Work From Home Essentials


Nampaknya sekali lagi negara kita Malaysia kena lockdown. PKP 3.0. Budak sekolah kena mula semula Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Pekerja swasta dan sektor awam mengikut peratusan yang ditetapkan juga terpaksa bekerja dari rumah (BDR). Tuan suami juga sudah setahun lebih work from home. Perasaan dia? Sukar untuk digambar dengan kata-kata. Kami berdua sentiasa ada di depan mata 24 jam selama setahun. Memang betul-betul perlukan kasih sayang dan kesefahaman yang tinggi antara satu sama lain. Hehe.


Work From Home Essentials No.1

Tuan suami cakap sampai hujung tahun ni belum tentu dapat pergi pejabat. Dia memang perlu space sendiri untuk bekerja. Perlu ada meja dan kerusi pejabat. So after do some research ada beberapa option untuk kerusi pejabat selain kerusi pejabat IKEA antaranya; 



Ergonomic Office Chair 

Ada lima kaki dengan dua pilihan warna hitam atau putih. Ciri penting untuk kerusi pejabat mestilah selesa. Boleh adjust ketinggian, rocking function, breathable and comfortable mesh, ada arm rest, boleh pusing or swivel 360 degree. Paling penting mesti ergonomically design. Nak kesemua ciri di atas tapi nak harga murah dan berpatutan! Saya jumpa yang ni and zas terus add to cart.


Work From Home Essentials No.2

Seterusnya nak kena beli wireless earbuds untuk meeting. Sehari kadang-kadang perlu tadah telinga tiga atau empat atau lima atau kejap-kejap meeting, kejap-kejap meeting. Boleh keras taik telinga uols. Jadi wireless earbuds definitely is a work from home essentials!



JBL Wireless Earbuds V5

Yang ini macam okay juga. Dual-mode bluetooth. Both left and right earphones ada fingerprint touch control. 3 hours battery life on a single full charge. Okay cun dah ni. Add to cart teruss.


Last but not least...


Work From Home Essentials No.3




Tujuannya untuk purify udara. Udara jadi fresh seperti berada dalam hutan gitu. Easy to use. Just plug and play. Boleh digunakan dalam bilik air, living space, ruang pejabat, bilik tidur. Boleh try dan harganya pun murah saja :) Kemain lagi review masing-masing untuk mini ionizer air purifier. Saya pun terpengaruh nak cuba!


Itu pilihan saya untuk WFH Essentials. Pilihan kalian apa pulak.


No comments:

Post a Comment