Pulse Oximeter Review

 

Hari ini kita review Pulse Oximeter pulak. Bila google di Lazada or Shopee punyalah banyak kan Oximeter yang keluar. Pastu nak beli yang mana satu *garu kepala*

Seharian jugalah cari info dan review Oximeter. Pastu nak belikan untuk parent sekali. Diorang pun nak jugak. Taknak ketinggalan ada Oximeter di tangan. Senang nak check kadar oksigen.

Apa itu Pulse Oximeter? Pulse Oximeter alat pengukur kadar oksigen dalam darah yang kini banyak digunakan secara meluas berikutan komplikasi wabak Covid-19.

Kadar Oksigen

Normal: 96% - 100%
Rendah: 95% kebawah

Kadar Pernafasan

Normal: 12-20 nafas seminit
Pesakit Hypoxia: 40 -50 nafas seminit

Denyutan Jantung Normal : 50-90 seminit

Cara Guna Pulse Oximeter

1. Tanggalkan pewarna kuku atau kuku palsu dan panaskan tangan dengan menggosok kedua tapak tangan jika berasa sejuk.

2. Berehat sekurang-kurangnya lima minit sebelum melalukan pengukuran.

3. Letakkan tangan di dada pada paras jantung dan kekalkan tangan anda pada paras tersebut.

4. Hidupkan Pulse Oximeter dan pasang di jari tengah atau telunjuk pada tangan yang berada di dada.

5. Kekalkan posisi tangan dengan Pulse Oximeter sekurang-kurangnya 1 minit sehingga bacaan stabil.

6. Hanya catatkan bacaan tertinggi jika bacaan tidak berudah selama 5 saat.

Sumber: KPJ

Apa nak buat jika oxygen level drops below 94%? Terus dapatkan nasihat doktor.

Apa nak buat jika oxygen level drops below 90% Hospitalisation reqiured.




Ini yang kami beli dan guna untuk di rumah. 100% Original. Ada 1 tahun warranty. Paling penting approved by Medical Device Authority (MDA) Malaysia. Ada registration number. Maknanya ia reliable dan harga berpatutan. Boleh beli di SINI




SPO2 untuk measure oxygen saturation level. PR untuk detect pulse rate.

Spesikasi: Dual colour OLED display. 2 unit battery AAA alkaline. User friendly. Portable & convenient.

Di zaman pandemik covid ni, pulse oximeter ni kira alat penting untuk pesakit yang ada masalah COPD, asthma, pneumonia etc. Dengan adanya oximeter boleh detect atau identify lebih awal pesakit hypoxia (low blood oxygen saturation). Hopefully.

Nak beli Pulse Oximeter kalau boleh pilih yang MDA approved. Boleh semak di SINI untuk senarai Pulse Oximeter atau Blood Oxygen Monitor yang berdaftar dengan MDAR. MDAR adalah Medical Device Authority Register. Jangan main beli saja di Laz & Shopee. Takut kena scam. Jadi macam ni.




Naya Pak Karim kalau kena macam ni :)





No comments:

Post a Comment