Air Pods Pro Review. Bagus ke? Berbaloi ke?

 

Banyak sudah youtuber buat review berkenaan Apple Air Pods Pro. Tapi saya kongsi jugalah di sini serba ringkas. Bagus ke produk earphone keluaran Apple ni? Mr Hubby adalah pengguna tegar Air Pods Pro.  Jadi saya kongsi review yang diberi oleh Mr Hubby lah.



Sound quality Air Pods Pro lagi best @ padu dari earphone standard dalam iPhone yang ada cable (sebelum ini guna yang itu saja) Bassnya pun lagi best. Beliau masih bekerja dari rumah. Bayangkan setiap hari meeting atau pun concall berterusan dari pagi sampai ke petang. Setiap meeting direkod. Bila dengar balik katanya suara dia lain macam sedap didengar berbanding sebelum ini. Ini kerana adanya fitur Adaptive EQ yang memberi kualiti suara lebih menonjol.

Earbuds sangat comfortable walaupun dipakai lama. Ini kerana design Air Pods Pro yang lebih masuk ke dalam telinga. Ia didatangkan dengan ear tips silicone yang lembut. So sangat memberi keselesaan di dalam telinga.  Apple dah siap-siap bagi 3 size berbeza iaitu Large; Medium; Small. Telinga setiap orang kan berbeza. Apple datangkan fitur 'Ear Tip Fit Test' untuk bantu pilih ear tip mana yang sesuai. So far Mr Hubby tak tukar pun size ear tips. Just pakai yang memang dah pasang dari dalam kotak. Medium size kalau tak silap. 

Air Pods Pro ada fitur noice cancellation.  Yang ini mmg terbaik untuk kategori earphone kecil camni. Bila on boleh kata tak dengar dah bunyi-bunyi luar. Memang kedap suara. So la ni takde masalah kalau tengah meeting tiba-tiba terkena cherry berry atau nak terkucil :) Sebelum ni kena tahan sampai naik biru.

Selain itu, kalau hang meeting sampai berlemuih berpeluh keringat membasahi kepala pun masih onz lagi. Atau meeting urgent sambil jogging dalam hujan renyai-renyai still tiada masalah. Okayyy sangat. Sesuai nih untuk atlet dan ahli kelab gym semalaya. Ia telah diuji ketahannya. Tapi janganla guna time nak pi berenang. Itu memang jahanam.

Bateri pula so far tahan seminggu kalau hari-hari pakai untuk kerja. Concall sehari maybe dalam 2-3 jam average. On and off pakai. Bila tak guna letak balik dalam charging case so dia charge balik.

Lampu hijau kat charging case tu maknanya charge penuh, kalau dah merah tu means charge tak penuh. Kalau nak tahu berapa percent tinggal untuk earbud dengan case, bukak case tu sebelah iPhone (on Bluetooth dulu), then dia akan display kat iPhone screen percentage dia.

Berbaloi? Yes, berbaloi beli untuk pengguna iPhone. Kecil. Senang bawa dalam poket pergi mana-mana. Nanti dah boleh travel boleh pakai dalam flight pastu on noice cancellation tu, baru la tak dengar bunyi dengung enjin kapal terbang, tak dengar bunyi kids menangis. Insya-Allah boleh tidur aman damai.

Tidak dinafikan Air Pods Pro antara earbud terbaik di pasaran. Cuba ada satu masalah nya. Masalahnya ialah harga. Termahal di pasaran. Semak harga di Machines , TMT Thunder , SenhengG Store. Jadi kalau jumpa earbud lain yang lebih murah, selesa di telinga why not. 




No comments:

Post a Comment