Shopee Faves Part 2

 

Baiklah kita sambung lagi berkongsi barang-barang best di Shopee. Shopee Faves Part 2. Semenjak MCO or PKP sambung menyambung boleh kata setiap bulan Shopee nak buat promo. Siap masuk TV lagi. Kemain kan. Tapi sebenarnya ia memudahkan. Klik-klik sampai terus kat guard house. Guard tolong ambik. Bertambah-tambah job scope pak guard. 




Pelekat Frame Dinding @ Pelekat Kuat Gantung Frame Gambar

Lecehkan nak drill dinding. Habuk berterbangan satu hal. Salah drill atau senget hal memeningkan kepala pulak. Dinding pun berlubang. Tak perlu serabut sangat kita pakai saja pelekat frame gambar. Lekat di dinding. Tak perlu drill dinding. Jenama 3M tak perlu dipertikaikan. Memang terbaik dan puas hati produk keluarannya. Tiga (3) unit frame gambar di atas saya guna pelekat 3M ni. Setiap frame letak 3 keping. Rasanya dua dah memadai. Saja letak 3 keping just in case. Frame di atas dilekatkan sejak bulan April 2021. Lebih kurang dua (2) bulan dah. Sehingga ke hari ini masih utuh di dinding. Puas hati! *maafkan saya ambil gambar senget*







Rak Dapur Stainless Steel Tanpa Drill 

Ini pun sejenis kitchen organizer storage rack tanpa drill. Sejenis lekat di dinding. Macam mustahil kan. Lekat rak di dinding guna gam. Purpose dia guna untuk kitchen. Letak condiment or apa-apalah yang bersesuaian. Saya guna untuk letak barang-barang dalam toilet. Eh serabut okay letak tepi-tepi sinki. Penyelesaian mudah dan jimat kos adalah beli rak ni. Barulah sedap sikit mata memandang. Easily bear more than 10kg! Kagum kita. Puas hati.











Bosan tengok rambut sendiri yang dah beruban pastu makin panjang macam Hantu Kak Limah sebab lockdown? Marilah kita warnakan rambut seperti di atas. Baru terbeliak biji mata sang suami tengok isteri bertukar jadi rupawan persis model. Pewarna rambut halal telap air dan sah solat ini ada beberapa warna. Tiada amonia. Bonda saya dah dua kali repeat order. Abah yang tolong pakaikan di rumah. Ahahaha. Ini bukan produk cap China tau. 



No comments:

Post a Comment