Tiba 4 September

Semua orang dah mula makan-makan di luar ke? Atau masih lagi masak atau tapau makan di rumah?Malaysia dah beransur-ansur keluar dari pandemik beralih ke fasa epidemik. Mahu atau tidak kita kena hidup bersama virus covid. Awal-awal Oktober, kita tengok kedai makan sudah mula full house. Begitu juga restoren dalam shopping mall seperti Nandos dll. Tiada tempat kosong menjelang Sabtu Ahad. Penuh orang dine-in. Yang penting jangan lupa SOP dan semoga kita semua dilindungi. InsyaAllah Malaysia semakan pulih. Kes positif juga menurun setiap hari. Legakan :)

Tiba 4 September 2021, belum layak dine-in lagi. Masih lagi divaksin dengan 1 dos. Ini saja-saja hendak throwback 4 September 2020. Ketika itu Malaysia baru selesai tempoh lockdown yang bermula 18 March 2020. Bila tengok balik macam tiada entry post tahun 2020. 4 September hari istimewa kesayangan saya. Jadi saya menyantuni dan raikan beliau dengan makan-makan di tempat yang chic dan sophisticated; Blonde by Serai Group. Saja nak cuba tukar suasana dan rasa menu baru. Restoren Serai tak perlu diperkenalkan. Memang cukup terkenal. Begitu juga Jibby & Co. Samalah tu. Di bawah group yang sama. Tetapi Blonde perlu diperkenalkan. Tidak ramai yang tahu tempat ni.

 


Menu

1. Linguine Pesto Carbonara with Swiss Mushroom and Confit Egg Yolk - RM35

2. 200 grams Grain Fed Grilled Beef - RM45

Harga sekarang saya tidak pasti. Mungkin berbeza. 

Rasa? Allahu Akbar. Sis terlupa dah rasanya. Maknanya kena pergi semula soon. Insya-Allah. 4 bulan kot dah tak dine-in. Sampai hari ni kita tak merasa dine-in lagi. Teringin tu ada.

Tiba 4 September 2021. Emm makan apa ya haritu? Masya-Allah *tepuk dahi* Tak velanja makan lagi. Oh hari tu ibu abah dah booked slot belanja menantu dia makan. Walaupun tak nampak di mata, tanda ingatan tu paling bermakna. I is jealous. Hahah. Banyak juga. Kira makan dari pagi sampai malam. Ahakss. Walaupun hari telah berlalu jangan ingat beliau tak tuntut. Patutlah baru-baru ni cakap teringin nak makan *****. Baru perasan dia bagi HINT rupanya. *tepuk dahi lagi*


No comments:

Post a Comment