Corat Coret Aidiladha & Throwback Aidilfitri 2021




Bayangan tahun 2020 adalah tahun yang hebat dan gemilang dalam sejarah kehidupan manusia. Formasi bunga api dari pelbagai negara seluruh dunia macam nak masuk zaman milenium tahun 2000 dulu. Zaman sekolah rendah lagi dah kene brain wash 'Wawasan 2020'. Kereta terbang. Motor terbang kat kulit buku teks. Pastu Dr.M ada tanam kapsul yang akan digali dan buka tahun 2020. Pastu apa jadi dengan kapsul tersebut?


Sekali, perancangan Allah swt itu MAHA HEBAT. Bukan kereta terbang, malah kapal terbang tidak terbang pun pada tahun 2020. Rupanya bukan setakat tahun 2020 sahaja, tahun 2021 juga masih seluruh dunia dilanda pandemik yang dahsyat. Wabak covid-19 yang sehingga ke tarikh ini menyebabkan 4.16 juta kematian penduduk dunia manakala 7,994 kematian di Malaysia. إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ


So, Aidiladha kali ini kita beraya di rumah masing-masing akur dengan saranan pemerintah. Aidiladha 2021 benar-benar mengajar erti pengorbanan. Pengorbanan tidak balik kampung, tidak jumpa ibu bapa, tidak balik jumpa keluarga, tidak jumpa saudara mara, tidak jumpa jiran tetangga kerana tidak ingin mencetuskan kluster. Ada orang raya dengan tak raya sama je. Tapi bagi saya dan suami raya tetap raya. Sebelum ini memang kiteorang raikan dan sambut Aidiladha dengan keluarga setiap tahun. Sunnah meraikan Aidiladha. Menyembelih binatang qurban juga dilakukan setiap tahun (jika mampu). Syukur dan terima kasih ibu abah yang dah terapkan amalan ini sejak kami remaja lagi. Pagi raya kami 4 beradik dibiasakan bangun awal pagi siap-siap cantik-cantik dibawa sama pergi solat raya. Aidilfitri juga Aidiladha. Kemudian setelah bekerja dipaksa keluarkan duit masing-masing untuk lakukan ibadah qurban. Mula-mula memberontak tapi la ni dah faham. Automatik sendiri-sendiri akan ambil bahagian qurban setiap tahun (jika mampu). Nabi Ismail sanggup dikorbankan kerana Allah Taala. Kita? Beratkan nak keluarkan duit RM700 - RM800 untuk 1 bahagian kerana Allah Taala. Begitulah ujian buat manusia.


Amalan sunnah Aidildha:

1. Mandi sunat Aidiladha

2. Memakai pakaian terbaik dan berwangian bagi lelaki

3. Solat sunat Aidiladha

4. Makan dan minum selepas solat Aidiladha

5. Menyembelih binatang Qurban


"Tiada hari yang paling disukai Allah untuk dilakukan amalan soleh padanya melainkan 10 hari terawal Zulhijjah" (Shahih Bukhari: 969)



Salam Aidil Adha buat semua :)


Aidil Adha 2021 ni sis masak nasi tomato, ayam masak merah, acar timun dan Burnt Cheese Cake. Fuh tak sangka sejak pandemik boleh pandai masak macam ni (wipe my own tears, & pat myself on the back)



Burnt Cheesecake masak guna air fryer. Resepi Khairul Aming. Bakar suhu 180C selama 30 minit. Then add another 5 minutes dengan suhu 200c untuk burn kan bahagian atas cake. 


Dah alang-alang tu kita throwback sikit setting raya Aidilfitri 2021. Bersemangat nak raya walaupun kelip-kelip dua orang je. Haha.



Aidilfitri 2021


Menu Aidilfitri 2021, rendang, nasi impit, kuah kacang, satay and burnt cheese cake. Makan dari pagi, tengahari sampai malam. Kahkahkah. Aidilfitri 2020 hubby tempah siap semua makanan. Dia cakap tak perlu bersusah payah pagi raya berkecah dapur semua pastu nak kemas lagi. Pastu peluh peluh semua. Pastu pukul berapa nak siap-siap lagi nak solat raya lagi. Walaupun bukan pergi mana pun. Duduk rumah saja.  Tapi untuk tahun ini sis insist nak prepare sendiri mana yang boleh walaupun dia nak tempah je semuaaa. Masak siap-siap malam hari supaya tak berkecah dapur pagi raya seperti yang dikehendaki cik suami. 



Rendang ayam resepi Ili Sulaiman. Sedapppsss ya amats! - kata suami :p



Masak apa tak jadi Aidilfitri? Burnt Cheesecake cubaan kali pertama gagal k. Nampak cantik di luar tetapi cairrr di dalam. Bila potongggg...beginilah jadinya. Kesilapannya ialah rendahkan suhu masa bake dalam air fryer. Pastu selalu bukak tutup air fryer sebab curious. Pastu bilanya nak masak kek tuuu kan. Hahah. So inilah hasilnya. 


Ok begitulah corat coret hari raya. Till then Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment