Shopee Faves Part 1

 

Shopee & Lazada macam-macam ada kan. Jadi hari ni sajalah nak kongsi barang-barang menarik yang dibeli dari shopee. Mana tahu bermanfaat untuk kalian juga. Waktu lockdown ni shopping salah satu therapy hilangkan stress :)



Pemegang Periuk Silikon - Le Creuset

Ada jenis periuk yang panas untuk dipegang begitu saja. Instead of guna kain, kita guna pemegang silikon tahan panas. Senang maintain. Kalau kotor terkena sambal tumis cili, atau kari atau kunyit bilas dengan air sahaja. Mudah tanggal dan cepat kering. Sebab kita punya periuk cast iron warna pink maka pemegang juga nak warna pink. LOL. Alternatif pemegang periuk silikon tahan panas ni sangat berbaloi-baloi untuk dibeli.





Rak Dapur Kitchen Storage Rack Multifunctional Rotating Rack

Pertama kali tengok rak dapur bertingkat warna hitam jenis stainless steel ni dari instastory Datuk Rizalman Ibrahim. Beliau punya 2 layer pastu letak atas counter top untuk letak bawang dan kentang. Style jugak. Tapi yang ini adalah 3-layer warna hitam. Roda diberi. Maka jadilah trolley letak barang seperti di atas. Boleh bergerak ke sana ke mari. Yang ni mak-mak pasti suka sebab boleh isi macam-macam. Per basket load 20kg. Sungguh puas hati!







Watch Display Box Organizer

Contoh situasi: Jam tangan suami ada 3 jenis. Jam tangan isteri juga ada tiga bentuk. Mestilah nak ada bekas simpan jam tangan. Penyimpanan yang sempurna boleh elakkan jam tangan dari tercalar. Pastu sekarang ni lockdown pulak. Tak pakai jam tangan pun duduk dalam rumah. Makanya kesemua jam-jam di atas disimpan dalam organizer. Yang ini ada 6 slot. Jam Fossil ini agak tinggi dan besar still boleh fit dan boleh zip. Zipper design is easy to open, very convenient. Material PU Leather. Order 22/11/2020 selamat tiba 1/12/2020. Aha sangat puas hati!



Oklah setakat ini saja dulu perkongsian Shopee Faves. Nanti kita sambung lagi ....




1 comment:

  1. Menarik plak tempat jam tu ...
    Okeh masuk bakul shopee

    ReplyDelete