Selamat Tinggal CikRa

 

Selamat Tinggal CikRa!





Kereta legend kata suami. Pejam celik pejam celik 18 tahun kesana kemari bersama CikRa. Gelaran CikRa suami yang beri. Kawan-kawan saya panggil EncikWi. Ada kekeliruan jantina di situ. Biaq pi lah. CikRa bersama saya dari zaman menuntut ilmu tahun 2001 di universiti A. Kawan-kawan uni memang kenal sangat kereta hijau ni. Pada tahun tersebut tak ramai student yang pakai kereta. Dah ada kereta memang angkut kawan-kawan sekali pergi kuliah :) Kemudian sambung Masters di universiti B pun masih guna kereta yang sama. Kemudian bekerja sehinggalah Oktober tahun 2020 hubby masih menggunakan khidmat CikRa keluar mencari rezeki. Besar sungguh jasa CikRa dalam kehidupan saya dan suami. Basically kawan-kawan memang boleh cam kereta ni sebab no plat pun mudah sangat untuk diingati. 

CikRa proton wira aeroback 2001. Kereta ini sebenarnya was given to me by Abah kesayangan *nak nangis* Semoga Allah SWT kurniakan setinggi-tinggi darjat dan sebaik-baik ganjaran buah abah tersayang. Besar sangat  pengorbanan abah dalam kehidupan saya. Tidak terluah dan tidak tertulis di sini. 

Dengan berat hati tiba masa untuk lepaskan CikRa pergi. Sebelum jual, saya rujuk dan minta pandangan Abah dulu, minta izin. Abah izinkan baru kita lepaskan CikRa. Selama 18 tahun CikRa memang tidak banyak ragam. Senang dan simple menguruskan. Kos maintenance pun rendah dan tersangatlah jimat belanja. Saya dan suami jaga 'amanah' yang diberi selama 18 tahun dengan sebaiknya. Bila 'main car' masuk bengkel sehari dua, CikRa lah yang setia beri khidmat bakti. 

CikRa masih cantik jelita. Spot rim masih yang asal. Interior juga masih yang asal. Haruslah sold in a blink! Memang tak sempat nak iklan sana sini. Sepantas kilat dipinang orang. To the new owner, mohon jaga CikRa with love jua seperti kami menjaga CikRa.

S.O.L.D on 1st October 2020 with love! Sekian. Wassalam. 





No comments:

Post a Comment