Eid Authenthic Korean Cuisine, Central i-City Shah Alam

 

Annyeonghaseyo! Rajin pulak menaip sehari dua ni. Maka hari ni saya nak kongsi review makanan authenthic dari Seoul, Korea yang dibawakan oleh Eid Shah Alam. Ini bukan sponsor post ke apa. Sis memang suka review percuma. Sambil-sambil support peniaga-peniaga makanan ni. Kita review dengan ikhlas apa yang kita suka makan. Sajalah nak share sebab hampir dua tahun kan tak boleh travel luar negara. Mesti ramai rindu nak pergi Korea kan. Kan? Kan? Kan? Ulang tengok drama CLOY pun dah dua kali. Sangap. 

Ayuh, tanpa membuang masa lagi. Pernah dengar tak Eid? Eid ini ada restoren di Itaewon, Korea. Sekarang sudah ada cawangan di Malaysia iaitu di Shah Alam, dalam Village Grocer Central i-City, Bangi, Cyberjaya dan Seremban pun ada. Uols google la nanti. Ataupun check it out their instagram okay.

Sejak PKP dikenakan kepada rakyat Malaysia kami makan and order Eid ni beberapa kali dah. Hubby pun satu kepala sama taste buds. Suka makanan Korea & Japan. Syukurlah ada gang. So dapatlah makan together. Dia yang suka order, sis tukang makan saja. Hehe. Rindu Korea punya pasal. Antara cadangan menu;



Fe-Feeling Autumn di Itaewon

EID CHEER UP BOX

- 24 pcs chicken in two flavors; 12 pcs Yangnyeom Boneless + 12 pcs Honey Fried Chicken (wings & drummets)

-FREE Kimchi Rice (yang hitam legam penuh di cover dengan seaweed)

- FREE Tokpokki

Portion up to 5 person

Harga: RM60




Hidangan untuk lima orang tapi yang makan dua orang saja. Nampak tak. Nampak tak di situ. Sebab sedaplah. Kuat makannya lahai sejak PKP nih. Lapar memanjang. Pastu hubby siap add-on lagi. Katanya alang-alang order. Hubby add-on Japchae also spelled as chap chae. His favourite Korean noodle dish from his favourite restaurant. So, kita close-up sikit gambar Japchae. Favourite i juga nih. Japchae Eid kuat rasa garlic dan sesame oil. Cendawan shitake tu...ahhhh kenyal-kenyal sedapppp! Setiap kali pergi Eid tak tinggal lah menu ni. 




Dah alang-alang tu kita zoom sikit kat Tokpokki also known as rice cake. Masa travel Korea dulu tak dapat pun rasa Tokpokki ni. Rupanya Tokpokki ni liat-liat kan nak kunyah. First time makan macam apa benda rasa macam ni. Eh takmo order dah lepas ni. Tapi lepas tu, order jugak lagi. Pastu..hmmm sedaplah pulak. Golek-golek dengan chopstick dalam sos merah menyala tu baru masuk dalam mulut. Hmmm. Lazat. 




Seriously, no one can resist Korean fried chicken. Kan. Hubby suka yang merah tu, boneless Yangnyeom rasa sweet and spicy. Saya pula suka honey flavours. 24 ketul weh. Memang puas hati makan. 

Kenapa suka order EID berkali-kali? Sebabnya sedap itu sudah tentu. Lagipun Eid ada HALAL JAKIM. Jadi boleh makan Authenthic Koren Cuisine dengan senang hati. Tak perlu ragu-ragu dan was-was.  Selamat dunia akhirat. Tak gitu. Alhamdulillah K-Food Craving fully satisfied.

Oklah till then Wassalam.


No comments:

Post a Comment