My Favourite Spot


Esok 16 September 2021. Hari Malaysia guys. Sudah rancang nak ke mana? Esok bersedialah ramai orang di mana-mana. Hujung minggu lepas ngeri juga tengok jalam jem ke Pantai Morib. Lagi ngeri tengok keadaan Sungai Pisang yang crowded. Masing-masing terlupa SOP agaknya sebab lamanya sangat berkurung.

Esok nak pergi hiking manja-manja saja. Tempat ini maaf dirahsiakan dulu. Jangan tanya. Taknak bagitahu. Risau pulak kita kalau ramai orang datang *emoji tutup mulut* Yang tahu tempat ni Sesshhhhhhhh! Sis tak puas lagi menikmati ketenangan dan kedamaian tempat ni. Sebenarnya awal pagi tak crowded sangat. Menjelang jam 10am tu memang penuh juga orang berkelah.

Baiklah tanpa membuang masa...kita layur gambar sajalah.







Amacam? Amacam? Cantik sangat kan tempat ni. Bersih dan tenang. Tolonglah jangan viral tempat ni. Kalau anda pergi picnic atau berkelah tempat-tempat begini janji jangan buang sampah merata. Kita sama-sama jaga kebersihan. Pack balik sampah bawa balik rumah. Barulah alam sekitar terpelihara indah untuk tatapan generasi akan datang. 

Sini, sumpah banyak gila kambing. Macam-macam rupa kambing. Kambing gurun pun ada. Bila pekerja lepaskan kambing, berlumba lari kesemua kambing keluar dari kandang. Ada ayam dan itik juga. Itik serati juga Ugly Ducking. Angsa pun ada. Ya Allah bunyi haiwan-haiwan ini sangat mendamaikan. Serupa suasana di kampung. Emm kampung pun tak dapat suasana dan bunyi-bunyian begini. Dalam tasik tu ada toman. Toman liar dari tasik luar kawasan. Tersesat masuk barangkali. Dulu dibenarkan memancing. Sekarang tidak lagi. Habis ikan-ikan kena pancing :( 

Sini ada tempat hiking juga. Hiking santai-santai. Dari atas ini juga boleh nampak KLCC. Jadilah buat hilang rindu. Oklah sekian dulu. Selamat Hari Malaysia semua. Wassalam.


No comments:

Post a Comment