue sesuai dengan tone warna kulit saya. Lace detailing memberi lebih kelembutan kepada si pemakai. Memang terbaik ah. To Petit-Moi, tolong keluarkan lagi dress-dress macam ni. Confirm i beli lagi :) Part tudung tidak perlu diperkenalkan lagi. Sudah terang lagi bersuluh tudung duck dari The Duck Group. 


1 comment:

  1. Dress yang ironless memang best. Sauk saja kalau nak pakai heheeee.

    ReplyDelete